Nuffnang ads

Monday 4 November 2013

Pielang Bikers : Mega Ride 3.0 Ke Muor




Lama dah aku tak update blog ni. Tetiba rasa nak update balik. Bukan apa, sebab agak bizi dengan urusan duniawi yang lain. Tak sempat nak jenguk ke dalam blog sendiri. Ni baru ada masa. Nak cerita balik pasal MR3.0 Pielang Bikers.

Tanggal 26 Oktober 2013 yang lalu, Pielang Bikers (PB) telah berjaya menganjurkan satu ride dalam skala yang besar untuk kali yang ke 3 khas untuk ahli-ahli PB. Nama ride ni ialah Mega Ride 3.0 (MR3.0). Ride edisi kali ini disertai lebih kurang 80 bikers dan kami akan menuju ke selatan Semenanjung Malaysia pula iaitu Muar atau Muor dalam loghat Johor. Ini merupakan tahun ke 3 penganjuran Mega Ride di mana sebelum ini PB juga telah menganjurkan MR1 ke Kemaman makan sata dan MR2 ke Kuala Gula makan ketam lembut.

Bersiap siaga menuju ke Muor.. Mi Bandung, here we come!

Seawal pukul 7.45 pagi, 26 Oktober 2013, para bikers terdiri dari ahli-ahli PB telah mula memasuki kawasan hentian sebelah Serdang arah Selatan. Hentian sebelah ini dipilih sebagai lokasi RV (sampai skang aku tak tau RV tu stand for what..) kerana tempat ni tak banyak kereta masuk. Jadi space parking moto tu luas. Kat sini pun ada kedai makan. Bole sarapan dulu sementara tunggu time tayar golek. MR kali ini juga aku dipilih sebagai Side Marshal payung terjun kerana marshal sediada tak cukup.

Taikor Imzek sedang memberi taklimat kepada peserta2 konvoi

Taklimat sendiri oleh Mie Batik.. Yang baju merah pakai spek di belah kiri gambar tu tak ikut konvoi.

Pukul 830 pagi, Taikor Imzek dan Chip Paiz16 memberi briefing tentang perjalanan yang akan dilalui oleh peserta konvoi. Briefing yang ringkas tapi padat dengan isi termasuk tentatif program, etika berkonvoi dan keselamatan. Selepas itu, NWS mengetuai bacaan doa agar perjalanan kami hari itu diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.

Konvoi mula bergerak meninggalkan Hentian Sebelah Serdang

Satu-satunya BMW dalam konvoi.. iNul

Tepat pukul 9 pagi, kami memulakan perjalanan menuju ke Selatan. Banyak pulak kenderaan guna highway hari ini. Konvoi tak boleh nak laju sangat. Ditambah pula kami terpaksa mengekori konvoi motosikal Petronas di hadapan kami. Kelajuan sekitar 120-130 kmj je. Tapi, marshal senang hati la. Sebab konvoi Petronas tu dah siap bukak jalan. Senang kerja kitorang. Haha.

Konvoi melalui Lebuhraya PLUS

Marshal yang berdedikasi dan berhemah

Amiruddin @ Lobo

Checkpoint pertama kami di R&R Ayer Keroh. Bagi peluang peserta konvoi yang nak isi minyak, nak pergi toilet, nak minum dan nak isap rokok. Rehat dalam setengah jam lepas tu kami meneruskan perjalanan.

Refuelling.. 

Sap kok luuu... @ R&R Ayer Keroh

Untuk ke Muor, kami keluar di exit Tangkak dan melalui jalan kampung. PB punya konvoi memang terbaik. Kat jalan kampung pun, disiplin tetap dijaga dengan pemantauan marshal berhemah. Pergerakan konvoi lancar je walaupun tukang tunjuk jalan lalu jalan kampung yang betul-betul kampung punya. Haha.

Jalan Tangkak - Muor

Siap turun badan lagi.. kahkahkah

Tepat pukul 1130 pagi, kami tiba di Tg Emas Muar. Masing-masing dah lapar, lepas park moto elok-elok, semua terus serbu deretan kedai makan di situ. Untung besar tokey kedai-kedai kat situ arini. Ada yang makan mi bandung muor, ada yg makan asam pedas dan ada yg makan nasik goreng. Dah jalan sampai Muor, makan nasi goreng je?? Kelakar la Taikor ni. Haha. Aku macam biasa, diet. Makan mi bandung je. Lepas tu tambah nasi putih dan asam pedas. Perghhh... layan..

Mi Bandung... slurrpp..

Lepas dah kenyang, aktiviti bebas pula. Ada yang main buaian, ada yang jalan-jalan tepi sungai, ada yang baling batu kat biawak dan ada yang nak naik bot menyusuri sungai Muar. Tiket bot berharga rm10 sahaja. Best woo naik bot. Kita dapat lihat keindahan Bandar Muor yang terletak di tebing sungai. Bot ni bawa kitorang sampai jambatan baru Muor, lepas tu dia buat u-turn balik ke Tg Emas. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, diiringi muzik keroncong, memang mengasyikkan. Ditambah pula perut yang kenyang, masing-masing layu je mata. Lama juga atas bot ni. Ada la dalam 45 minit.

Bergambar dulu..
Rombongan melawat Sungai Muor
Bergambar dengan presiden Muar Bikers

 Lepas naik bot, kami semua bergerak ke masjid untuk solat Zohor. Kewajipan sebagai hamba-Nya tidak kami lupakan. Peserta konvoi berpisah di sini. Sebab ada yang nak balik KL terus dan ada yang nak pergi Melaka minum kokonatshek di Klebang. Aku memang dah lama nak mencuba rasa kokonatshek ni. Jadi aku mengikuti rombangan ke Melaka pulak. Melalui lebuh AMJ, kami tiba di Original Coconut Shake Klebang. Laaa, ingatkan kedai kat tepi pantai, tepi jalan je rupanya. Ramai sungguh umat manusia kt situ. Leas beratur dalam 10 minit, dapat juga rasa kokonatshek ni. Sedap. Lepas mengkokonatshek, atas permintaan kaum isteri PB, kami singgah sebentar di kedai buat kuih keria (eh, betul ke kuih keria ek?). Layan kan je la. Nanti susah nak dapat lesen ride lagi kannn.. hehe.

Menunggu kaum-kaum isteri beli 
Dah takde keje la ni.. haha

Kami meneruskan perjalanan pulang selepas kaum-kaum isteri berpuas hati dengan hasil tangkapan kuih keria mereka. Masuk je highway PLUS, mentang-mentang la free ride, semua meroket. Aku pula tenang layan feeling sorang-sorang kat belakang.

Alhamdulillah, semua peserta dikhabarkan selamat sampai di rumah masing-masing. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, MR3.0 berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang masalah besar. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang sama-sama menjayakan MR ini. Tidak lupa juga kepada semua marshal kerana berjaya memastikan konvoi berjalan dengan lancar. Kepada Erry dan Lynn yang bertugas sebagai media, memang terbaik la gamba2 yang korang snap. Minta izin guna sekeping dua nak letak dalam blog ni. Hehe.

Akhir kata, majulah PB untuk semua. InsyaAllah tahun depan MR4.0 pula.

Pielang Bikers MR3.0 Terbaik!

P/s : Terima kasih pada zairie juga sebab bagi aku pinjam jaket marshal. Thanx bro! Semoga cepat sembuh.

Terima kasih juga pada F4iring dan Akukahitu sebab aku kopi gamba2 ni dari diorang. Hehe.












9 comments:

  1. Menggamit rasa dan jiwa mmbaca garapan hebat spt ini. Menelaah naskah2 Ahadiat Akashah pun tidak terasa tersentuh sebegini. Amatlah rugi makan gaji di sektor perbankan dgn adanya bakat sebegini. Namun, rezeki Allah di mana2...hanya kita insan hamba, perlu terus berusaha.
    Syabas Rot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahaha..gila gempak kalau bole jd ahadiat akashah.. mmg aku buat lagenda budak iblis pulak.. haha.

      Thanx rie bg komen yg membina.

      Delete
  2. Gambar aku tak ada lak..
    Apa-apapun memang best la Megaride PB nih...rugi sapa tak ikut wor...

    ReplyDelete
  3. Oleh kerana byk gambo saya, saya sangat like rencana awak ni... Haha

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana sudi menjadikan Muar Bandar DiRaja sebagai destinasi program.

    ReplyDelete
  5. kene mintak royalti nie....hahaha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. lupa. Ada gak gamba dari ady.. ok, kredit juga pada ady gradeno.

      Delete
  6. Konvoi ramai2 mcm ni jgk tnjuk lagak kat jalanraya. ingat pengguna jalanraya yg lain. pesanan utk sesetengah bikers

    ReplyDelete