Nuffnang ads

Sunday 30 March 2014

You'll Never Walk Alone


Last post : bulan November 2013.
Sekarang : ujung bulan 3 2014.

Tiba-tiba, wujud satu perasaan yg dinamakan 'kasihan' terhadap blog aku ni. Hidup segan tapi taknak mati. Dekat 5 bulan tiada sebarang entri dan juga komen. Teringat pada rakan-rakan lain punya blog yang serupa macam ni. Contohnya Nasrun bin Anis punya blog. Dengar cerita dah 2 tahun tak sentuh. Kompom la dah lupa password tu. Kompom nye.

Kali ini aku ingin berbicara tentang sebuah pasukan bola sepak yang digeruni ramai iaitu #liverpoolteampalinghebatdidunia. Aku ingin berbicara tentang peluang yang terhidang di hadapan mata untuk menjadi juara BPL buat kali pertama dan juara liga utama England buat kali ke 19. Ianya akan dimulakan dengan kemenangan ke atas Tottenham Hotspurs pada malam nanti (30 Mac 2014).

Kita kembali ke 50 Tahun dahulu, iaitu pada tarikh 30 Mac 1964, Liverpool telah berjaya menewaskan Spurs dengan jaringan 3-1 di Anfield. Dan hari ini, sekali lagi, perlawanan ini dilangsungkan. Adakah sejarah akan berulang kembali? Kerana, pada tahun itu, Liverpool telah berjaya menjadi juara liga inggeris. Power betul la.

Dengan kekalahan Chelsea kepada Crystal Palace dan keputusan seri yang dicatatkan oleh Manchester City ketika bertandang ke Emirates semalam, peluang Liverpool sangat cerah. Liverpool hanya perlu melakukan sesuatu yang yang sudah biasa dilakukan untuk 7 perlawanan terakhir mereka iaitu menang. Dengan baki 7 perlawanan sahaja yang tinggal lagi, bermula dengan pertemuan menentang Spurs pada malam ini, kemenangan wajib dicapai. Selepas malam ini, Liverpool tidak boleh mensia-siakan lagi perlawanan menentang kelab-kelab pertengahan dan bawahan liga seperti tewas kepada Southampton dan Hull City Tigers di awal musim dahulu. Ini kerana Chelsea dan Manchester City akan menjadi tetamu di Anfield. Perkara paling teruk yg boleh dilakukan oleh Liverpool apabila menentang kedua-dua pasukan ini ialah menang 1 dan seri 1. Tidak boleh kalah. Jika tidak, ianya akan merencatkan peluang Liverpool untuk menjuaraI BPL.

Sudah lama penyokong Liverpool tidak mengecapi kejayaan menjuarai liga. Ianya terlalu lama. Jatuh bangun kelab, penyokong Liverpool tetap bersama. Mudah-mudahan, ianya tercapai pada musim ini. Semoga Kapten Marvel dan rakan-rakan dapat merealisasikan impian berjuta penyokong Liverpool di seluruh pelusuk dunia. In BR we trust!

Kepada penghuni gua, good luck untuk musim hadapan. Memang semalam korang dah keluar, tapi aku yakin, anda semua pasti akan masuk balik dalam gua nanti.

#YNWA

No comments:

Post a Comment