Nuffnang ads

Tuesday 17 September 2013

Lawatan Sambil Belajar : Chiang Mai

Sawadikapppp...

Tahukah anda di mana Chiang Mai? Fara Fauzana kata Chiang Mai tu kat Vietnam. Salah tu. Chiang Mai tu kat Thailand. Lebih tepat lagi kat Utara Thailand. Yang kat Vietnam tu Ho Chi Minh. Mohd Faiz Hilmi, sila ambil perhatian ok? Kita nak ke Chiang Mai. Bukan Ho Chi Minh.

Pagi 11 September 2013, aku dan bini aku terjaga dari tidur kerana dikejutkan oleh deringan henpon samsung s4 yang merdu bunyinya. Mata aku dapat bukak separuh je. Sebab malam tadi tidur lewat kemas beg pakaian.

"Ko dah sampai mana?" Ujar suara yg dikenali dari henpon ku. Suara Faiz Hilmi, member aku yang turut menyertai kami ke Chiang Mai. 

"On the way" jawabku spontan sambil mata terbeliak tengok jam dah pukul 4.44 pagi!

"Mampus.. dah lambat.." getus hatiku. Tak guna punya henpon! Alarm tak bunyi! Aku dah set pukul 3 pagi kot!

Untuk pengetahuan semua, flight kami adalah pada pukul 6.55 pagi. Jarak perjalanan dari rumah kami ke LCCT ialah 65km.

Dalam masa 5 minit sahaja, kami suami isteri dah bersedia untuk ke airport. Amat pantas pergerakan kami lepas bangun dari tidur tadi. Apis, jiran kami dah bersedia di depan rumah untuk bawa kami ke airport. Nasib baik dia tak tidur sebab layan bola malam tadi. Pukul 5.30 pagi, kami dah selamat sampai LCCT. Power. Sempat check in dan sempat naik pesawat. Alhamdulillah.

Nasib baik sempat..

Penerbangan mengambil masa kira-kira 2 jam. Sebab tak sempat sarapan, kami order nasi lemak Pak Nasser dari seorang pramugari yang seakan-akan Liyana Jasmay wajahnya. Sempat aku menjeling ke arah tanda namanya. Nama dia Farah. Hangus Rm35. Patutla Tony Fernandes tu cepat kaya. Nasi lemak harga RM2 dijual dengan harga RM15. Ramai pula tu yang beli.

Pukul 8.30 pagi waktu Thailand, kami sampai ke Chiang Mai. Suhu kat situ tak sejuk rupanya. Sama je macam Malaysia. Haha. Zulee bini Faiz Hilmi siap pakai baju bulu-bulu lagi.

Kami terus menuju ke hotel penginapan kami iaitu Hotel Centara Duangtawan. Lepas check in, seorang bell boy bernama Teerachai mengoffer teksi milik sepupunya untuk membawa kami berjalan-jalan sekitar Chiang Mai. Rm80 untuk satu hari. Munasabah juga harga tu. Kami setuju dan lokasi pertama lawatan kami ialah Tiger Kingdom di Mae Rim. Mae Rim ye Faiz Hilmi, bukan Mae Seriang. Mae Rim ni pekan sebelah Chiang Mai. 20 minit je perjalanan guna van.

Tiger Kingdom ini merupakan tempat tangkap gambar dengan harimau. Aku yang memang dikenali sebagai Hero Malaya, tanpa rasa takut dan dengan beraninya selamba je masuk kandang harimau dan bermain-main dengan mereka. Yang lain takut. setakat ambik gambar dari luar je. Aku siap gigit ekor harimau tu lagi. harimau-harimau tu hormat padaku. Tak percaya? Sila lihat gambar di bawah.

Keberanian aku terserlah

Ala bucuk-bucuk.. tak takut pun..

Lepas Tiger Kingdom, singgah pula dekat taman ular. Sekali lagi aku menunjukkan keberanian dengan melilit ular sawa di leher dan bergambar. Tiada rasa takut. Sebab aku hero. Kemudian kami semua tengok pertunjukan ular di mana sewaktu pertunjukan tersebut, ciri-ciri keselamatan amat minimum. Anytime je ular-ular tu boleh panjat kat tempat penonton. Namun aku tenang je. Yang lain terjerit-jerit ketakutan.

Ular Tedung Selar yang garang..

Crocodile Hunter wannabe

Destinasi terakhir kami untuk hari pertama ialah Doi Suthep, iaitu sebuah kuil di puncak gunung tepi bandar Chiang Mai. Jalan nak naik ke atas tu bengkang-bengkok. Layan corner kat sini memang best. Sampai kat atas tu, nak ke kuil tu kena pulak naik kereta kabel. Ada tangga, tapi takpelah. Guna je la kereta kabel tu. 50 Baht je pun. Pemandangan bandar Chiang Mai dari kuil tu memang cantik. Lepas penat bergambar dan berjoging turun naik tangga, perut pun lapar. Kami terus ke restoran berdekatan Masjid Chiang Mai dan makan di sana. Tom yam kat sini tak sesedap kat Hatyai. Lepas tu balik hotel jalan kaki sebab dekat je dengan hotel.

