Nuffnang ads

Thursday, 23 May 2013

Laut Pahang

Aku ada seorang kawan. Namanya Hazman (bukan nama sebenar). Tapi kawan kawan uitm panggil dia Boto (bukan nama sebenar juga). Berasal dari Perak atau lebih tepat lagi dari Gelung Pepari (Juga bukan kampung sebenar).

Boto ni seorang yang unik. Dia terkenal dengan 'kebolehannya' dalam perkara perkara mengenai pengetahuan am. Level dia memang level tertinggi punya. Jika kita kenal Dato Sheikh Muzaffar tu sebagai angkasawan, dia dengan yakin mengatakan Sheikh Muzaffar tu seorang pengembara..

Suatu hari, aku, Fit dan Boto pulang dari menghadiri kenduri di sebuah negeri di utara Malaysia. Perjalanan yang jauh membuatkan diri terasa lesu dan kami mebgambil keputusan untuk berhenti rehat di RnR Tapah.

Selepas mengorder minuman di kaunter, kami bertiga pun duduk bersembang di meja makan.

"Jom kita pergi bercuti.. lama la dah tak gi bercuti.." aku memulakan bicara.

"Nak bercuti gi mana? Ok jugak tu.." Fit menjawab setuju dengan cadangan aku.

"Jom la kita bercuti tepi pantai. Boleh berjemur ala mat saleh" Boto bagi proposal yang agak bernas.

"Cun.. aku memang suka pantai ni.." sambung aku..

"Kalau camtu, kita bercuti kat Cherating pun sedap gak." Fit pula bagi cadangan.

Kelihatan ketika ini, Boto mengerutkan dahinya.. seraya berkata.. "Cherating tu kat mana bai?"

"Aduyaiii.. Cherating pun ko tak tau ke boto?" Ujar aku sambil tersenyum sinis.

"Aku tau.. saja nak test ko.." ayat cover dari Boto..

"Cherating kat Pahang la ngok" Fit berkata sambil menepuk dahi Boto..

"Ko jangan nak kencing aku baii... korang ingat aku bodoh ke.. PAHANG MANA ADA LAUT!!" Boto berkata dengan penuh yakin dan bongkak.









Tuuu diaaaa... Pahang takde laut baii..

HAHAHAHAHAHA!


No comments:

Post a Comment