Nuffnang ads

Sunday 26 October 2014

Pengorbanan Seorang Suami

Besar pengorbanan sang suami..

Ketika di puncak, ketika rakan2 yang lain bergelak ketawa, Nazrin (bukan nama sebenar) masih membisu. Mukanya merah dan riak mukanya menunjukkan beliau dalam keadaan yang tidak tenang. Jari jemarinya pantas menaip sesuatu di hp nya.

Sulaiman yang menyedari keganjilan kepada rakannya, menegur..

"Nape muka ko merah ni?"

"Xde pape.." jawab Nazrin sambil melepaskan hp ke atas meja.

5 minit kemudian, Nazrin pun mengajak semua peserta konvoi utk pulang. Walaupun masih tidak puas merasai kesejukan fraser Hill, mereka semua bersetuju utk pulang juga kerana Nazrin bersungguh2 utk pulang segera.

 Dalam perjalanan pulang, Nazrin menunggang dengan laju sekali. Mungkin dia ada urusan yang sangat penting. Keselamatan seperti sudah tidak dihiraukan. Alhamdulillah.. tetap selamat sampai ke Kuala Kubu Bharu..

Selepas mengisi minyak, Nazrin tanpa menunggu, terus bergerak meninggalkan Sulaiman yang masih belum bersedia untuk bergerak. Sulaiman pun pulang ke rumah berseorangan..

Setibanya di rumah, Sulaiman melihat Nazrin check in di sebuah restoran terkenal yang terletak di Selatan Semenanjung Malaysia bersama isterinya.. ooooo... patutla..

Besar pengorbanan seorang suami.. untuk menggembirakan hati isteri, keselamatan ketika menunggang sudah tidak dihiraukan. Yang penting, hati si isteri gembira.

Sekian.


Thursday 18 September 2014

Masih Ada Rindu

Hari ini hari Isnin. Ini bermakna setelah 2 hari kita tidak bekerja, Sulaiman kena kembali bekerja. Ramai yang malas nak pergi kerja hari Isnin. Orang putih kata 'Monday Blues'. Bukan Blues Gang ataupun Aku Hidup Dalam Blues. Apatah lagi G A Blue. Kebanyakan manusia normal kurang fokus pada kerja d hari Isnin. Kecuali golongan bos-bos. Sulaiman tak faham. Kenapa mereka begitu bersemangat pada hari Isnin. Sebab kalau mesyuarat je, mesti hari Isnin. 

Macam biasa, pukul 8.29 pagi Sulaiman tiba di pejabat. Sulaiman memang saja sampai waktu begitu. Supaya dia tidak terasa lama berada di dalam pejbat. Bagi Sulaiman, kerja hanyalah dari pukul 830 pagi hingga 530 petang sahaja. Lebih dari waktu kerja, masanya wajib dibayar. Pernah sekali tu, Sulaiman buat tuntutan kerja lebih masa dari pukul 730 pagi hingga 830 pagi. Sebab dia tersampai di pejabat awal. Bos dia tak cakap apa. Ke dalam tong sampah borang tuntutan dia tu.

Mesyuarat hanya akan bermula pada pukul 930 pagi. Masih ada satu jam lagi sebelum mesyuarat bermula. Sulaiman bersarapan dahulu. Nasi lemak lauk sotong menjadi menu sarapannya hari ini. Selepas bersarapan, Sulaiman terus menuju ke mejanya untuk memulakan kerja. Ok, tipu je. Sulaiman Tak rajin sebegitu. Dia ke port hisap rokok pulak. Rakan-rakannya yang dah habis sarapan awal, turut berada di situ. Bila dah dengan kawan-kawan, mesti bersembang. Sembang punya sembang, 2 batang rokok John putih pun dah habis, barulah Sulaiman menuju ke mejanya. Jam menunjukkan pukul 9.05 minit pagi.

Sulaiman menghidupkan PC nya. Beliau membuka emel dan menyemak emel-emel baru. Dirasakan emel-emel tersebut tiada kaitan dengannya, beliau terus menghapuskan emel tersebut. Kemudian beliau ke folder D, dan memilih folder 'Naruto Shippuden'. Episod baru. Sempat lagi tengok ni sebelum mesyuarat.

Pukul 930 pagi, mesyuarat pun bermula. Bagi Sulaiman, mesyuarat-mesyuarat begini hanya membuang masa. Kalau tiada mesyuarat pun, prestasi syarikat tak berubah. Macam tu jugak. Sulaiman memang tidak menyukai mesyuarat-mesyuarat ni. Sebab, bila ada mesyuarat, pasti kerjanya akan bertambah. Yang lama pun tak siap lagi, dapat pulak kerja baru. Itu yang Sulaiman tak suka. Sepanjang mesyuarat, Sulaiman berpura-pura menumpukan perhatian tentang isi-isi penting yang diutarakan bosnya. Sulaiman mengangguk-angguk seperti memahami apa yang disampaikan oleh ahli-ahli mesyuarat. Padahal, beliau sibuk menyemak status-status facebook di iPhone 5 nya.

Curiga dengan gerak-geri Sulaiman yang meragukan, Encik bos menegurnya. 

"Sulaiman, bagaimana dengan keuntungan syarikat kita bulan lepas?Mencapai sasaran bulanan atau tidak?" Tanya Encik bos.

Sulaiman yang sedang membahan rakan-rakanya yang menyokong Manchester United sebab tewas kepada Swansea City di dalam aplikasi Whatsapp, terkejut. Namun, Sulaiman orangnya tenang. Selamba beliau menjawab pertanyaan itu dengan lancar. Kagum dengan jawapan padu yang Sulaiman berikan, bosnya berkata lagi.

"Bagus Sulaiman, awak dinaikkan pangkat berkuatkuasa hari ini. Gaji naik lagi RM5000".

