Nuffnang ads

Sunday 10 November 2013

Melawat Betong Di Thailand



Menurut Wikipedia Bahasa Melayu yang aku search guna Encik Google, Betong merupakan sebuah pekan yang terletak paling Selatan di negara Thailand. Walaupun Betong ni terletak dalam daerah Yala, Betong ni dikatakan lebih stabil dan selamat berbanding Golok ataupun Hatyai. Jadi, apabila member aku iaitu Nazer mencadangkan nak menunggang motor beramai-ramai ke Thailand, aku dengan senang hati mencadangkan agar kami ke Betong. Lagipun Betong tak jauh sangat dari KL. Ada la dalam 3 jam setengah je kalau naik motor.

RV RnR Rawang
Baru sampai.. sori geng lambat.. chill.. sap kok lu..

Ride kali ini disertai oleh aku (pemandu pelancong), Nazer (jiran taman perumahan), Chip (geng Hasil Bikers), Zamir (member UiTM) dan Syahrin (member nazer). Malam sebelum kami berangkat ke Betong, telah dipersetujui oleh semua, RV di RnR Rawang pada pukul 630 pagi, 2 November 2013. Namun, akibat diulit mimpi indah, aku hanya tiba di RnR Rawang pukul 730 pagi. Maaf geng, tak sengaja. Lain kali tak buat lagi.
Duta SC Project Gp Tech. Hehe.

Dari kiri : Zamir, Steven Gerrard, Chip, Nazer dan Syahrin

Pukul 8 pagi tajam, lewat sejam dari plan asal, lepas isi minyak penuh-penuh, kami memulakan perjalanan. Hiway macam biasa kalau hari Sabtu, memang banyak kenderaan. Jadi kami menunggang secara berhemah. dalam 130-140 kmh sahaja. Sepanjang perjalanan, kami nampak banyak jugak konvoi motor menuju ke utara. Sebab time tu kat Tepeng, ada Perak Bike Week. Kebara Bikers (Kelab Motor Bank Rakyat) ada jugak ajak aku join pergi Perak Bike Week ni, tapi sebab aku dah ada komitmen sebagai pemandu pelancong, terpaksa la tak dapat ikut. 

Kami berhenti di RnR Sg Perak untuk refuelling sambil menghirup udara segar. Lepas ni perjalanan kami dah tak lalu highway. Kami akan exit di Kuala Kangsar dan melalui jalan persekutuan menuju ke Grik. Jalan dia ok jugak la. Tak la teruk sangat. Sampai kat Grik, kami terus menuju ke Pengkalan Hulu. Jalan dari Grik ke Pengkalan Hulu ni bengkang bengkok. Siapa-siapa berani nak layan corner, silakanlah. Tapi kami penunggang berhemah. Ride rilek-rilek je. Sampai kat Pengkalan Hulu, kami isi minyak lagi dan terus menuju ke kompleks imigresen Bukit Berapit. Dah nak sampai dah..
Welkam to Betong..
Sawadikapp

Selepas beratur selama setengah jam kat Imigresen Thai, kami berjaya sudah masuk ke Thailand. Dari border ke Bandar Betong lebih kurang 5 kilometer. Kami  menginap di Hotel Butterfly Princess. Hotel ni terletak di pinggir bandar. Satu bilik RM80. Murah jugak la sebab bilik selesa. Lupa nak bagitau, kat Betong ni, guna duit Malaysia pun boleh. Tak payah nak tukar duit Baht. 
Depan hotel


Gambar curik
Resah kelaparan..

Alhamdulillah.. Jom makan.

