Nuffnang ads

Saturday 5 April 2014

Terminologi Penalti



"Mak aihh... mengantuknya.." luahanku kepada diri sendiri sambil menguap seluas-luasnya seperti sang raja rimba menonjolkan kehebatannya mengaum.

Maklumlah, lepas makan tengahari, rehat setengah jam, kemudian kena masuk balik kursus yang bertajuk 'Latihan Kesedaran Pematuhan Syariah' anjuran Jabatan Pengurusan Bakat, Pelan Penggantian & Pembangunan Kerjaya atau dalam bahasa inggerisnya 'Talent Management, Succession Planning & Career Development Department' tempat kerja aku. Memang majikan aku juara dalam memartabatkan Bahasa Melayu dalam kebanyakan operasi perniagaan mereka. Malah pernah mendapat anugerah dari Dewan Bahasa Dan Pustaka tahun... errr.. tak ingat tahun berapa. Tapi aku bangga dengan sekelumit usaha majikan aku ini dalam membantu mengembangkan Bahasa Melayu di negara MALAYsia.

Hari ini hari Sabtu. Namun, aku terpaksa menghadiri kursus ini. Dahla pagi tadi hujan. Nak menangis rasanya sebab tak dapat merasai nikmat tidur dikala hujan waktu pagi. Sedih. Tapi, khidmatku diperlukan. Aku gagahkan jua untuk ke Hotel Seri Pacific bagi menambahkan ilmu dalam pemahaman terhadap pentingnya pematuhan syariah.

Kembali kepada keadaan aku mengantuk tadi, aku mula membelek-belek telefon bimbit samsungselaluhang aku ini. Layan facebook. Tapi bila hari Sabtu dan ahad, newsfeed kat wall aku ni tak banyak update. Hasil dari pemerhatian aku, ini berlaku kerana hari Sabtu dan Ahad adalah hari cuti. Bila hari cuti, ramai yang buat aktiviti kekeluargaan dan mereka jarang membelek-belek telefon bimbit mereka. Tetapi ini tidak berlaku ketika waktu kerja. Boleh dikatakan setiap 5 minit buka fb.

Lepas belek fb, belek wassap pulak. Sama juga. Kurang aktif waktu-waktu cuti ini. Bosan. Aku pula dah kurang fokus dengan ceramah dari penceramah di depan dewan. Tapi tak salah aku, skang tengah bincang pasal keadaan apa yang berlaku jika pelanggan lambat membuat bayaran balik pembiayaan. Peserta-peserta kursus mengatakan pelanggan akan dikenakan penalti. Sambil tersenyum, ustazah yang bagi ceramah tadi jawab..

"Dalam perbankan Islam, kita tidak boleh menggunakan 'term' penalti. Terminologi penalti tu sendiri tiada dalam perbankan Islam. Jadi kita gunakan perkataan 'compensation' ataupun pampasan dalam bahasa Melayu"

'Terminologi penalti'. Macam best je ayat tu. Tiba-tiba dapat satu idea. Aku belek blog aku ni, dan edit 'title' blog ni. Ok, nampak cool.

Jadi dengan ini aku umumkan, tajuk blog aku dah berubah dari 'R.o.T' kepada 'Terminologi Penalti'. Sekian, terima kasih.

Ok, sambung dengar ceramah pematuhan syariah. Dah tertinggal banyak topik ni. Haaisshhh.

Wednesday 2 April 2014

Selfie



Selfie.. apakah itu selfie? Selfie merupakan perkataan baru yang diwujudkan dan telah diiktiraf sebagai perkataan yang sah digunakan. Siap dah masuk dalam kamus lagi. Selfie ni maksudnya tangkap gambar muka sendiri. Pastu post kt fb dan mengharapkan like dan komen yang banyak. Contoh komen-komen yang diharapkan ialah :

"Cutenyeee..."
"Cun siot.."
"Perghhh... lawa nye.. bole berkenalan?"
"Hot"
"Osem n gojes"

Dan banyak lagila puji-pujian yang diharapkan. Memang kebanyakannya akan puji la. Aku dan kebanyakan orang tak kisah sebenarnya orang-orang yang nak selfie ni. Tapi berpada-pada la.. kalau dalam sehari sampai 50 keping gambar selfie ko post kat fb, menyumpah jugak orang lain. Lagi satu kalau yang selfie tu memang diiktiraf cun (ni untuk awek-awek la macam erin malek ke), memang ok la. Tapi yang tak cun, sekeping sehari pun ok..

Selfie ni bagus untuk meningkatkan keyakinan diri. Tapi ia juga boleh membuatkan diri kita 'down'. Contohla kita selfie pastu post kt fb. Mengharapkan like dan komen yang best. Tiba-tiba ada yang komen

"Besarnye lubang hidung"
"Serius... buruk weyy"
"Ko ingat ko cun ke"

Nampak? Dah down diri kita. Mengharungi kehidupan yang murung. Aku pasti kalau lelaki yang selfie dan dapat komen macam cilaka, diorang ok. Tapi kalau perempuan? Boleh kelar-kelar badan sendiri tau. Lagi-lagi generasi bahasa alien ni. Perangai pelik-pelik. Tengah menangis pun bole selfie. Pastu caption gambar "kau lukakan hatiku.. inilah kesannya"

Yang paling teruk, tengah bersenggama kat stesen minyak petronas pun bole selfie lagi. Mengarut.

Oleh itu, kalau nak selfie, pastikan bersedia menerima sebarang komentar. Samada yang baik atau yang mengutuk. Manusia ni memang suka mengutuk. Kalau tak, hidup tak ceria. Lainla kalau aku yang selfie. Aku cekal. Sebab aritu ada orang komen gambar aku...

'Pergggghhh... macam Aaron Aziz"

-sekian-

RoT : aku pernah tengok iklan kat fb 'kursus selfie'. Siap ada yurann pendaftaran lagi.. Wadepak..