Sulaiman tercengang. Semua yang di dalam bilik mesyuarat juga ternganga. Suasana sunyi. Masing-masing kaku. Selepas 5 minit, semua yang berada di dalam bilik mesyuarat menyerbu ke arah Sulaiman. Ada yang mengucapkan tahniah, ada yang mengucapkan congratulation, ada yang memeluknya dan ada yang melambung-lambung Sulaiman. Sulaiman berasa sangat gembira. Kemudian terdengar sayup-sayup bunyi deringan iphone 5 nya..

                                                        ***********************

"Cantekk. Lambat lagi aku arini. UEFA Champions League punya pasal la ni. huh!" Sulaiman mengomel sendirian selepas dikejutkan oleh panggilan telefon rakannya yang sudah sampai di pejabat.

"Ini lah yang susah bila sokong Liverpool ni. Baik sokong Menyu, Tak layak UEFA Champions League. Takde pening-pening kepala nak tengok bola pagi-pagi buta" Getus hatinya lagi sambil tersenyum nakal.

Liverpool (Eng) 2 - 1 Ludogorets Razgrad (Bul)
Group Stage, UEFA Champions League

P/S : Tajuk memang takde kena mengena.



 






Sunday 14 September 2014

Ride, Lemang & Dip 'n' Dip

Ride merupakan perkataan inggeris yang bermaksud menunggang motor. Selalunya digunakan jika kita nak pergi ke sesuatu tempat menggunakan motor. Contoh macam kita nak pergi Kepulauan Sakhalin di Russia naik motor. Kita akan ajak orang dan cakap "Jom kita ride pergi Kepulauan Sakhalin".

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan. Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. 

Dip 'n' Dip pula merupakan retoran yang menghidangkan makanan berasaskan coklat. Setakat ni yang aku tau, ada di Bangsar dan di The Curve Mutiara Damansara. Harga makanan memang kalau orang2 biasa tengok, boleh mencarut. Tapi kalau nak nampak cool dan buat orang fikir kita kaya, ini tempat yang sesuai.

Jadi, apa kaitannya antara tiga-tiga entiti ini? begini ceritanya..

Sulaiman merupakan seorang lelaki yang sudah berumahtangga. Dia juga seorang peminat dan penunggang motosikal berkuasa tinggi. Beliau memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi yang diberi nama K8. Namun, selepas pulang dari ride Negara Gajah Putih, keterujaan beliau terhadap menunggang motosikal berkuasa tinggi sedikit pudar. Mungkin kerana masih penat, motosikal K8 nya langsung tidak disentuh. Ke pejabat pun hanya menunggang kapcai.

Genap 2 minggu, keterujaan untuk menunggang kini kembali. Ditambah pula ada jemputan dari group wassap geng motornya untuk 'Ride Santai Ke Lemang To'ki", beliau berazam untuk menyertai ride tersebut. Tetapi, sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, beliau harus memaklumkan dahulu perkara ini kepada isterinya. 

"Yang, esok Ahad ni I nak gi ride. Pergi Lemang To'ki kat Bentong, Pahang. Member ajak makan lemang" ujar Sulaiman tegas.

"Ok, boleh. Tapi dengan syarat bawak I pergi makan Dip 'n' Dip dulu" Jawab isterinya juga tegas.

Ahh sudah.. mintak Dip 'n' Dip pulak. Terbayang oleh Sulaiman senarai harga di dalam menu Dip 'n' Dip. Hanya harga 'Spring Water' tertera paling murah. RM2.50. Yang lain semuanya atas RM9.99.

Tetapi, Sulaiman patut bersyukur. Ini kerana rakannya lebih parah. Isterinya meminta beg tangan berjenama Michael Kors. Jadi, rakannya gagal dalam perjuangan untuk pergi ride.

Nak pergi ride jugak punya pasal, Sulaiman membawa juga isterinya menjamu selera di Dip'n' Dip The Curve. Walaupun jam sudah menunjukkan jam 10 malam, Sulaiman gagahkan juga dirinya untuk ke sana. Sulaiman masih tidak berpuas hati dengan harga makanan di restoran ini. Baginya, makan coklat sampai berpuluh-puluh ringgit adalah sangat tidak berbaloi. Lebih baik makan ayam goreng spicy McD.

 Gembira hati isterinya kerana dah 2 bulan meminta, baru kali ini dapat. Kalau tidak, ada sahaja alasan yang Sulaiman akan berikan. Tak berbaloi lah, baik beli choki-choki satu kotak lah, restoran Yahudi lah, ini semua agenda freemason illuminati lah dan bermacam-macam alasan lagi. Usai makan, selepas membayar bil berpuluh RM, isteri Sulaiman berkata, "Esok ride baik-baik tau. Jangan bawak laju".

'A Happy Wife May Bring Better Life For Husband'. Benar sekali pepatah inggeris ini. Esok Sulaiman akan ride selepas 2 minggu berehat. Malam itu Sulaiman sudah membayangkan jalan yang akan dilaluinya, selekoh yang akan disagatnya dan laluan lurus yang akan dipepahnya. Selepas itu terbayng pula lemang disajikan sekali dengan serunding dan rendang. Sulaiman terbayang kelazatnya. Sulaiman pun tidur dengan lena..

                                                           *******************************

Ahad, 14 September 2014, 7.00 pagi, hujan turun dengan selebat-lebatnya di bumi Selangor. Sulaiman yang sudah siap sedia memakai racing suit, memandang ke luar rumah dengan perasaan yang sedih. Beliau masih memegang resit Dip 'n' Dip The Curve dengan erat. Air mata bergenang di kelopak matanya. Manakala, isterinya masih tidur sambil tertawa kecil. 



  







Thursday 14 August 2014

Ini Lelaki #2

Pelupa. Itu perkataan yang sesuai untuk kebanyakan lelaki. Sebagai contoh, member aku punya cerita gak ni. Dia keluar membeli belah dengan isteri dia di sebuah shopping complex terkemuka. Mereka berjalan beriringan sambil bergurau senda. Tiba-tiba, sampai di kedai yang menjual beg tangan berjenama jurulatih, isteri dia berhenti seraya berkata

"cantiknya handbag tu bang.. belikan la untuk saya.."