Lepas check-in, kami terus ke restoran Muslim depan hotel untuk lunch. Tak lain tak bukan, bila dah kat Thai, pasti aku akan oder tom yam. Tom yam kt Thailand ni memang sedap. Dah sudah makan, aku sebagai pemandu pelancong mengesyorkan agar kami terus pergi melawat Piyamit Tunnel atau lebih dikenali sebagai Terowong Komunis. Terowong ni jauh sikit dari Betong. Ada la dalam 20km lebih. Dah sampai sana, nak ke terowong tu kene panjat tangga pulak. Tinggi pulak tu. Tapi itu bukan masalah bagi aku. Stamina aku kuat. Sambil panjat tangga tu, aku pun cerita la sejarah terowong ni kat diorang. Terowong ini terletak di Ban Piyamit, dan dulu merupakan kem Parti Komunis Malaya. Dibina pada tahun 1976 tanpa teknologi yang canggih, terowong ini siap digali dalam tempoh 3 bulan. Panjang terowong ini lebih kurang 1 kilometer dan terdapat banyak tempat masuk dan keluar. Terowong ni dibina sebagai tempat menyorok dari serangan udara Angkatan Tentera Malaysia. Layan gambar-gambar terowong bawah ini.
Pintu Gerbang Ban Piyamit

"Saya Ultraman!" ujar Zamir

ish ish ish.. pakai selipar je?

Pintu gerbang... tak tau.

Tempat beli tiket, RM5 sorang.

Jungle trekking dulu sebelum sampai terowong.

Nampak org stamina kuat, depan sekali.

Pintu masuk terowong.

Dalam terowong

Dalam terowong 2

Dalam terowong 3

Kat luar terowong
Muzium Komunis
On the way to Hot Spring

Lepas dah puas bersiar-siar dalam terowong tu, kami menuju pula ke Betong Hot Spring. Tempat ni tak jauh dari Piyamit Tunnel. Kat sini kitorang main celup-celup kaki dalam kolam je. Tapi banyak anjing. Sebab Chip takut dengan anjing, kami tak duduk lama kat situ. Kami pun pulang ke bandar Betong. Jalan-jalan kat sana je lah.
Main celup-celup kaki @ Betong Hot Spring
Best woo.. kaki tgh penat, celup dalam air panas.

Kat bandar Betong, sempat lalu kat Betong Tunnel dan Taman Ayam je. Hujan sudah turun. Sempat juga tangkap-tangkap gambar kat situ. Sebenarnya aku belasah je nama taman tu. Sebab ada patung 2 ekor ayam, aku panggil je la Taman Ayam. Hujan yang turun memaksa kami pulang ke hotel. Minum petang kat kedai depan hotel je lah jawabnya.
Taman Ayam

Kurr.. kurrr..

Betong Tunnel

Aktiviti malam takde apa sangat. Ingat nak jalan-jalan balik kat bandar Betong sebab tadi tak puas. Kali ni masing-masing malas nak naik motor, kami naik 'Tuk-Tuk'. Tambang ke bandar RM10 satu 'Tuk-Tuk'. Sampai kat bandar, kami dinner dulu. Makan malam dekat depan Merlin Plaza. Macam biasa, menu tom yam. Lepas makan, jalan-jalan cari t-shirt Betong. Tapi bila tengok jenis kain yang akan mengecik bila basuh, tak jadi la beli. Kami berlima menyusuri jalan-jalan sekitar Merlin Hotel, melihat-lihat aktiviti malam di Betong. Lepas tu lepak minum kat ada satu kedai burger kat situ. Lupa nak cerita, kat Thailand ni, makanan memang sedap. Tapi, air minuman dia tak sedap langsung. Pukul 12 malam, kami pun pulang ke hotel. 
Tuk-tuk

Aktiviti malam

Malam tu ada game EPL Arsenal vs Liverpool. Malas nak cerita.
Nak balik dah.. Bye Thailand..
Esok paginya, lepas mandi-mandi, lepas sarapan, pukul 11 pagi, kami pun bergerak pulang ke Malaysia. Time balik ni, tak sampai 5 minit pun beratur kat imigresen Thai. Sebab tak ramai yang balik lagi kot. Selesai urusan di imigresen Thai dan Malaysia, kami terus menuju ke Restoran Tasik Raban untuk makan tengahari. Perjalanan pulang, kami semua kebasahan. Hujan sepanjang perjalanan di atas highway. Kami berhenti rehat di RnR Ulu Bernam dan berpecah di sana. Aku sampai di rumah pukul 530 petang. Alhamdulillah, melalui whatsapp, semua memberitahu sudah selamat sampai di rumah.
Lencun.. @RnR Ulu Bernam

Tamat sudah perjalanan selama 2 hari 1 malam kami ke Betong. Untuk yang tak pernah ke sana, bolehla pergi sekadar untuk mendapatkan pengalaman. Sebab kat sana tak semeriah di Hatyai. Nak shopping pun tak ada apa yang boleh nak dishoppingkan. Yang best sebab kat sana keadaannya tenang je..

