Nuffnang ads

Thursday 31 July 2014

Kepelbagaian Bio

Bulan Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan sekarang, kita sedang berada di dalam bulan Syawal. Masa kecik - kecik dulu, aku kenal syawal sebagai P Ramlee dalam Ahmad Albab. Syawal, Muharam dan Safar. Syawal baik. Muharam dan Safar jahat. Tak tau pun Syawal tu sebenarnya nama bulan Islam. Lihat, betapa besarnya pengaruh tivi kepada minda kanak-kanak. Sepatutnya, subjek matematik tambahan perlu diolah untuk disesuaikan dalam kartun Upin & Ipin. Aku yakin adik-adik aku nantI jadi power dalam subjek tu. Sebab dulu aku tak pernah lulus. Sama macam abah aku. Dia pun tak lulus.

Cerita pasal bulan Ramadhan, tahun lepas punya puasa, tiap kali waktu sahur, aku akan ditemani dengan rancangan  Mari Mengaji. "Tak tengok rugi, tak baca laaaagi rugi". Tu tagline dia. Rancangan yang memperlihatkan kebolehan budak-budak kecik mengaji dengan taranum sekali. Hebat sungguh mereka. Tak macam kebanyakan orang dewasa sekarang. Masih ramai yang merangkak-rangkak kalau mengaji. Tapi kalau lagu 2NE1 Come Back Home, siap boleh hafal walaupun dalam bahasa Korea.
Tapi sahur tahun ni, rancangan tu dah jadi lewat sikit. Sebab bila dah habis sahur, barula dia muncul kat tivi. Jadi aku tak selalu dapat tengok. Lepas sahur je, aku biasa bertadarus sambil menunggu waktu subuh di surau berdekatan. Tahun ni punya sahur aku tak ambik port sangat kat tivi. Kecuali ada live world cup. Aku syak world cup ni pun salah satu agenda yahudi illuminati sebab dia punya kesan tu, sampai buat orang malas nak pergi surau. Kadang-kadang tu, aku jadi imam, sejadah jadi makmum.

Namun, apa yang aku ambik port ialah iklan 'Kepelbagaian Bio'. Iklan ni memang lejen. Sebab walaupun TV3 yang siarkan, tapi kualiti dia RTM punya. Korang tau kan kualiti gambar RTM? Dia jenis tak sharp sangat. Alah, korang mesti boleh tau punya gamba RTM camne. Suram je. Pastu suara latar kepelbagaian bio tu pun macam tak berapa semangat. Aku syak dia baru bangun tidur, pastu terus Pegawai Tadbir Diplomatik RTM suruh dia baca skrip iklan tu. Sebab dia gred N17, kena la patuh dengan pegawai Gred 41. Dia pun baca la dengan penuh keterpaksaan. Begini skripnya..

"Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini. Kita semua adalah sebahagian dari jaringan kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain. Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara paling kaya dari segi kepelbagaian bio"

Korang perasan kan dengan iklan ni? Iklan ni comel kan? Dia ada tunjuk gambar-gambar pokok di hutan, burung berkicauan, air sungai mengalir dan gunung ganang. Dulu-dulu tengah malam dia ada siarkan juga. Tapi siapa nak tengok tengah-tengah malam kan? Kalau takde orang tengok, objektif iklan tak sampai. InI supaya orang ramai tahu betapa pentingnya kepelbagaian bio dalam kehidupan seharian. Sebab tu dia tukar waktu siaran iklan ni. Time sahur. Supaya ramai dapat tengok. Budaya sahur sambil tengok tivi memang tengah up zaman sekarang ni.

Jadi, kesimpulan yang aku boleh buat, dengan adanya iklan kepelbagaian bio ini, pasti ramai yang akan lulus dengan cemerlang dalam subjek biologi SPM. Ingat balik kat atas tadi. Iklan mampu memberi kesan yang mendalam terhadap pemikiran kanak-kanak.

