|
Welcome to Mae Hong Son |
Dah pukul 1130 malam. Pada hari Ahad lepas, time2 camni Man Utd tgh kene titik 2-0 ngn City. Malam ni takde bola, ingat nak tido awal. Tapi takleh tido la pulak. Tiba-tiba terasa nak mengarang. Baru teringat cerita selekoh beribu tak masuk dalam blog lagi. Mengarang la kejap. Jadi pembaca semua, inilah kisah Thousand Corner.. Jeng jejeng.. Agak panjang sikit, tapi bacalah.. iqra'..
12 September 2013, pukul 10 pagi, selepas selesai urusan menyewa motor CBR 500R dan CB 500X di kedai sewa motor POP's, aku dan Paiz memulakan perjalanan ke Mae Hong Son melalui laluan 'Thousand Corner'. Anak bini ditinggalkan di hotel di Chiang Mai beserta dengan beberapa ribu Baht untuk kegunaan mereka sewaktu kami tiada. Ini juga taktik agar mereka berdiam diri.
|
CB 500X dan CB 500R |
Perjalanan dimulakan dengan menyusuri laluan di tengah bandar Chiang Mai. Tanpa bantuan GPS dan peta, kami berjaya mengeluarkan diri dari bandar Chiang Mai dan terus menuju ke Mae Rim. Di Mae Rim, kami memenuhkan tangki motor sewa kami dengan RON 91 di stesen minyak Petronas. Harga RON 91 time tu 32.88 Baht seliter rasanya. Bersamaan RM3.28 seliter.
Selepas isi minyak, kami pun memeruskan perjalanan. Dalam lebih kurang 10km dari Petronas tu, ada persimpangan lampu isyarat. Kami memacu jentera kami ke simpang belah kiri iaitu laluan 1095 untuk ke Mae Hong Son (MHS). Masuk je simpang tu, maka bermulalah perjalanan beribu-ribu selekoh..
|
Route 1095 |
|
Chiang Mai - Pai - MHS |
Mula-mula sekali, kene lalu jalan dalam kampung. Tak ingat la pulak apa nama kampung tu. Tapi jalan dia memang bersih. Corner-corner lagi. Memang mantap. Tapi memandangkan kami penunggang berhemah, takkanlah kami menunggang dengan laju di dalam kampung. Kami hanya menunggang dengan kelajuan santai sambil menikmati keindahan kampung tersebut (biasa je sebenarnya).
Sepanjang perjalanan, banyak juga kami berhenti untuk mngambil gambar kenang-kenangan. Tu yang banyak kehilangan masa tu. Ala, tak tergesa-gesa pun. "Take your time" ujar aku kepada Paiz yang kelihatan gusar kerana takut lambat sampai. Aku tenang sahaja. Sambil aku mengusap bahunya, aku bagitau, "nikmatilah keindahan ciptaan Yang Maha Kuasa ini". Barulah dia kelihatan tenang. Tapi memang banyak tempat pemandangan yang cantik. Sebab jalan dia tu naik gunung turun gunung. Sampai satu puncak gunung, kami berhenti ambik gambar. Sampai tepi lereng gunung, kami berhenti ambik gambar. Asal ada pemandangan menarik je, pasti kami berhenti ambik gambar.
|
Besar batu jalan ni.. |
|
Lembaga hitam di tengah jalan |
|
Pandu uji Honda CB500R |
|
Terbentang indah banjaran gagah |
Oleh kerana banyak berhenti, perut pun terasa lapar. Di antara Chiang Mai dengan Pai (Pekan diantara Chiang Mai dengan Mae Hong Son) ada satu kampung Muslim bernama Ban Mae Sae. Kami berhenti di situ untuk makan tengahari. Cadangannya nak berhenti di Pai. Tapi Pai jauh lagi. Perut pula dah berbunyi-bunyi. Di sana aku minum je. Paiz yang makan. Menu yang ada cuma bihun sup je. Bolehla, untuk alas perut.
|
Kedai makan Muslim di Ban Mae Sae |
Selepas itu, kami pun meneruskan perjalanan. Selepas mengharungi 625 slekoh, kami tiba di Pai. Pai ni pekan dia biasa-biasa je. Tapi aku pelik sebab ramai betul mat saleh kat sini. Pai ni lebih kurang macam Cameron Highlands la. Sebab ada ladang strawberi. Tapi pemandangan dia lagi cantik dari CH. Cuma suhu tak sejuk je. Sudah tentu rakaman gambar dilakukan. Kami sempat singgah di Memorial Bridge di pintu masuk Pai ni untuk merakamkan gambar. Jambatan ni pun macam biasa je. Tapi ianya merupakan salah satu tarikan pelancongan di Pai. Tak sempat lagi nak google sebab apa nama dia Memorial Bridge. Kat Pai ni, kami sesat sekejap. Signboard tidak membantu. Tanya orang tempatan, baru jumpa jalan keluar.