"Ish, kan dah banyak handbag kat rumah tu.." jawab member aku.

"Alaaa.. ok, belikan sebagai hadiah hari jadi in advance.. hari jadi i kan bulan depan.. boleh la.." Rayu isterinya.

"Hmmm... bolehla.. tapi jangan mintak hadiah lagi time birthday nanti tau" ujar member aku kembali.

Member aku mengalah. Ok juga bagi hadiah birthday in advance ni. Takde la nanti dia pening kepala nak cari hadiah untuk isteri dia. Gaji dia pun baru masuk masa tu. Sebelum duit gaji habis, baik belikan je hadiah handbag ni. Mudah. Tak payah pening kepala. Tapi tiba-tiba dia rasa tak sedap hati. Ahh.. mainan perasaan je tu.

Duit dan handbag bertukar tangan di kaunter pembayaran. Bukan main gembira lagi isteri member aku dapat handbag jurulatih. Mereka pun sambung berjalan. Jalan punya jalan punya jalan, member aku ni penat. Dia pun cakap dengan isteri dia, dia nak duduk rehat kejap. Isteri dia sambung berjalan lagi. Sambil duduk-duduk kat kerusi tu, member aku pandang la keliling nak cuci mata. Tiba-tiba dia ternampak kedai jual henpon Apple. Pandangannya terhenti di situ. Fikirannya mula teringat sesuatu. Jantungnya berdegup kencang. Peluh mula memercik di dahinya. Nafasnya laju. Ini kerana... 2 minggu lepas, isteri dia baru je mintak dan dapat hadiah birthday in advance dari member aku ni berupa iphone 5!

"Arghhh.. camne boleh lupa ni??!!" Jerit hati kecil member aku td.

Dari jauh, isterinya tersenyum sinis.

"Yeayyy! Dapat 2 hadiah!"

Kahkahkah!

Ini Lelaki #1

Dalam dunia yang fana ini, ada 3 jenis manusia. Lelaki, perempuan dan khunsa. Tau tak apa itu khunsa? Jika tidak tahu, en google boleh memberikan jawapan kepada anda. Abaikan kisah khunsa, sebab aku nak cerita tentang satu perihal yang kebanyakannya ada pada seorang lelaki.

Lelaki bertindak mengikut arahan. Sebagai contoh, ini yang diceritakan oleh member aku, isterinya menyuruh member aku ni angkat bakul baju kotor ke mesin basuh. Ok, arahan yang diberikan ialah angkat bakul baju kotor ke mesin basuh. Member aku ni pun dengan senang hati angkat bakul baju tersebut ke mesin basuh. Lihat, member aku melakukan tugas tersebut dengan cemerlang bukan? Bagi kebanyakan lelaki yang melihat arahan tersebut akan beranggapan member aku melakukan tugasnya dengan baik. Namun, tidak bagi perempuan. Tugas member aku itu masih tidak disempurnakan. Isteri member aku mula membebel. Kerana apa? Kerana member aku hanya meletakkan bakul baju kotor tadi di tepi mesin basuh. Beliau tidak memasukkan baju kotor di dalam bakul tadi ke dalam mesin basuh.

Melihat cerita member aku di atas, arahan yang diberikan adalah jelas, nyata dan terang  hanya perlu bawa bakul baju kotor itu ke mesin basuh. Tiada arahan yang dikeluarkan untuk memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh.

Adakah member aku bersalah? Wajarkah beliau dipersalahkan? Tepuk dada, tanya selera. Oh lupa bagitau nama member aku ni. Nama dia ialah... ok dia tak bagi aku bagitau.

Perkara ini kadang-kadang berlaku juga untuk situasi basuh pinggan lepas makan.

Arahan : basuh pinggan tu lepas makan.

Tindakan : basuh pinggan yang kita guna tadi.

Akibat : kenapa tak basuh sekali periuk, kuali, sudu, garfu, pinggan? cawan dalam singki tu??!!

Jadi, kepada semua perempuan di luar sana, sila ambil perhatian. Berikan arahan dengan jelas kepada lelaki. Jika mahu mereka buat 2 tugasan, bagitau betul-betul tugasan yang mereka perlu lakukan. Bukan dengan memberi 1 arahan dan mengharapkan mereka berfikir sendiri tentang keperluan tugasan ke dua yg tidak diberitahu. Memang tinggal harapan la kalau buat macamtu. Kahkahkah.







Monday 11 August 2014

Kerja Rumah

Bulan ni bulan raya. Bila dalam bulan raya, hujung minggu mesti banyak jemputan rumah terbuka sahabat handai dan saudara mara. Bila banyak rumah terbuka, banyak lah kenderaan di jalan raya. Jalan raya pulak dia punya jem macam pagi-pagi orang ramai nak pergi kerja.

Bila dah banyak sangat pergi rumah terbuka, kerja-kerja di rumah juga banyak yang terbengkalai seperti mengemas rumah, mencuci pakaian dan melipat baju. Selalunya kerja hakiki aku kat rumah ialah memvakum lantai dan menyidai baju. Tapi aku selalu skip vakum rumah tu. Lantai nampak macam bersih je. Jadi aku sapu-sapu je pakai kaki. Basuh dan lipat baju kerja bini aku.

Malam tu, banyak sangat baju nak kena lipat. Aku dengan baik hatinya mengoffer diri untuk sama-sama lipat baju. Aku pun duduk sebelah longgokan pakaian dan mula melipat baju..

"Bukan camtu la lipat baju.." ujar bini aku selepas aku siap melipat sehelai baju.

"Eh, selalu I lipat camni la kat umah sewa dulu" jawab aku penuh yakin.

"Itu lain. Kalau kat sini, kena lipat camni. Baru kemas." Balas bini aku balik sambil menunjukkan cara dia melipat.