P/s : Tapi aku pernah jumpa sorang ni gred dia N17 je tapi dia punya sombong macam JUSA. Sorang tu je la. Yang lain-lain aku jumpa semuanya baik-baik belaka.


Tuesday 29 July 2014

Satu Pagi Di Hari Raya

#selfieraya

Hari ini hari raya. Pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk menunaikan rukun Islam yang ke 2. Sebenarnya takde la awal sangat. Dalam pukul 6.50 pagi. Tu pun lepas setengah jam bini aku kejut. Kalau dia tak kejut, memang pukul 6.50 petang la aku bangun.

Usai solat Subuh, aku cuba untuk meneruskan lagi aktiviti tido tadi. Namun pergerakan aku berjaya dikesan dan telah dihalang dengan jayanya oleh Umi aku pula.

"Dah, dah, dah. Jangan tido lagi. Pergi mandi. Sini sembahyang raya start awal." Ujar Umi yang sedang menyiapkan hidangan pagi.

Dengan langkah longlai, aku terus menuju ke bilik mandi. Mandi punya mandi punya mandi, 10 minit selesai. Masa untuk mengenakan pakaian rasmi hari raya iaitu baju melayu. Baju dah siap gosok, tinggal pakai je. Baju Melayu berwarna ungu cerah itu adalah sumbangan opis aku kepada wargakerjanya. Saya Mesti Pilih!

Walaupun kain baju melayu ni dapat sebelum puasa lagi, oleh kerana aku ni orangnya jenis tenang je, lagi 2 minggu nak raya baru aku sedar aku tak jahit lagi kain tu. Nasib baik ada lagi orang yang terima nak jahit. Yang nak jahit tu pun kakak kepada bini opismate aku. Aku paksa dia jahitkan. Kalau tak markah KPI dia aku bagi rendah. Penyalahgunaan kuasa berlaku kat sini.

"Nanti bagi baju contoh sekali. Akak bini saya nanti jahit ikut ukuran baju contoh tu" ujar Aima kepadaku sambil dia tengah main Counter-Strike dalam PC. Siot, waktu kerja la woi.

"Ok, aku bagI baju contoh baju tahun lepas" jawabku ringkas. Aku malas nk jawab panjang-panjang sebab aku tengah layan cerita 'Lone Survivor' kat PC aku. Cerita perang-perang. Mendebarkan betul cerita ni. Terima kasih kepada tokan Malek sebab supply muvi - muvi baru kepada kami. Esoknya aku hantar kain untuk dijahit beserta baju melayu contoh untuk dibuat ukuran dan bagi kat Aima. Lagi 3 hari nak raya, baju melayu tu pun siap.

Berbalik semula kepada cerita aku lepas mandi tadi, lepas letak bedak-bedak kat badan, lepas pakai deodarant nivea for men, aku pun mula menyarung baju melayu raya tersebut. Ni 1st time aku pakai baju melayu tu. Sebab masa dah siap jahit haritu pun, aku tak cuba try test dulu. Aku kelihatan segak dan kacak di hadapan cermin walaupun di bahagian bawah masih bertuala. Bila pakai seluar pulak, tu dia..

Ni yang malas ni. Aku syak mesti kakak bini Aima tu lepas siap jahit seluar baju melayu aku tu, dia pergi hantar dobi. Bila pakaian dihantar kat dobi, pakaian kita boleh jadi mengecil. Tak pun, dia salah ukur.

Seluar aku tak berapa nak muat!

Masuk keje ni siap la ko Aima. Tak kan la baru setahun pinggang aku makin membesar. Ni mesti salah ukur ni. Tak logik, tak logik.

P/s : lepas aku mcgyver kan seluar tu, baru la muat. Sebab ni la aku tak sempat nak gi sembahyang raya.




Sunday 13 July 2014

Dont Cry For Me Argentina

Viewing Party @ Dataran Merdeka

Sebelum itu, ingin aku jelaskan, tajuk di atas tiada kena mengena dengan karangan ini.