P/s : Tak terasa macam kat Thailand pun.. sebab ramai sangat orang Malaysia kat sana.. Kiri kanan depan belakang orang Malaysia.. ;)









Monday 4 November 2013

Pielang Bikers : Mega Ride 3.0 Ke Muor




Lama dah aku tak update blog ni. Tetiba rasa nak update balik. Bukan apa, sebab agak bizi dengan urusan duniawi yang lain. Tak sempat nak jenguk ke dalam blog sendiri. Ni baru ada masa. Nak cerita balik pasal MR3.0 Pielang Bikers.

Tanggal 26 Oktober 2013 yang lalu, Pielang Bikers (PB) telah berjaya menganjurkan satu ride dalam skala yang besar untuk kali yang ke 3 khas untuk ahli-ahli PB. Nama ride ni ialah Mega Ride 3.0 (MR3.0). Ride edisi kali ini disertai lebih kurang 80 bikers dan kami akan menuju ke selatan Semenanjung Malaysia pula iaitu Muar atau Muor dalam loghat Johor. Ini merupakan tahun ke 3 penganjuran Mega Ride di mana sebelum ini PB juga telah menganjurkan MR1 ke Kemaman makan sata dan MR2 ke Kuala Gula makan ketam lembut.

Bersiap siaga menuju ke Muor.. Mi Bandung, here we come!

Seawal pukul 7.45 pagi, 26 Oktober 2013, para bikers terdiri dari ahli-ahli PB telah mula memasuki kawasan hentian sebelah Serdang arah Selatan. Hentian sebelah ini dipilih sebagai lokasi RV (sampai skang aku tak tau RV tu stand for what..) kerana tempat ni tak banyak kereta masuk. Jadi space parking moto tu luas. Kat sini pun ada kedai makan. Bole sarapan dulu sementara tunggu time tayar golek. MR kali ini juga aku dipilih sebagai Side Marshal payung terjun kerana marshal sediada tak cukup.

Taikor Imzek sedang memberi taklimat kepada peserta2 konvoi

Taklimat sendiri oleh Mie Batik.. Yang baju merah pakai spek di belah kiri gambar tu tak ikut konvoi.

Pukul 830 pagi, Taikor Imzek dan Chip Paiz16 memberi briefing tentang perjalanan yang akan dilalui oleh peserta konvoi. Briefing yang ringkas tapi padat dengan isi termasuk tentatif program, etika berkonvoi dan keselamatan. Selepas itu, NWS mengetuai bacaan doa agar perjalanan kami hari itu diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.

Konvoi mula bergerak meninggalkan Hentian Sebelah Serdang

Satu-satunya BMW dalam konvoi.. iNul

Tepat pukul 9 pagi, kami memulakan perjalanan menuju ke Selatan. Banyak pulak kenderaan guna highway hari ini. Konvoi tak boleh nak laju sangat. Ditambah pula kami terpaksa mengekori konvoi motosikal Petronas di hadapan kami. Kelajuan sekitar 120-130 kmj je. Tapi, marshal senang hati la. Sebab konvoi Petronas tu dah siap bukak jalan. Senang kerja kitorang. Haha.

Konvoi melalui Lebuhraya PLUS

Marshal yang berdedikasi dan berhemah

Amiruddin @ Lobo

Checkpoint pertama kami di R&R Ayer Keroh. Bagi peluang peserta konvoi yang nak isi minyak, nak pergi toilet, nak minum dan nak isap rokok. Rehat dalam setengah jam lepas tu kami meneruskan perjalanan.

Refuelling.. 

