Nuffnang ads

Thursday 13 June 2013

Iago Aspas

Liverpool FC (kelab terhebat di dunia) telah berjaya mendapatkan pemain penyerang prolifik dari Celta Vigo iaitu Iago Aspas. Pemain tersebut merupakan pemain yang hebat (semua player liverpool hebat kecuali lucas) dan bakal menyinar di Anfield seperti Coutinho.

Iago Aspas berjaya dipikat oleh Liverpool dgn perjanjian berjumlah £7.7 juta membuktikan Liverpool benar2 serius untuk bersaing merebut kejuaraan BPL pada season depan.

Dengan ketiadaan Alex Ferguson dan kontrak Howard Webb yg masih samar2 di Man Utd, Liverpool dijangka menjadi juara BPL pada season depan.

David Moyes yang kelihatan takut dgn situasi ini juga bakal mengaku kalah dgn kehebatan Liverpool sebelum musim depan bermula.

Setelah berjaya mendapatkan Kolo Toure dan Iago Aspas, Liverpool dilihat masih bernafsu untuk mendapatkan lebih ramai pemain bintang utk membuatkan team lain semua kecut.

Sekian, berita dari Sukan Musang.

No comments:

Post a Comment