"Oooo.. camtu.."

Rupa-rupanya, setiap orang ada cara lipatan bajunya sendiri.

Lepas tu aku sambung tengok tivi. Nanti salah lagi kena bebel pulak.

Last-last kena bebel gak sebab dia kata dia tengah buat kerja rumah tapi aku senang lenang tengok tivi.

Hoho.. women is complicated.

Thursday 31 July 2014

Kepelbagaian Bio

Bulan Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan sekarang, kita sedang berada di dalam bulan Syawal. Masa kecik - kecik dulu, aku kenal syawal sebagai P Ramlee dalam Ahmad Albab. Syawal, Muharam dan Safar. Syawal baik. Muharam dan Safar jahat. Tak tau pun Syawal tu sebenarnya nama bulan Islam. Lihat, betapa besarnya pengaruh tivi kepada minda kanak-kanak. Sepatutnya, subjek matematik tambahan perlu diolah untuk disesuaikan dalam kartun Upin & Ipin. Aku yakin adik-adik aku nantI jadi power dalam subjek tu. Sebab dulu aku tak pernah lulus. Sama macam abah aku. Dia pun tak lulus.

Cerita pasal bulan Ramadhan, tahun lepas punya puasa, tiap kali waktu sahur, aku akan ditemani dengan rancangan  Mari Mengaji. "Tak tengok rugi, tak baca laaaagi rugi". Tu tagline dia. Rancangan yang memperlihatkan kebolehan budak-budak kecik mengaji dengan taranum sekali. Hebat sungguh mereka. Tak macam kebanyakan orang dewasa sekarang. Masih ramai yang merangkak-rangkak kalau mengaji. Tapi kalau lagu 2NE1 Come Back Home, siap boleh hafal walaupun dalam bahasa Korea.
Tapi sahur tahun ni, rancangan tu dah jadi lewat sikit. Sebab bila dah habis sahur, barula dia muncul kat tivi. Jadi aku tak selalu dapat tengok. Lepas sahur je, aku biasa bertadarus sambil menunggu waktu subuh di surau berdekatan. Tahun ni punya sahur aku tak ambik port sangat kat tivi. Kecuali ada live world cup. Aku syak world cup ni pun salah satu agenda yahudi illuminati sebab dia punya kesan tu, sampai buat orang malas nak pergi surau. Kadang-kadang tu, aku jadi imam, sejadah jadi makmum.

Namun, apa yang aku ambik port ialah iklan 'Kepelbagaian Bio'. Iklan ni memang lejen. Sebab walaupun TV3 yang siarkan, tapi kualiti dia RTM punya. Korang tau kan kualiti gambar RTM? Dia jenis tak sharp sangat. Alah, korang mesti boleh tau punya gamba RTM camne. Suram je. Pastu suara latar kepelbagaian bio tu pun macam tak berapa semangat. Aku syak dia baru bangun tidur, pastu terus Pegawai Tadbir Diplomatik RTM suruh dia baca skrip iklan tu. Sebab dia gred N17, kena la patuh dengan pegawai Gred 41. Dia pun baca la dengan penuh keterpaksaan. Begini skripnya..

"Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini. Kita semua adalah sebahagian dari jaringan kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain. Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara paling kaya dari segi kepelbagaian bio"

Korang perasan kan dengan iklan ni? Iklan ni comel kan? Dia ada tunjuk gambar-gambar pokok di hutan, burung berkicauan, air sungai mengalir dan gunung ganang. Dulu-dulu tengah malam dia ada siarkan juga. Tapi siapa nak tengok tengah-tengah malam kan? Kalau takde orang tengok, objektif iklan tak sampai. InI supaya orang ramai tahu betapa pentingnya kepelbagaian bio dalam kehidupan seharian. Sebab tu dia tukar waktu siaran iklan ni. Time sahur. Supaya ramai dapat tengok. Budaya sahur sambil tengok tivi memang tengah up zaman sekarang ni.

Jadi, kesimpulan yang aku boleh buat, dengan adanya iklan kepelbagaian bio ini, pasti ramai yang akan lulus dengan cemerlang dalam subjek biologi SPM. Ingat balik kat atas tadi. Iklan mampu memberi kesan yang mendalam terhadap pemikiran kanak-kanak.

P/s : Tapi aku pernah jumpa sorang ni gred dia N17 je tapi dia punya sombong macam JUSA. Sorang tu je la. Yang lain-lain aku jumpa semuanya baik-baik belaka.


Tuesday 29 July 2014

Satu Pagi Di Hari Raya

#selfieraya

Hari ini hari raya. Pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk menunaikan rukun Islam yang ke 2. Sebenarnya takde la awal sangat. Dalam pukul 6.50 pagi. Tu pun lepas setengah jam bini aku kejut. Kalau dia tak kejut, memang pukul 6.50 petang la aku bangun.

Usai solat Subuh, aku cuba untuk meneruskan lagi aktiviti tido tadi. Namun pergerakan aku berjaya dikesan dan telah dihalang dengan jayanya oleh Umi aku pula.

"Dah, dah, dah. Jangan tido lagi. Pergi mandi. Sini sembahyang raya start awal." Ujar Umi yang sedang menyiapkan hidangan pagi.

Dengan langkah longlai, aku terus menuju ke bilik mandi. Mandi punya mandi punya mandi, 10 minit selesai. Masa untuk mengenakan pakaian rasmi hari raya iaitu baju melayu. Baju dah siap gosok, tinggal pakai je. Baju Melayu berwarna ungu cerah itu adalah sumbangan opis aku kepada wargakerjanya. Saya Mesti Pilih!

Walaupun kain baju melayu ni dapat sebelum puasa lagi, oleh kerana aku ni orangnya jenis tenang je, lagi 2 minggu nak raya baru aku sedar aku tak jahit lagi kain tu. Nasib baik ada lagi orang yang terima nak jahit. Yang nak jahit tu pun kakak kepada bini opismate aku. Aku paksa dia jahitkan. Kalau tak markah KPI dia aku bagi rendah. Penyalahgunaan kuasa berlaku kat sini.

