"Mak aihh... mengantuknya.." luahanku kepada diri sendiri sambil menguap seluas-luasnya seperti sang raja rimba menonjolkan kehebatannya mengaum.
Maklumlah, lepas makan tengahari, rehat setengah jam, kemudian kena masuk balik kursus yang bertajuk 'Latihan Kesedaran Pematuhan Syariah' anjuran Jabatan Pengurusan Bakat, Pelan Penggantian & Pembangunan Kerjaya atau dalam bahasa inggerisnya 'Talent Management, Succession Planning & Career Development Department' tempat kerja aku. Memang majikan aku juara dalam memartabatkan Bahasa Melayu dalam kebanyakan operasi perniagaan mereka. Malah pernah mendapat anugerah dari Dewan Bahasa Dan Pustaka tahun... errr.. tak ingat tahun berapa. Tapi aku bangga dengan sekelumit usaha majikan aku ini dalam membantu mengembangkan Bahasa Melayu di negara MALAYsia.
Hari ini hari Sabtu. Namun, aku terpaksa menghadiri kursus ini. Dahla pagi tadi hujan. Nak menangis rasanya sebab tak dapat merasai nikmat tidur dikala hujan waktu pagi. Sedih. Tapi, khidmatku diperlukan. Aku gagahkan jua untuk ke Hotel Seri Pacific bagi menambahkan ilmu dalam pemahaman terhadap pentingnya pematuhan syariah.
Kembali kepada keadaan aku mengantuk tadi, aku mula membelek-belek telefon bimbit samsungselaluhang aku ini. Layan facebook. Tapi bila hari Sabtu dan ahad, newsfeed kat wall aku ni tak banyak update. Hasil dari pemerhatian aku, ini berlaku kerana hari Sabtu dan Ahad adalah hari cuti. Bila hari cuti, ramai yang buat aktiviti kekeluargaan dan mereka jarang membelek-belek telefon bimbit mereka. Tetapi ini tidak berlaku ketika waktu kerja. Boleh dikatakan setiap 5 minit buka fb.
Lepas belek fb, belek wassap pulak. Sama juga. Kurang aktif waktu-waktu cuti ini. Bosan. Aku pula dah kurang fokus dengan ceramah dari penceramah di depan dewan. Tapi tak salah aku, skang tengah bincang pasal keadaan apa yang berlaku jika pelanggan lambat membuat bayaran balik pembiayaan. Peserta-peserta kursus mengatakan pelanggan akan dikenakan penalti. Sambil tersenyum, ustazah yang bagi ceramah tadi jawab..
"Dalam perbankan Islam, kita tidak boleh menggunakan 'term' penalti. Terminologi penalti tu sendiri tiada dalam perbankan Islam. Jadi kita gunakan perkataan 'compensation' ataupun pampasan dalam bahasa Melayu"
'Terminologi penalti'. Macam best je ayat tu. Tiba-tiba dapat satu idea. Aku belek blog aku ni, dan edit 'title' blog ni. Ok, nampak cool.
Jadi dengan ini aku umumkan, tajuk blog aku dah berubah dari 'R.o.T' kepada 'Terminologi Penalti'. Sekian, terima kasih.
Ok, sambung dengar ceramah pematuhan syariah. Dah tertinggal banyak topik ni. Haaisshhh.