Hari ini hari Ahad. Esok hari Isnin pukul 3 pagi ada perlawanan akhir Piala Dunia Brazil 2014 menemukan 2 pasukan ternama dunia iaitu Argentina dan juga Jerman. Aku sokong Argentina selepas England, Uruguay, Mexico dan Colombia terkeluar dari saingan. Aku harap nasib aku tak macam nasib PM kita. Apa yang dia sokong semua kalah. Lagipun aku nak biar rekod tiada pasukan dari benua lain selain benua Amerika Selatan menang piala dunia jika kejohanan diadakan di Amerika Selatan. Lagi satu sebab, aku ada jersi Argentina. Tapi takde jersi Jerman. Dengar cerita, penduduk kampung Parit Jerman kat Pontian, Johor, nak buat kenduri Nasi Ambeng kalau Jerman menang piala dunia ni. Aku bajet, orang-orang kampung tu mesti nama-nama diorang macam Olivier Bierhoff, Jurgen Klinsmann dan Gerd Muller.

Ikut perancangan, aku dan 2 orang lagi rakan sepejabat nak pergi viewing party world cup kat Central Park One Utama. Tapi diorang berdua ni macam lambat lagi la pulak. Sorang dari Muor. Sorang lagi dari Kuala Selangor. Yang dari Kuala selangor ni nampak macam boleh sampai cepat kan? Sebab Kuala selangor tak jauh mana kan? Tapi tidak.. dia nak pergi hantar bini dia kat rumah dia kat Puchong dulu, baru datang ke OU. Lemah.. aku dari JB pun bole sampai awal weh. Ini masalah paling besar orang Melayu kita susah nak ketepikan. Ketepatan masa. Jika kita lambat, kita akan ketinggalan. Sebab itulah Malaysia 20 tahun lebih lambat untuk maju berbanding Jepun, 5 tahun dari Singapura. Ok, jap lagi mesti ada yang suruh aku duduk Singapura ni.

Bercerita tentang Singapura, semalam aku, bini aku, kawan aku dengan bini dia berjalan-jalan di Singapura. Apa yang menarik di sini, hanya kerana huruf 'C' yang tertanggal dari no plet belakang kereta member aku tu, diorang telah diarahkan untuk meninggalkan Singapura. Mak aih.. strict gila khinzir Singapura ni. Member aku tu dah 2 minggu xde huruf 'C'. Rilek je senang hati jalan2 kat KLCC tanpa diusir dari Malaysia. Aku pulak dah lepas masuk Singapura. Oleh kerana aku sebagai rakan yang bertanggungjawab, aku pun patah la balik ke Malaysia. Diorang park keta di rnr Gelang Patah, kemudian masuk semula ke Singapura dengan kerata aku. Maknanya, semalam je 4 kali aku dapat cop pasport masuk dan keluar dari Singapura. Berselang 1 jam sahaja. Hebat. Oh, lupa nak bagitahu. Member aku ni penyokong JDT. Buat hal betul la.

Hari ini pulak, nak balik ke Selangor, sempat pula aku singgah kat Johor Premium Outlet. Bini aku nak sangat pergi, aku sebagai suami mithali bawakkan la (agar malam ni boleh tengok bola kat OU..bijak?). Aku memang takde niat nak beli apa-apa pun. Hanya nak teman bini aku je. Penyudahnya, barang yang aku beli lagi banyak dari bini aku. Mendapat.. nasib baik tak cecah rm800.

Sebenarnya, aku nak cerita benda lain. Tapi aku lupa isi dia. Jadi, aku tulis je la apa yang terlintas dalam otak aku sekarang. Hasilnya, seperti di atas. Cerita tentang pengalaman aku mengharungi hari Sabtu dan Ahad lepas. Saje melepaskan boring menunggu 2 orang member aku tu. Korang yang baca pun kompom boring gak. Padan muka. Kahkahkah.

P/s : esok kerja ke? Eh, ye ke kerja.. bukan Najib dah bagi cuti? Ah, lantak la. Aku memang cuti pun esok. Hikhikhik.