"Nanti bagi baju contoh sekali. Akak bini saya nanti jahit ikut ukuran baju contoh tu" ujar Aima kepadaku sambil dia tengah main Counter-Strike dalam PC. Siot, waktu kerja la woi.

"Ok, aku bagI baju contoh baju tahun lepas" jawabku ringkas. Aku malas nk jawab panjang-panjang sebab aku tengah layan cerita 'Lone Survivor' kat PC aku. Cerita perang-perang. Mendebarkan betul cerita ni. Terima kasih kepada tokan Malek sebab supply muvi - muvi baru kepada kami. Esoknya aku hantar kain untuk dijahit beserta baju melayu contoh untuk dibuat ukuran dan bagi kat Aima. Lagi 3 hari nak raya, baju melayu tu pun siap.

Berbalik semula kepada cerita aku lepas mandi tadi, lepas letak bedak-bedak kat badan, lepas pakai deodarant nivea for men, aku pun mula menyarung baju melayu raya tersebut. Ni 1st time aku pakai baju melayu tu. Sebab masa dah siap jahit haritu pun, aku tak cuba try test dulu. Aku kelihatan segak dan kacak di hadapan cermin walaupun di bahagian bawah masih bertuala. Bila pakai seluar pulak, tu dia..

Ni yang malas ni. Aku syak mesti kakak bini Aima tu lepas siap jahit seluar baju melayu aku tu, dia pergi hantar dobi. Bila pakaian dihantar kat dobi, pakaian kita boleh jadi mengecil. Tak pun, dia salah ukur.

Seluar aku tak berapa nak muat!

Masuk keje ni siap la ko Aima. Tak kan la baru setahun pinggang aku makin membesar. Ni mesti salah ukur ni. Tak logik, tak logik.

P/s : lepas aku mcgyver kan seluar tu, baru la muat. Sebab ni la aku tak sempat nak gi sembahyang raya.




Sunday 13 July 2014

Dont Cry For Me Argentina

Viewing Party @ Dataran Merdeka

Sebelum itu, ingin aku jelaskan, tajuk di atas tiada kena mengena dengan karangan ini.

Hari ini hari Ahad. Esok hari Isnin pukul 3 pagi ada perlawanan akhir Piala Dunia Brazil 2014 menemukan 2 pasukan ternama dunia iaitu Argentina dan juga Jerman. Aku sokong Argentina selepas England, Uruguay, Mexico dan Colombia terkeluar dari saingan. Aku harap nasib aku tak macam nasib PM kita. Apa yang dia sokong semua kalah. Lagipun aku nak biar rekod tiada pasukan dari benua lain selain benua Amerika Selatan menang piala dunia jika kejohanan diadakan di Amerika Selatan. Lagi satu sebab, aku ada jersi Argentina. Tapi takde jersi Jerman. Dengar cerita, penduduk kampung Parit Jerman kat Pontian, Johor, nak buat kenduri Nasi Ambeng kalau Jerman menang piala dunia ni. Aku bajet, orang-orang kampung tu mesti nama-nama diorang macam Olivier Bierhoff, Jurgen Klinsmann dan Gerd Muller.

Ikut perancangan, aku dan 2 orang lagi rakan sepejabat nak pergi viewing party world cup kat Central Park One Utama. Tapi diorang berdua ni macam lambat lagi la pulak. Sorang dari Muor. Sorang lagi dari Kuala Selangor. Yang dari Kuala selangor ni nampak macam boleh sampai cepat kan? Sebab Kuala selangor tak jauh mana kan? Tapi tidak.. dia nak pergi hantar bini dia kat rumah dia kat Puchong dulu, baru datang ke OU. Lemah.. aku dari JB pun bole sampai awal weh. Ini masalah paling besar orang Melayu kita susah nak ketepikan. Ketepatan masa. Jika kita lambat, kita akan ketinggalan. Sebab itulah Malaysia 20 tahun lebih lambat untuk maju berbanding Jepun, 5 tahun dari Singapura. Ok, jap lagi mesti ada yang suruh aku duduk Singapura ni.

Bercerita tentang Singapura, semalam aku, bini aku, kawan aku dengan bini dia berjalan-jalan di Singapura. Apa yang menarik di sini, hanya kerana huruf 'C' yang tertanggal dari no plet belakang kereta member aku tu, diorang telah diarahkan untuk meninggalkan Singapura. Mak aih.. strict gila khinzir Singapura ni. Member aku tu dah 2 minggu xde huruf 'C'. Rilek je senang hati jalan2 kat KLCC tanpa diusir dari Malaysia. Aku pulak dah lepas masuk Singapura. Oleh kerana aku sebagai rakan yang bertanggungjawab, aku pun patah la balik ke Malaysia. Diorang park keta di rnr Gelang Patah, kemudian masuk semula ke Singapura dengan kerata aku. Maknanya, semalam je 4 kali aku dapat cop pasport masuk dan keluar dari Singapura. Berselang 1 jam sahaja. Hebat. Oh, lupa nak bagitahu. Member aku ni penyokong JDT. Buat hal betul la.

Hari ini pulak, nak balik ke Selangor, sempat pula aku singgah kat Johor Premium Outlet. Bini aku nak sangat pergi, aku sebagai suami mithali bawakkan la (agar malam ni boleh tengok bola kat OU..bijak?). Aku memang takde niat nak beli apa-apa pun. Hanya nak teman bini aku je. Penyudahnya, barang yang aku beli lagi banyak dari bini aku. Mendapat.. nasib baik tak cecah rm800.

Sebenarnya, aku nak cerita benda lain. Tapi aku lupa isi dia. Jadi, aku tulis je la apa yang terlintas dalam otak aku sekarang. Hasilnya, seperti di atas. Cerita tentang pengalaman aku mengharungi hari Sabtu dan Ahad lepas. Saje melepaskan boring menunggu 2 orang member aku tu. Korang yang baca pun kompom boring gak. Padan muka. Kahkahkah.

P/s : esok kerja ke? Eh, ye ke kerja.. bukan Najib dah bagi cuti? Ah, lantak la. Aku memang cuti pun esok. Hikhikhik.



Friday 30 May 2014

Provokasi Terpimpin




Apa? JDT kalah? Team yang ada ramai player STAR tu? Team yang labur berjuta-juta RM sebab nak dapat kejayaan dalam masa yang singkat tu? Team yang stadium dia dah 20 tahun kosong tiba-tiba penyokong dari gua mana ntah muncul beramai-ramai claim dialah penyokong Johor paling setia dalam dunia tu? Usia baru 2 tahun, piala xpernah dapat, apasal ada 3 bintang?

Ayat-ayat di atas merupakan beberapa contoh ayat provokasi yang dilontarkan kepada penyokong JDT. Kita mula kembali dengan memahami apakah maksud provokasi itu. Provokasi kalau apa yang aku faham bermaksud tindakan samada secara verbal atau perbuatan yang menghasut untuk membuatkan pihak satu lagi menjadi terlebih emosi. Jadi, sesiapa yang mental kuat, dia tidak akan terpengaruh dengan provokasi-provokasi sebegini.

Dalam konteks bola sepak, provokasi merupakan amalan biasa di serata dunia. Kita kecilkan skop dan berbincang tentang provokasi penyokong bola sepak di Malaysia. Antara insiden provokasi yang mencetuskan keganasan kecil ialah antara JDT vs Pahang, Pahang vs JDT, JDT vs Perak, Perak vs JDT, Kelantan vs JDT, Perak vs Selangor dan Selangor vs Perak. Eh, banyaknya JDT. Dulu masa zaman Johor FA dan johor FC, tiada pun pergaduhan. Tapi ye la, zaman tu, Johor mana ada penyokong. Ada orang Johor sendiri tak tahu kat Larkin dan Pasir Gudang ada stadium! Haha.

Saya mengaku, saya memang suka melakukan provokasi. Selalunya provokasi di dalam facebook dan whatsapp je la. Tapi sebenarnya saya mempunyai niat yang murni apabila melakukan perkara tersebut. Saya ingin melihat kemeriahan bola sepak Malaysia tercetus buat keseluruhan rakyat Malaysia. Kejayaan yang saya capai ialah apabila member saya yang tak pernah post status pasal bola kat fb, tak pernah minat bola sepak, mula post siap buat hashtag tentang bola lagi. Walaupun benda yang dia post tu pun ada unsur-unsur provokasi juga, tapi tak kisahla. Yang penting dia dah mula tengok bola sepak. Walaupun tengok team JDT sahaja.

Provokasi terhadap Manchester United (selepas ini disebut Menyu) pula memang semulajadi lahir dari sudut hati penyokong Liverpool. Menyu yang dahulunya diambang gulung tikar selepas tragedi Munich, dibantu oleh beberapa kelab inggeris termasuk Liverpool untuk meneruskan kelangsungan hidup kelab. Namun kita semua tahu, Menyu ni angkuh, sombong dan bongkak, serasi dengan lambang syaitan mereka. Huh.

Akhir kata, walau apapun terjadi, anggaplah provokasi di antara kawan-kawan kita sebagai gurauan. Jangan lah ambik serius pulak. Mental kena kuat. Provok, provok juga. Kawan selamanya.

Sekian, terima kasih.

#selangorpowersampaikiamat
#selangorsampaimati
#YNWA
#hamsterselatan
#harimeowselatan





Saturday 24 May 2014

Ini Wilayah Gergasi Merah

Shah Alam : Pendahulu Liga Super Malaysia, Selangor gagal mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri apabila tewas kepada pendatang baru, JDTFC 0-1 di Stadium Shah Alam malam tadi. Gol yang terhasil di pertengahan babak kedua itu dijaringkan oleh penyerang import JDT, Luciano Figueroa sekaliguskan merencatkan rentak Selangor untuk terus menjarakkan mata sebagai pendahulu liga. Walaubagaimanapun, Selangor masih gah di puncak liga. Masih gayat.

Tifo terbaik dari #ultrasel


******************************************
Memang terbaik la malam tadi. Stadium penuh, tifo lawa, penyokong sporting, cuma ada 2 je benda tak best. No 1, Selangor kalah la kan. Tp masih di atas singgahsana. No 2 yg tak best ialah bila ada yg baling botol pada Wak Am. Kompom yg buat ni yg setahun sekali je pergi stadium. Kemon la. Marah kat Wak Am tu marah la, tp jangan la baling-baling botol. Perangai serupa monyet la main baling-baling botol ni. Aku yakin yg buat bukan dari Ultrasel mahupun SSFC. Mereka arif tentang adab menonton perlawanan bola sepak.

Selangor sebenarnya ibarat Bayern Munich di Bundesliga. Boleh menjadi juara dengan cepat walaupun liga belum lagi habis. Tapi bosan la camtu. Jadi, untuk menjadikan liga super ni lebih menarik dan kompetetif, bagi la JDT menang. Supaya di penghujung musim nanti, akan ada elemen mendebarkan dan yang penting dramatik. Akhirnya Selangor menjadi juara.

#SelangorPowerSampaiKiamat
#SelangorSampaiMati

Tamat.

Dah lama SSA tak penuh begini. Thumbs up Selangorian!

Apa juga keputusan, Selangor tetap di hati.




Saturday 5 April 2014

Terminologi Penalti



"Mak aihh... mengantuknya.." luahanku kepada diri sendiri sambil menguap seluas-luasnya seperti sang raja rimba menonjolkan kehebatannya mengaum.