Sap kok luuu... @ R&R Ayer Keroh

Untuk ke Muor, kami keluar di exit Tangkak dan melalui jalan kampung. PB punya konvoi memang terbaik. Kat jalan kampung pun, disiplin tetap dijaga dengan pemantauan marshal berhemah. Pergerakan konvoi lancar je walaupun tukang tunjuk jalan lalu jalan kampung yang betul-betul kampung punya. Haha.

Jalan Tangkak - Muor

Siap turun badan lagi.. kahkahkah

Tepat pukul 1130 pagi, kami tiba di Tg Emas Muar. Masing-masing dah lapar, lepas park moto elok-elok, semua terus serbu deretan kedai makan di situ. Untung besar tokey kedai-kedai kat situ arini. Ada yang makan mi bandung muor, ada yg makan asam pedas dan ada yg makan nasik goreng. Dah jalan sampai Muor, makan nasi goreng je?? Kelakar la Taikor ni. Haha. Aku macam biasa, diet. Makan mi bandung je. Lepas tu tambah nasi putih dan asam pedas. Perghhh... layan..

Mi Bandung... slurrpp..

Lepas dah kenyang, aktiviti bebas pula. Ada yang main buaian, ada yang jalan-jalan tepi sungai, ada yang baling batu kat biawak dan ada yang nak naik bot menyusuri sungai Muar. Tiket bot berharga rm10 sahaja. Best woo naik bot. Kita dapat lihat keindahan Bandar Muor yang terletak di tebing sungai. Bot ni bawa kitorang sampai jambatan baru Muor, lepas tu dia buat u-turn balik ke Tg Emas. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, diiringi muzik keroncong, memang mengasyikkan. Ditambah pula perut yang kenyang, masing-masing layu je mata. Lama juga atas bot ni. Ada la dalam 45 minit.

Bergambar dulu..
Rombongan melawat Sungai Muor
Bergambar dengan presiden Muar Bikers

 Lepas naik bot, kami semua bergerak ke masjid untuk solat Zohor. Kewajipan sebagai hamba-Nya tidak kami lupakan. Peserta konvoi berpisah di sini. Sebab ada yang nak balik KL terus dan ada yang nak pergi Melaka minum kokonatshek di Klebang. Aku memang dah lama nak mencuba rasa kokonatshek ni. Jadi aku mengikuti rombangan ke Melaka pulak. Melalui lebuh AMJ, kami tiba di Original Coconut Shake Klebang. Laaa, ingatkan kedai kat tepi pantai, tepi jalan je rupanya. Ramai sungguh umat manusia kt situ. Leas beratur dalam 10 minit, dapat juga rasa kokonatshek ni. Sedap. Lepas mengkokonatshek, atas permintaan kaum isteri PB, kami singgah sebentar di kedai buat kuih keria (eh, betul ke kuih keria ek?). Layan kan je la. Nanti susah nak dapat lesen ride lagi kannn.. hehe.

Menunggu kaum-kaum isteri beli 
Dah takde keje la ni.. haha

Kami meneruskan perjalanan pulang selepas kaum-kaum isteri berpuas hati dengan hasil tangkapan kuih keria mereka. Masuk je highway PLUS, mentang-mentang la free ride, semua meroket. Aku pula tenang layan feeling sorang-sorang kat belakang.

Alhamdulillah, semua peserta dikhabarkan selamat sampai di rumah masing-masing. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, MR3.0 berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang masalah besar. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang sama-sama menjayakan MR ini. Tidak lupa juga kepada semua marshal kerana berjaya memastikan konvoi berjalan dengan lancar. Kepada Erry dan Lynn yang bertugas sebagai media, memang terbaik la gamba2 yang korang snap. Minta izin guna sekeping dua nak letak dalam blog ni. Hehe.

Akhir kata, majulah PB untuk semua. InsyaAllah tahun depan MR4.0 pula.

Pielang Bikers MR3.0 Terbaik!

P/s : Terima kasih pada zairie juga sebab bagi aku pinjam jaket marshal. Thanx bro! Semoga cepat sembuh.

Terima kasih juga pada F4iring dan Akukahitu sebab aku kopi gamba2 ni dari diorang. Hehe.