|
Memorial Bridge @ Pai |
|
Camni je la Memorial Bridge tu.. |
|
Mengenang isteri di Chiang Mai |
|
Nice.. |
|
Model Honda |
After that (ceyyy..speaking), kami meneruskan perjalanan ke Mae Hong Son (MHS), Masih lagi melalui jalan naik gunung turun gunung sambil corner-corner, dan masih lagi melalui tempat-tempai yang cantik pemandangannya. Dari Pai ke MHS, jalan dia lagi best dari jalan sebelum ini. Jalan lebih bersih, corner yang best dan mengujakan. Memang terbaik. Nasib tak pakai fullsuit je. Kalau tak..
|
Mengindang-ngindang padi humma.. |
|
Lawa.. |
|
Baik betul corner dia.. |
Kami berhenti rehat di puncak gunung bernama Kiew-Lom View Point (aku belasah je..). Di sini, suasananya amat menyegarkan. suhu sejuk, nyaman dan tenang. Pemandangan off course la lawa. Tapi kami berhenti tak berapa lama. Sebab kami lihat awan hujan seakan-akan mengejar kami dari belakang. Awan-awan ni sebenarnya memang dari Chiang Mai lagi kejar kami. Tapi tak juga ia berjaya mengejar kami. Perjalanan diteruskan..
|
Aaron Aziz |
|
Excited sgt |
|
Rest.. |
|
Indahnya ciptaan Allah.. |
|
Mengujakan! |
40 km sebelum sampai MHS, awan-awan hujan tadi berjaya memintas kami. Kami kebasahan dan kesejukan. Tapi kami teruskan juga kerana hujan tak berapa lebat. Lagipun dah nak sampai tempat yang dituju. Elok je sampai pintu gerbang MHS, hujan pun berhenti. Cuaca terang benderang di MHS. Kepuasan dan keriangan jelas terpancar di wajah kami kerana kami berjaya mengharungi laluan 'Thousand Corner' dengan selamat. Walaupun keletihan, tetapi kepuasan tu berjaya mengatasi rasa letih tersebut. Kami tiba di MHS pada pukul 5 petang waktu tempatan. MHS Chamber Of Commerce (MHSCOC), iaitu pejabat nak dapatkan sijil kejayaan menakluki thousand corner (haha, ayat nak hebat je) dah tutup. Jadi kami terpaksa tunggu sampai esok pagi untuk dapatkan sijil tersebut. Sebelum check-in hotel, kami bersiar-siar dulu sekitar bandar MHS. Lepas makan penkek pisang, lepas bergambar di Wat Chong Klang, kami pun mendaftar masuk hotel dan terus tertidur. Kami menginap di Hotel Panorama. Lokasi, di tengah-tengah bandar MHS. Orang kata bandar MHS ni tak berapa meriah waktu malam. Jadi baik kami tidur.
|
Pintu gerbang MHS |
|
Wat Chong Klang |
|
Dah sampai hotel.. |
Esok paginya, selepas bersarapan, kami terus check-out dan menuju ke pejabat MHSCOC. Yeah! dah dapat sijil! boleh bawak pergi interview kerja nanti. Haha. Sebelum pulang ke Chiang Mai, kami sempat singgah di Kampung orang leher panjang (Long Neck Village). Dalam 20 km juga dari MHS. Alang-alang dah sampai, pergi je la kan. Kat Malaysia bukan ada orang-orang camni. Siap kena naik bot merentasi sungai yang deras lagi. Selepas satu jam kami bersiar-siar di sana, kami pun pulang ke Chiang Mai. Tepat jam 5 petang, kami tiba di Chiang Mai. Agak terlewat dari jadual sebab tayar motor aku bocor di tengah jalan. Nasib baik bocor kat kawasan kampung, bukan tengah-tengah hutan. Tampal guna cacing di bengkel kereta berdekatan.
|
Sarap dulu.. |
|
Dapat sijil wehh! |
|
Naik bot nak ke Kg Leher Panjang |
|
Long Neck Village |
|
Giraffe Woman |
|
Bergambar bersama askar Thailand |
|
Tayar bocor la pulak.. |
Meter motor merekodkan perjalanan kami pergi dan balik adalah sejauh 556.5 km. 1864 corner sehala. Bermakna 1864 x 2 = 3728 corner kami tempuhi. Tak jauh mana, tapi pengalaman dan kepuasan sepanjang perjalanan itulah yang paling benilai buat kami. Duit pula habis cuma 2500 Baht je untuk 2 hari ini, termasuk petrol, makan minum dan hotel. InsyaAllah, jika diberi kesempatan lagi, kami nak ride dari Malaysia sampai MHS. Tapi ia memerlukan cuti yang panjang. Memang susah la nak dapat. Kita kerja makan gaji je. Bukan ada syarikat sendiri nak cuti lama-lama. Hehe. Jika ada yang berminat, tapi cuti tak panjang, cara paling mudah ialah naik flight pergi Chiang Mai, sewa motor kat sana. Macam yang kami buat. Jimat masa dan tenaga. 4 hari je dah cukup.
|
Alhamdulillah semuanya selamat |
Akhir kata, jauh perjalanan, luas pandangan, bertambah pengetahuan, pengalaman..