Maklumlah, lepas makan tengahari, rehat setengah jam, kemudian kena masuk balik kursus yang bertajuk 'Latihan Kesedaran Pematuhan Syariah' anjuran Jabatan Pengurusan Bakat, Pelan Penggantian & Pembangunan Kerjaya atau dalam bahasa inggerisnya 'Talent Management, Succession Planning & Career Development Department' tempat kerja aku. Memang majikan aku juara dalam memartabatkan Bahasa Melayu dalam kebanyakan operasi perniagaan mereka. Malah pernah mendapat anugerah dari Dewan Bahasa Dan Pustaka tahun... errr.. tak ingat tahun berapa. Tapi aku bangga dengan sekelumit usaha majikan aku ini dalam membantu mengembangkan Bahasa Melayu di negara MALAYsia.

Hari ini hari Sabtu. Namun, aku terpaksa menghadiri kursus ini. Dahla pagi tadi hujan. Nak menangis rasanya sebab tak dapat merasai nikmat tidur dikala hujan waktu pagi. Sedih. Tapi, khidmatku diperlukan. Aku gagahkan jua untuk ke Hotel Seri Pacific bagi menambahkan ilmu dalam pemahaman terhadap pentingnya pematuhan syariah.

Kembali kepada keadaan aku mengantuk tadi, aku mula membelek-belek telefon bimbit samsungselaluhang aku ini. Layan facebook. Tapi bila hari Sabtu dan ahad, newsfeed kat wall aku ni tak banyak update. Hasil dari pemerhatian aku, ini berlaku kerana hari Sabtu dan Ahad adalah hari cuti. Bila hari cuti, ramai yang buat aktiviti kekeluargaan dan mereka jarang membelek-belek telefon bimbit mereka. Tetapi ini tidak berlaku ketika waktu kerja. Boleh dikatakan setiap 5 minit buka fb.

Lepas belek fb, belek wassap pulak. Sama juga. Kurang aktif waktu-waktu cuti ini. Bosan. Aku pula dah kurang fokus dengan ceramah dari penceramah di depan dewan. Tapi tak salah aku, skang tengah bincang pasal keadaan apa yang berlaku jika pelanggan lambat membuat bayaran balik pembiayaan. Peserta-peserta kursus mengatakan pelanggan akan dikenakan penalti. Sambil tersenyum, ustazah yang bagi ceramah tadi jawab..

"Dalam perbankan Islam, kita tidak boleh menggunakan 'term' penalti. Terminologi penalti tu sendiri tiada dalam perbankan Islam. Jadi kita gunakan perkataan 'compensation' ataupun pampasan dalam bahasa Melayu"

'Terminologi penalti'. Macam best je ayat tu. Tiba-tiba dapat satu idea. Aku belek blog aku ni, dan edit 'title' blog ni. Ok, nampak cool.

Jadi dengan ini aku umumkan, tajuk blog aku dah berubah dari 'R.o.T' kepada 'Terminologi Penalti'. Sekian, terima kasih.

Ok, sambung dengar ceramah pematuhan syariah. Dah tertinggal banyak topik ni. Haaisshhh.

Wednesday 2 April 2014

Selfie



Selfie.. apakah itu selfie? Selfie merupakan perkataan baru yang diwujudkan dan telah diiktiraf sebagai perkataan yang sah digunakan. Siap dah masuk dalam kamus lagi. Selfie ni maksudnya tangkap gambar muka sendiri. Pastu post kt fb dan mengharapkan like dan komen yang banyak. Contoh komen-komen yang diharapkan ialah :

"Cutenyeee..."
"Cun siot.."
"Perghhh... lawa nye.. bole berkenalan?"
"Hot"
"Osem n gojes"

Dan banyak lagila puji-pujian yang diharapkan. Memang kebanyakannya akan puji la. Aku dan kebanyakan orang tak kisah sebenarnya orang-orang yang nak selfie ni. Tapi berpada-pada la.. kalau dalam sehari sampai 50 keping gambar selfie ko post kat fb, menyumpah jugak orang lain. Lagi satu kalau yang selfie tu memang diiktiraf cun (ni untuk awek-awek la macam erin malek ke), memang ok la. Tapi yang tak cun, sekeping sehari pun ok..

Selfie ni bagus untuk meningkatkan keyakinan diri. Tapi ia juga boleh membuatkan diri kita 'down'. Contohla kita selfie pastu post kt fb. Mengharapkan like dan komen yang best. Tiba-tiba ada yang komen

"Besarnye lubang hidung"
"Serius... buruk weyy"
"Ko ingat ko cun ke"

Nampak? Dah down diri kita. Mengharungi kehidupan yang murung. Aku pasti kalau lelaki yang selfie dan dapat komen macam cilaka, diorang ok. Tapi kalau perempuan? Boleh kelar-kelar badan sendiri tau. Lagi-lagi generasi bahasa alien ni. Perangai pelik-pelik. Tengah menangis pun bole selfie. Pastu caption gambar "kau lukakan hatiku.. inilah kesannya"

Yang paling teruk, tengah bersenggama kat stesen minyak petronas pun bole selfie lagi. Mengarut.

Oleh itu, kalau nak selfie, pastikan bersedia menerima sebarang komentar. Samada yang baik atau yang mengutuk. Manusia ni memang suka mengutuk. Kalau tak, hidup tak ceria. Lainla kalau aku yang selfie. Aku cekal. Sebab aritu ada orang komen gambar aku...

'Pergggghhh... macam Aaron Aziz"

-sekian-

RoT : aku pernah tengok iklan kat fb 'kursus selfie'. Siap ada yurann pendaftaran lagi.. Wadepak..



Monday 31 March 2014

Ubat Batuk

Kof! Kof! Kof!"

Mula-mula aku ingat apis mencarut, rupa-ruoanya itu bunyi dia batuk. Buruk betul bunyinya. Dah dekat 3 hari dah batuk dia tak hilang-hilang. Mana taknya, tengah batuk pun, rokok dunhill hisap jugak.