Di dalam Doi Suthep


Pemandangan dari Doi Suthep

Minum malam @ Le Spice's

Aktiviti malam pula, bersiar-siar di Night Market. Night Market ni bawah hotel kami je. Kelihatan muka bini masing-masing ceria dan teruja dengan aktiviti malam ini. Aktiviti shopping la katakan. Aktiviti ini bermula dari jam 8 malam sehingga 12 malam. Mereka masih cergas. Tapi kaki aku dah sakit. Terus aku menuju tempat urut kaki. 200 Baht untuk urutan kaki selama satu jam.

Asal shopping je muka ceria..

Untuk aktiviti hari ke 2 dan ke 3, aku akan ceritakan di entri yang lain. Sebab entri tersebut khas menceritakan pengalaman aku dan Faiz Hilmi menyusuri laluan "Thousand Corner". Dari Chiang Mai ke Mae Hong Son. Kami berdua je. Bini tinggal kat Chiang Mai bersama wang saku.

Sneak Preview Thousand Corner

Aktiviti hari ke 4 merupakan aktiviti untuk memuaskan hati para isteri. Kami pergi melawat Pusat membeli belah terbesar di Chiang Mai iaitu Central Airport Shopping Complex. Ala-ala Aeon la kalau kat sini. Tapi kat sana nama dia Robinson. Tak yah la cerita panjang-panjang aktiviti ni. Kesimpulan dia, bini aku dapat sepasang selipar Esprit dan sepasang kasut Converse. Bini Faiz Hilmi juga dapat beg tangan Charles & Keith.

Hasil tangkapan di Central Airport Shopping Complex

Lepas membeli belah, kami pulang semula ke hotel. Rugi pulak rasanya kalau terus balik ke hotel ni. Jadi aku pun mengajak bini aku melawat tempat-tempat bersejarah lagi sekitar Bandar Chiang Mai. Mungkin kerana hati sudah gembira mendapatkan selipar Esprit dan kasut Converse, bini aku bersetuju sahaja. Kami pun menaiki Tuk-Tuk dan menuju ke Wat Chediluang di tengah-tengah 'Old City' Chiang Mai. Tambang Tuk-Tuk 80 Baht. Wat Chediluang ni merupakan Wat pertama yang dibina di Chiang Mai. Unik juga bentuk Wat ni. Tapi banyak anjing. Terdapat kesan runtuhan di bumbung wat ni kesan akibat gempa bumi suatu masa dahulu. Lepas ambil gambar semua, kami naik lagi Tuk-Tuk menuju ke Tha Phae Gate.

Wat Chediluang

Tha Phae Gate

Sejarah Tha Phae Gate ni, ia merupakan salah satu pintu masuk dari 4 pintu yang mengelilingi Kota Lama Chiang Mai. Chiang Mai ni dulu ibarat Kota Troy la. Dikelilingi tembok batu dan parit. Tembok batu dan parit ni tujuannya untk mempertahankan kota dari serangan musuh. Tak tau la pulak siapa musuh diorang masa tu. Sebab aku tak pernah tinggal kat Chiang Mai. Keh keh keh. Macam biasa, aktiviti ambik gambar banyak-banyak, pastu balik hotel.

Signboard pagar Tha Phae

Malam tu, sesi menghabiskan duit Baht di Night Market. Layan je la.

Kami pulang ke Malaysia pada hari ke 5 kami di Chiang Mai. Penerbangan pulang pada pukul 9 waktu Thailand. Kali ini aku tak lagi bangun lambat. On time kata orang putih. Pagi tu aku sarapan megi yang di pow dari bini Faiz Hilmi sebab megi kitorang dah habis. Terima kasih Zulee. Kami selamat tiba di LCCT pada pukul 1 tengahari. Kali ini, giliran jiran aku yang sorang lagi iaitu Encik Zulkifli Bambino yang datang menjemput kami di LCCT. Terima kasih banyak-banyak Zul.

Begitulah ceritanya percutian kami di Chiang Mai. Banyak lagi tempat menarik tapi tak sempat kami lawat. Macam Doi Inthanon, Monkey School dan Elephant Show. Tapi takpe, InsyaAllah aku akan sampai lagi ke sini. Repeat Thousand Corner lagi. Puas hati woooo.. Nantikan entri seterusnya.. Jeng jejeng...

Bye Chiang Mai..









2 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete