Macam biasa, pukul 8.29 pagi Sulaiman tiba di pejabat. Sulaiman memang saja sampai waktu begitu. Supaya dia tidak terasa lama berada di dalam pejbat. Bagi Sulaiman, kerja hanyalah dari pukul 830 pagi hingga 530 petang sahaja. Lebih dari waktu kerja, masanya wajib dibayar. Pernah sekali tu, Sulaiman buat tuntutan kerja lebih masa dari pukul 730 pagi hingga 830 pagi. Sebab dia tersampai di pejabat awal. Bos dia tak cakap apa. Ke dalam tong sampah borang tuntutan dia tu.
Mesyuarat hanya akan bermula pada pukul 930 pagi. Masih ada satu jam lagi sebelum mesyuarat bermula. Sulaiman bersarapan dahulu. Nasi lemak lauk sotong menjadi menu sarapannya hari ini. Selepas bersarapan, Sulaiman terus menuju ke mejanya untuk memulakan kerja. Ok, tipu je. Sulaiman Tak rajin sebegitu. Dia ke port hisap rokok pulak. Rakan-rakannya yang dah habis sarapan awal, turut berada di situ. Bila dah dengan kawan-kawan, mesti bersembang. Sembang punya sembang, 2 batang rokok John putih pun dah habis, barulah Sulaiman menuju ke mejanya. Jam menunjukkan pukul 9.05 minit pagi.
Sulaiman menghidupkan PC nya. Beliau membuka emel dan menyemak emel-emel baru. Dirasakan emel-emel tersebut tiada kaitan dengannya, beliau terus menghapuskan emel tersebut. Kemudian beliau ke folder D, dan memilih folder 'Naruto Shippuden'. Episod baru. Sempat lagi tengok ni sebelum mesyuarat.
Pukul 930 pagi, mesyuarat pun bermula. Bagi Sulaiman, mesyuarat-mesyuarat begini hanya membuang masa. Kalau tiada mesyuarat pun, prestasi syarikat tak berubah. Macam tu jugak. Sulaiman memang tidak menyukai mesyuarat-mesyuarat ni. Sebab, bila ada mesyuarat, pasti kerjanya akan bertambah. Yang lama pun tak siap lagi, dapat pulak kerja baru. Itu yang Sulaiman tak suka. Sepanjang mesyuarat, Sulaiman berpura-pura menumpukan perhatian tentang isi-isi penting yang diutarakan bosnya. Sulaiman mengangguk-angguk seperti memahami apa yang disampaikan oleh ahli-ahli mesyuarat. Padahal, beliau sibuk menyemak status-status facebook di iPhone 5 nya.
Curiga dengan gerak-geri Sulaiman yang meragukan, Encik bos menegurnya.
"Sulaiman, bagaimana dengan keuntungan syarikat kita bulan lepas?Mencapai sasaran bulanan atau tidak?" Tanya Encik bos.
Sulaiman yang sedang membahan rakan-rakanya yang menyokong Manchester United sebab tewas kepada Swansea City di dalam aplikasi Whatsapp, terkejut. Namun, Sulaiman orangnya tenang. Selamba beliau menjawab pertanyaan itu dengan lancar. Kagum dengan jawapan padu yang Sulaiman berikan, bosnya berkata lagi.
"Bagus Sulaiman, awak dinaikkan pangkat berkuatkuasa hari ini. Gaji naik lagi RM5000".
Sulaiman tercengang. Semua yang di dalam bilik mesyuarat juga ternganga. Suasana sunyi. Masing-masing kaku. Selepas 5 minit, semua yang berada di dalam bilik mesyuarat menyerbu ke arah Sulaiman. Ada yang mengucapkan tahniah, ada yang mengucapkan congratulation, ada yang memeluknya dan ada yang melambung-lambung Sulaiman. Sulaiman berasa sangat gembira. Kemudian terdengar sayup-sayup bunyi deringan iphone 5 nya..
***********************
"Cantekk. Lambat lagi aku arini. UEFA Champions League punya pasal la ni. huh!" Sulaiman mengomel sendirian selepas dikejutkan oleh panggilan telefon rakannya yang sudah sampai di pejabat.
"Ini lah yang susah bila sokong Liverpool ni. Baik sokong Menyu, Tak layak UEFA Champions League. Takde pening-pening kepala nak tengok bola pagi-pagi buta" Getus hatinya lagi sambil tersenyum nakal.
Liverpool (Eng) 2 - 1 Ludogorets Razgrad (Bul)
Group Stage, UEFA Champions League
P/S : Tajuk memang takde kena mengena.