Apis berbaring di sofa sambil kaki kanannya disilangkan pada lutut kirinya. Lebih kurang macam duduk silang panggung, tapi versi berbaring. Itu trademark apis. Sambil baring pun masih menjaga kemachoannya. Matanya tertumpu pada skrin tv phillips 15 inci milik aku.

"Aku nak pergi kedai pak teh, ada sesapa nak kirim tak?" ujar Bote yang tengah bersiap-siap pakai baju.

"Haa cantik. Belikan aku ubat batuk. Jenama Breacol" jawab apis yang masih dalam posisi berbaring silang panggung.

"Nape taknak beli cap kelapa laut afrika? Ko kan asal sana" Bote cuba bergurau dengan apis tapi hambar.

Apis merenung tajam ke arah bote. Bote pun cepat-cepat berlalu pergi sebelum dimaki oleh Apis.

30 minit berlalu....

"Nah Apis, ubat batuk ko" ujar bote sambil melempar ubat tersebut kepada Apis.

Apis menyambut ubat tersebut dengan baik. Dia terus menuju ke dapur dan mengambil sudu untuk minum uvat batuk tersebut. Dengan berhati-hati dia menuang ubat batuk ke dalam sudu dan terus minum. Terkelat-kelat memek mukanya.

"Tak rasa apa pun ubat batuk ni" bentak apis. Kemudian dengan yakin dia terus mengogok botol ubat batuk tersebut sampai habis.

"Kalau tak elok gak batuk tu, tak tau la" ujar bota sambil memandang Apis dengan muka yang pelik.

Jono yang dari tadi melihat gelagat budak dua orang ni, pantas mencapai kotak ubat batuk Apis tadi. Tidak semena-mena Jono tergelak besar. Lantas dia tunjuk kepada Apis kotak ubat batuk tersebut.

'Ubat batuk kanak-kanak Breacol. Sesuai untuk kanak-kanak berusia 5-7 tahun'

Paaanggggg!!! Berderai botol ubat batuk tadi Apis baling kat dinding. Bote awal-awal lagi dah menghilangkan diri sebelum kena maki berbakul-bakul.

Aku pulak tengah berguling-gelak. Bote memang tak boleh diharap. Kahkahkah.

Sunday 30 March 2014

Make Us Dream!




When you walk through a storm, hold your head up high
And don’t be afraid of the dark
At the end of the storm, there’s a golden sky
And the sweet, silver song of a lark
Walk on through the wind
Walk on through the rain
Though your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk alone
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you’ll never walk alone
You’ll never walk alone
Kembali memimpin carta liga selepas kali terakhir pada sebelum krismas tahun lepas. 8 kemenangan berturut-turut. Luis Suarez memecahkan rekod kelab dengan 29 gol untuk 1 musim Liga Utama England. 

#MakeUsDream
#YNWA

You'll Never Walk Alone


Last post : bulan November 2013.
Sekarang : ujung bulan 3 2014.

Tiba-tiba, wujud satu perasaan yg dinamakan 'kasihan' terhadap blog aku ni. Hidup segan tapi taknak mati. Dekat 5 bulan tiada sebarang entri dan juga komen. Teringat pada rakan-rakan lain punya blog yang serupa macam ni. Contohnya Nasrun bin Anis punya blog. Dengar cerita dah 2 tahun tak sentuh. Kompom la dah lupa password tu. Kompom nye.

Kali ini aku ingin berbicara tentang sebuah pasukan bola sepak yang digeruni ramai iaitu #liverpoolteampalinghebatdidunia. Aku ingin berbicara tentang peluang yang terhidang di hadapan mata untuk menjadi juara BPL buat kali pertama dan juara liga utama England buat kali ke 19. Ianya akan dimulakan dengan kemenangan ke atas Tottenham Hotspurs pada malam nanti (30 Mac 2014).

Kita kembali ke 50 Tahun dahulu, iaitu pada tarikh 30 Mac 1964, Liverpool telah berjaya menewaskan Spurs dengan jaringan 3-1 di Anfield. Dan hari ini, sekali lagi, perlawanan ini dilangsungkan. Adakah sejarah akan berulang kembali? Kerana, pada tahun itu, Liverpool telah berjaya menjadi juara liga inggeris. Power betul la.

Dengan kekalahan Chelsea kepada Crystal Palace dan keputusan seri yang dicatatkan oleh Manchester City ketika bertandang ke Emirates semalam, peluang Liverpool sangat cerah. Liverpool hanya perlu melakukan sesuatu yang yang sudah biasa dilakukan untuk 7 perlawanan terakhir mereka iaitu menang. Dengan baki 7 perlawanan sahaja yang tinggal lagi, bermula dengan pertemuan menentang Spurs pada malam ini, kemenangan wajib dicapai. Selepas malam ini, Liverpool tidak boleh mensia-siakan lagi perlawanan menentang kelab-kelab pertengahan dan bawahan liga seperti tewas kepada Southampton dan Hull City Tigers di awal musim dahulu. Ini kerana Chelsea dan Manchester City akan menjadi tetamu di Anfield. Perkara paling teruk yg boleh dilakukan oleh Liverpool apabila menentang kedua-dua pasukan ini ialah menang 1 dan seri 1. Tidak boleh kalah. Jika tidak, ianya akan merencatkan peluang Liverpool untuk menjuaraI BPL.

Sudah lama penyokong Liverpool tidak mengecapi kejayaan menjuarai liga. Ianya terlalu lama. Jatuh bangun kelab, penyokong Liverpool tetap bersama. Mudah-mudahan, ianya tercapai pada musim ini. Semoga Kapten Marvel dan rakan-rakan dapat merealisasikan impian berjuta penyokong Liverpool di seluruh pelusuk dunia. In BR we trust!

Kepada penghuni gua, good luck untuk musim hadapan. Memang semalam korang dah keluar, tapi aku yakin, anda semua pasti akan masuk balik dalam gua nanti.

#YNWA