Nuffnang ads

Tuesday, 13 August 2013

Raya @ Kelate!



Assalamualaikum semua. Raya datang lagi dan kali ini aku beraya bersama keluarga sebelah isteri aku di negeri Cik Siti Wan Kembang Setaman, negeri Kelantan Darul Naim. Lebih tepat lagi beraya kat Kota Bharu. Ini kali kedua aku beraya di sini. Kali pertama dua tahun lepas. Masa tu aku tak minat menaip lagi. Update kat pesebuk je.

Sebagai seorang pekerja yang berdedikasi, aku tak cuti sebelum raya. Bagi aku, aku perlu menyiapkan segala tugasan yang diberi sebelum boleh bercuti. Jadi aku hanya dapat menyiapkan tugasan pada pukul 1 tghari, sehari sebelum raya. Kebetulan majikan aku bermurah hati bagi half day cuti lak aritu. Pukul 2 petang baru bole keluar dari opis dan terus menuju ke KLIA untuk menjemput adik ipar aku yg balik bercuti dari Miri. Lepas itu baru balik rumah. Tidur dulu untuk mendapatkan tenaga. Lepas ni nak drive jauh ni.

Kami memulakan perjalanan ke Kelantan pada pukul 6 petang. Tapi singgah dulu kat BHP Gombak highway Karak untuk berbuka. Pukul 8 malam lepas berbuka kami memulakan perjalanan dan akhirnya sampai ke Kota Bharu pukul 230 pagi. Perjalanan ok, tapi masuk je KB, kami diserang dengan pelbagai mercun. Bangang takleh nak diubat dah budak-budak ni. Ada ke baling mercun tengah jalan. Bahaya begini. Nampaknya start tahun depan dan seterusnya kita kene raya dulu kat Tanjung Karang. Mantap kan idea I yang?

Songkok tertinggal. Kopiah pun hensem.


Muka aku macam ustaz-ustaz sket

Raya Pertama, lepas sembahyang raya, lepas makan, lepas photoshoot, kami semua bergerak ke Pasir Mas untuk beraya ke rumah Tok Ayah. Lupa nak cakap, pagi raya kat KB takde ketupat nasi. Ketupat palas je ade. Demm.. sedih.. mujur ada nasi himpit pengubat hati yang lara. Sambung balik cerita beraya kt Pasir Mas tadi, setengah hari dok beraya kat situ. Satu rumah je. Aktiviti kat sini ialah makan nasi dagang, sate dan air sirap, sembang-sembang, tidur jap, sambung makan lagi, main candy crush, main fesbuk, main wasap sampai la balik.

Oleh kerana macam tak puas je lagi beraya, aku ajak isteri aku dan adik dia jalan-jalan dulu sebelum balik semyla ke KB. Gambar-gambar di bawah menerangkan tempat-tempat yang kami lawati pada hari raya pertama.

Sleeping Buddha @ kg Beruk

Buddha bersila @ kg tak tau

Pantai Seri Tujuh, Pengkalan Kubor

Nak cari Pondok Abdullah Samah tapi tak jumpa

Raya ke dua sekadar duduk di rumah menanti tetamu datang. Tak banyak aktiviti sangat. Macam biasa, fesbuk, wasap, candy crush. Sampai ke petang. Malam harinya pula, ada TTS Pielang Bikers edisi Kota Bharu. Antara yang hadir ialah Pok Nik, Tn By, Ijam dan Abey. PB di mana-mana. Power.

Dari kiri : abey, ijam, sedara ijam, pok nik dan gerrard

Gerrard dan Tn By

Raya ke 3, kami beraya di Kuala Besut. Rumah makcik isteri aku. Ni first time aku nk melawat rumah dia selepas 4 tahun berkahwin. Agak kurang sopan di situ.Walaupun hanya sebuah rumah, tapi perjalanan mengambil masa yang lama. Laluan Kubang Kerian-Bachok-Tok Bali-Kuala Besut menjadi pilihan. Bertolak pukul 10 pagi, singgah rehat sebentar di Pantai Bisikan Bayu. Isikan perut yang kosong dengan sata, otak-otak dan jagung bakar. Tidak lupa juga air kelapa. Dalam pukul 1230 kami tiba di Kuala Besut. Sampai semula ke KB pukul 6 petang. This is Kelate. Time raya memang jem. Petang tu sampai-sampai je rumah, aku keluar balik. Ngeteh bersama en Hanif Cheetares. Pielangers gak ni. Ape la nak jual moto. Tak bikers langsung. Haha. Malamnye, kami ke Wakaf Che Yeh. Dapatlah hasil 2-3 helai baju. Takdela murah sangat. Serupa harga uptown Shah Alam je.

Ber'sata' dan otak-otak di Pantai Bisikan Bayu
Pantai Bisikan Bayu

Hanif muka teruja jumpa aku. Haha.


Suasana @ Wakaf Che Yeh

Raya ke 4, hari untuk pulang ke Selangor negeri berkebajikan. Sememangnya telah dijangka, jalan mesti jem. Sebab esok (isnin) dah ramai org mula bekerja semula. Inilah harga yang perlu dibayar untuk beraya di perantauan. Ala, tiap-tiap hari mengadap jem kat KL tu takde pulak bising kan. Bertolak pukul 10 pagi, kami melalui jalan macam nak ke Kuala Besut semalam, dan terus sehingga Bandar Permaisuri. Kesesakan bermula dari Sg Tong sehingga exit LPT. Kemudian di lebuhraya Jerangau-Jabor juga mengalami sedikit kesesakan. Dan kesesakan terakhir dijumpai selepas plaza tol Bentong sehingga Bukit Tinggi. Tapi sebelum tu, sempat juga aku singgah di R n R Bandar al Muktafi Billah Shah. Aku pernah tinggal di bandar ini selama 5 tahun dari 1989 sehingga 1994. Wah, rindu dengan tempat ni. "You have reach the destinantion" ujar GPS pada pukul 12 malam.

Durian Mas atau AMBS

Kesesakan di Lebuhraya Jabor-Jerangau hala KL

Kesesakan selepas tol Bentong

Tamatlah perjalanan raya aku ke Pantai Timur. Walaupun ianya satu perjalanan yang meletihkan, tapi oleh kerana semangat raya tu perlu diutamakan, aku gagahkan jua. Dikesempatan ini, saya selaku penulis ingin memohon ampun dan maaf jika ada terbuat salah, terkasar bahasa dan macam-macam lagi la kepada semua pembaca blog ini. Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Pandu cermat jiwa selamat.

Jumlah kilometer pergi dan pulang

P/s : Belajar satu perkataan Kelantan, SENGOTI. Liverpool power sengoti.



3 comments:

  1. Orang kb dah tak sebut sengoti, maklum la oeg bandar. Hanya di kg2 je yg sebut perkataan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb saya jumpa iklan kt tiang lampu kt kb tu. Kedai karpet dee. Dia tulis jualan murah sengoti. Dlm ati ape benda la sengoti ni.. haha.

      Delete
  2. Kat patong buddha baring tu, ko x jumpa Sagat ke?

    ReplyDelete