Menurut Wikipedia Bahasa Melayu yang aku search guna Encik Google, Betong merupakan sebuah pekan yang terletak paling Selatan di negara Thailand. Walaupun Betong ni terletak dalam daerah Yala, Betong ni dikatakan lebih stabil dan selamat berbanding Golok ataupun Hatyai. Jadi, apabila member aku iaitu Nazer mencadangkan nak menunggang motor beramai-ramai ke Thailand, aku dengan senang hati mencadangkan agar kami ke Betong. Lagipun Betong tak jauh sangat dari KL. Ada la dalam 3 jam setengah je kalau naik motor.
|
RV RnR Rawang |
|
Baru sampai.. sori geng lambat.. chill.. sap kok lu.. |
Ride kali ini disertai oleh aku (pemandu pelancong), Nazer (jiran taman perumahan), Chip (geng Hasil Bikers), Zamir (member UiTM) dan Syahrin (member nazer). Malam sebelum kami berangkat ke Betong, telah dipersetujui oleh semua, RV di RnR Rawang pada pukul 630 pagi, 2 November 2013. Namun, akibat diulit mimpi indah, aku hanya tiba di RnR Rawang pukul 730 pagi. Maaf geng, tak sengaja. Lain kali tak buat lagi.
|
Duta SC Project Gp Tech. Hehe. |
|
Dari kiri : Zamir, Steven Gerrard, Chip, Nazer dan Syahrin |
Pukul 8 pagi tajam, lewat sejam dari plan asal, lepas isi minyak penuh-penuh, kami memulakan perjalanan. Hiway macam biasa kalau hari Sabtu, memang banyak kenderaan. Jadi kami menunggang secara berhemah. dalam 130-140 kmh sahaja. Sepanjang perjalanan, kami nampak banyak jugak konvoi motor menuju ke utara. Sebab time tu kat Tepeng, ada Perak Bike Week. Kebara Bikers (Kelab Motor Bank Rakyat) ada jugak ajak aku join pergi Perak Bike Week ni, tapi sebab aku dah ada komitmen sebagai pemandu pelancong, terpaksa la tak dapat ikut.
Kami berhenti di RnR Sg Perak untuk refuelling sambil menghirup udara segar. Lepas ni perjalanan kami dah tak lalu highway. Kami akan exit di Kuala Kangsar dan melalui jalan persekutuan menuju ke Grik. Jalan dia ok jugak la. Tak la teruk sangat. Sampai kat Grik, kami terus menuju ke Pengkalan Hulu. Jalan dari Grik ke Pengkalan Hulu ni bengkang bengkok. Siapa-siapa berani nak layan corner, silakanlah. Tapi kami penunggang berhemah. Ride rilek-rilek je. Sampai kat Pengkalan Hulu, kami isi minyak lagi dan terus menuju ke kompleks imigresen Bukit Berapit. Dah nak sampai dah..
|
Welkam to Betong.. |
|
Sawadikapp |
Selepas beratur selama setengah jam kat Imigresen Thai, kami berjaya sudah masuk ke Thailand. Dari border ke Bandar Betong lebih kurang 5 kilometer. Kami menginap di Hotel Butterfly Princess. Hotel ni terletak di pinggir bandar. Satu bilik RM80. Murah jugak la sebab bilik selesa. Lupa nak bagitau, kat Betong ni, guna duit Malaysia pun boleh. Tak payah nak tukar duit Baht.
|
Depan hotel |
|
Gambar curik |
|
Resah kelaparan.. |
|
Alhamdulillah.. Jom makan. |
Lepas check-in, kami terus ke restoran Muslim depan hotel untuk lunch. Tak lain tak bukan, bila dah kat Thai, pasti aku akan oder tom yam. Tom yam kt Thailand ni memang sedap. Dah sudah makan, aku sebagai pemandu pelancong mengesyorkan agar kami terus pergi melawat Piyamit Tunnel atau lebih dikenali sebagai Terowong Komunis. Terowong ni jauh sikit dari Betong. Ada la dalam 20km lebih. Dah sampai sana, nak ke terowong tu kene panjat tangga pulak. Tinggi pulak tu. Tapi itu bukan masalah bagi aku. Stamina aku kuat. Sambil panjat tangga tu, aku pun cerita la sejarah terowong ni kat diorang. Terowong ini terletak di Ban Piyamit, dan dulu merupakan kem Parti Komunis Malaya. Dibina pada tahun 1976 tanpa teknologi yang canggih, terowong ini siap digali dalam tempoh 3 bulan. Panjang terowong ini lebih kurang 1 kilometer dan terdapat banyak tempat masuk dan keluar. Terowong ni dibina sebagai tempat menyorok dari serangan udara Angkatan Tentera Malaysia. Layan gambar-gambar terowong bawah ini.
|
Pintu Gerbang Ban Piyamit |
|
"Saya Ultraman!" ujar Zamir |
|
ish ish ish.. pakai selipar je? |
|
Pintu gerbang... tak tau. |
|
Tempat beli tiket, RM5 sorang. |
|
Jungle trekking dulu sebelum sampai terowong. |
|
Nampak org stamina kuat, depan sekali. |
|
Pintu masuk terowong. |
|
Dalam terowong |
|
Dalam terowong 2 |
|
Dalam terowong 3 |
|
Kat luar terowong |
|
Muzium Komunis |
|
On the way to Hot Spring |
Lepas dah puas bersiar-siar dalam terowong tu, kami menuju pula ke Betong Hot Spring. Tempat ni tak jauh dari Piyamit Tunnel. Kat sini kitorang main celup-celup kaki dalam kolam je. Tapi banyak anjing. Sebab Chip takut dengan anjing, kami tak duduk lama kat situ. Kami pun pulang ke bandar Betong. Jalan-jalan kat sana je lah.
|
Main celup-celup kaki @ Betong Hot Spring |
|
Best woo.. kaki tgh penat, celup dalam air panas. |
Kat bandar Betong, sempat lalu kat Betong Tunnel dan Taman Ayam je. Hujan sudah turun. Sempat juga tangkap-tangkap gambar kat situ. Sebenarnya aku belasah je nama taman tu. Sebab ada patung 2 ekor ayam, aku panggil je la Taman Ayam. Hujan yang turun memaksa kami pulang ke hotel. Minum petang kat kedai depan hotel je lah jawabnya.
|
Taman Ayam |
|
Kurr.. kurrr.. |
|
Betong Tunnel |
Aktiviti malam takde apa sangat. Ingat nak jalan-jalan balik kat bandar Betong sebab tadi tak puas. Kali ni masing-masing malas nak naik motor, kami naik 'Tuk-Tuk'. Tambang ke bandar RM10 satu 'Tuk-Tuk'. Sampai kat bandar, kami dinner dulu. Makan malam dekat depan Merlin Plaza. Macam biasa, menu tom yam. Lepas makan, jalan-jalan cari t-shirt Betong. Tapi bila tengok jenis kain yang akan mengecik bila basuh, tak jadi la beli. Kami berlima menyusuri jalan-jalan sekitar Merlin Hotel, melihat-lihat aktiviti malam di Betong. Lepas tu lepak minum kat ada satu kedai burger kat situ. Lupa nak cerita, kat Thailand ni, makanan memang sedap. Tapi, air minuman dia tak sedap langsung. Pukul 12 malam, kami pun pulang ke hotel.
|
Tuk-tuk |
|
Aktiviti malam |
Malam tu ada game EPL Arsenal vs Liverpool. Malas nak cerita.
|
Nak balik dah.. Bye Thailand.. |
Esok paginya, lepas mandi-mandi, lepas sarapan, pukul 11 pagi, kami pun bergerak pulang ke Malaysia. Time balik ni, tak sampai 5 minit pun beratur kat imigresen Thai. Sebab tak ramai yang balik lagi kot. Selesai urusan di imigresen Thai dan Malaysia, kami terus menuju ke Restoran Tasik Raban untuk makan tengahari. Perjalanan pulang, kami semua kebasahan. Hujan sepanjang perjalanan di atas highway. Kami berhenti rehat di RnR Ulu Bernam dan berpecah di sana. Aku sampai di rumah pukul 530 petang. Alhamdulillah, melalui whatsapp, semua memberitahu sudah selamat sampai di rumah.
|
Lencun.. @RnR Ulu Bernam |
Tamat sudah perjalanan selama 2 hari 1 malam kami ke Betong. Untuk yang tak pernah ke sana, bolehla pergi sekadar untuk mendapatkan pengalaman. Sebab kat sana tak semeriah di Hatyai. Nak shopping pun tak ada apa yang boleh nak dishoppingkan. Yang best sebab kat sana keadaannya tenang je..
P/s : Tak terasa macam kat Thailand pun.. sebab ramai sangat orang Malaysia kat sana.. Kiri kanan depan belakang orang Malaysia.. ;)
Apa2 pun kalau stay kt modern hotel thai tu cuba try donut yang akak dpn hotel tu jual.. Unik dan sedap!! Cucuk2 hot dog dia pun boleh la try.. Mmg tak mengecewakan.. Lepas ni kalau pergi nak try terus ke hatyai lak.. Lalu yala, pattani apa semua.. Mesti lagi best. Apa pun blog ni mmg best! :)
ReplyDeleteBro, tak gi tgk tiger show ke atau tak nk cerita dlm blog ni.
ReplyDelete