Nuffnang ads

Thursday 14 August 2014

Ini Lelaki #2

Pelupa. Itu perkataan yang sesuai untuk kebanyakan lelaki. Sebagai contoh, member aku punya cerita gak ni. Dia keluar membeli belah dengan isteri dia di sebuah shopping complex terkemuka. Mereka berjalan beriringan sambil bergurau senda. Tiba-tiba, sampai di kedai yang menjual beg tangan berjenama jurulatih, isteri dia berhenti seraya berkata

"cantiknya handbag tu bang.. belikan la untuk saya.."

"Ish, kan dah banyak handbag kat rumah tu.." jawab member aku.

"Alaaa.. ok, belikan sebagai hadiah hari jadi in advance.. hari jadi i kan bulan depan.. boleh la.." Rayu isterinya.

"Hmmm... bolehla.. tapi jangan mintak hadiah lagi time birthday nanti tau" ujar member aku kembali.

Member aku mengalah. Ok juga bagi hadiah birthday in advance ni. Takde la nanti dia pening kepala nak cari hadiah untuk isteri dia. Gaji dia pun baru masuk masa tu. Sebelum duit gaji habis, baik belikan je hadiah handbag ni. Mudah. Tak payah pening kepala. Tapi tiba-tiba dia rasa tak sedap hati. Ahh.. mainan perasaan je tu.

Duit dan handbag bertukar tangan di kaunter pembayaran. Bukan main gembira lagi isteri member aku dapat handbag jurulatih. Mereka pun sambung berjalan. Jalan punya jalan punya jalan, member aku ni penat. Dia pun cakap dengan isteri dia, dia nak duduk rehat kejap. Isteri dia sambung berjalan lagi. Sambil duduk-duduk kat kerusi tu, member aku pandang la keliling nak cuci mata. Tiba-tiba dia ternampak kedai jual henpon Apple. Pandangannya terhenti di situ. Fikirannya mula teringat sesuatu. Jantungnya berdegup kencang. Peluh mula memercik di dahinya. Nafasnya laju. Ini kerana... 2 minggu lepas, isteri dia baru je mintak dan dapat hadiah birthday in advance dari member aku ni berupa iphone 5!

"Arghhh.. camne boleh lupa ni??!!" Jerit hati kecil member aku td.

Dari jauh, isterinya tersenyum sinis.

"Yeayyy! Dapat 2 hadiah!"

Kahkahkah!

Ini Lelaki #1

Dalam dunia yang fana ini, ada 3 jenis manusia. Lelaki, perempuan dan khunsa. Tau tak apa itu khunsa? Jika tidak tahu, en google boleh memberikan jawapan kepada anda. Abaikan kisah khunsa, sebab aku nak cerita tentang satu perihal yang kebanyakannya ada pada seorang lelaki.

Lelaki bertindak mengikut arahan. Sebagai contoh, ini yang diceritakan oleh member aku, isterinya menyuruh member aku ni angkat bakul baju kotor ke mesin basuh. Ok, arahan yang diberikan ialah angkat bakul baju kotor ke mesin basuh. Member aku ni pun dengan senang hati angkat bakul baju tersebut ke mesin basuh. Lihat, member aku melakukan tugas tersebut dengan cemerlang bukan? Bagi kebanyakan lelaki yang melihat arahan tersebut akan beranggapan member aku melakukan tugasnya dengan baik. Namun, tidak bagi perempuan. Tugas member aku itu masih tidak disempurnakan. Isteri member aku mula membebel. Kerana apa? Kerana member aku hanya meletakkan bakul baju kotor tadi di tepi mesin basuh. Beliau tidak memasukkan baju kotor di dalam bakul tadi ke dalam mesin basuh.

Melihat cerita member aku di atas, arahan yang diberikan adalah jelas, nyata dan terang  hanya perlu bawa bakul baju kotor itu ke mesin basuh. Tiada arahan yang dikeluarkan untuk memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh.

Adakah member aku bersalah? Wajarkah beliau dipersalahkan? Tepuk dada, tanya selera. Oh lupa bagitau nama member aku ni. Nama dia ialah... ok dia tak bagi aku bagitau.

Perkara ini kadang-kadang berlaku juga untuk situasi basuh pinggan lepas makan.

Arahan : basuh pinggan tu lepas makan.

Tindakan : basuh pinggan yang kita guna tadi.

Akibat : kenapa tak basuh sekali periuk, kuali, sudu, garfu, pinggan? cawan dalam singki tu??!!

Jadi, kepada semua perempuan di luar sana, sila ambil perhatian. Berikan arahan dengan jelas kepada lelaki. Jika mahu mereka buat 2 tugasan, bagitau betul-betul tugasan yang mereka perlu lakukan. Bukan dengan memberi 1 arahan dan mengharapkan mereka berfikir sendiri tentang keperluan tugasan ke dua yg tidak diberitahu. Memang tinggal harapan la kalau buat macamtu. Kahkahkah.







Monday 11 August 2014

Kerja Rumah

Bulan ni bulan raya. Bila dalam bulan raya, hujung minggu mesti banyak jemputan rumah terbuka sahabat handai dan saudara mara. Bila banyak rumah terbuka, banyak lah kenderaan di jalan raya. Jalan raya pulak dia punya jem macam pagi-pagi orang ramai nak pergi kerja.

Bila dah banyak sangat pergi rumah terbuka, kerja-kerja di rumah juga banyak yang terbengkalai seperti mengemas rumah, mencuci pakaian dan melipat baju. Selalunya kerja hakiki aku kat rumah ialah memvakum lantai dan menyidai baju. Tapi aku selalu skip vakum rumah tu. Lantai nampak macam bersih je. Jadi aku sapu-sapu je pakai kaki. Basuh dan lipat baju kerja bini aku.

Malam tu, banyak sangat baju nak kena lipat. Aku dengan baik hatinya mengoffer diri untuk sama-sama lipat baju. Aku pun duduk sebelah longgokan pakaian dan mula melipat baju..

"Bukan camtu la lipat baju.." ujar bini aku selepas aku siap melipat sehelai baju.

"Eh, selalu I lipat camni la kat umah sewa dulu" jawab aku penuh yakin.

"Itu lain. Kalau kat sini, kena lipat camni. Baru kemas." Balas bini aku balik sambil menunjukkan cara dia melipat.

"Oooo.. camtu.."

Rupa-rupanya, setiap orang ada cara lipatan bajunya sendiri.

Lepas tu aku sambung tengok tivi. Nanti salah lagi kena bebel pulak.

Last-last kena bebel gak sebab dia kata dia tengah buat kerja rumah tapi aku senang lenang tengok tivi.

Hoho.. women is complicated.