Nuffnang ads

Tuesday 20 August 2013

Aku dan James Hetfield



5 bulan yang lalu, aku ada call James Hetfield, vokalis kumpulan Metallica yang tersohor di seantero dunia. Ikuti perbualan kitorang di bawah..

Aku : Kabare James, waras?

JH : Waras..kue waras?

Aku : Waras gak. Bizi ke? Ada hal sket nak cakap.

JH : Takde la bizi sangat. Tengah prektis nak wat konsert kat Singapura ni. Nape call? Apesal tak wasap je?

Aku : Ye ke? Bile tu? Tak cakap pun?

JH : Sori la bro.. Aku nak call ko dah haritu. Tapi lupa. Sori sangat-sangat. Konsert kitorang kt Singapura 24 Ogos ni.

Aku : Laaa.. ye ke.. ishhh. Elok la juga tu..

JH : kenape bro? Apa yang elok nye?

Aku : Camni, aku baru nak ajak korang celebrate birthday aku nanti. Elok la juga korang datang Singapura tu. On the way ke sana, bole singgah KL dulu.

JH : Eh, boleh je. Bila birthday ko tu?

Aku : 21 Ogos ni.. Tapi kalau menyusahkan korang, takpe la..

JH : Cantik sangat la tu bro.. kitorang boleh je. Camni lah, sempena birthday ko tu, kitorang singgah kt KL dan kitorang buat konsert sekali meraikan ulang tahun ko tu.. Amacam?

Aku : Eh, takpe ke? Tak menyusahkan korang ke nanti?

JH : Tak susah la bro.. Anggaplah ini hadiah dari kitorang untuk ko. Aku, Kirk Hammet, Lars Ulrich dan si Gorilla tu janji akan membuat persembahan sehabis baik.

Aku : Terima kasih banyak-banyak bro. Tak tau la camne nak balas jasa baik korang. Aku terharu sangat.

JH : No Problem bro.. Kita kawan dah lama. Janji ko happy. Lagipun dah lama kita tak jumpa.

Aku : Terima kasih banyak-banyak James.. Nanti sampai KL roger la. Aku belanja korang sup Doraisamy. Orait James, jumpa nanti.

JH : Orait bro. Yearghhh!

Aku : Kem salam kat Lars ngn Kirk. Cakao kat diorang, jangan lupa balas wasap aku tadi.

JH : Bereh broo..

Itulah dia isi perbualan aku dengan James Hetfield 5 bulan yang lalu. Tak sangka diorang sanggup datang untuk celebrate birthday aku kat sini. Lepas tu, kitorang sambung wasap-wasap dan aku bagitau dia lagu apa yang patut diorang main kt KL nanti. Tapi aku takleh bagitau kat korang. Rahsia..

Jangan lupa 21 Ogos 2013. Stadium Merdeka. Jumpa di sana!!

P/s : Aku ada jemput gak Ustaz Nasrudin, Ketua Pemuda PAS merangkap ahli Parlimen Temerloh nanti. Alhamdulillah, mereka akan ke sana juga, Tapi lebih kepada kerja-kerja dakwah. Harap-harap lepas ni berterusan untuk terus berxpdc dakwah di disko-disko dan pub-pub kt jalan p ramlee tu. Situ lebih ramai anak-anak muda. Patutnya time konsert Linkin Park aritu lebih afdhal. Konsert Metallica ni ramai yang dah tua-tua je yang pergi (kecuali saya muda lg). Walaubagaimana pun, tahniah KP. Tak salah untuk berdakwah.

No comments:

Post a Comment