Nuffnang ads

Tuesday 29 July 2014

Satu Pagi Di Hari Raya

#selfieraya

Hari ini hari raya. Pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk menunaikan rukun Islam yang ke 2. Sebenarnya takde la awal sangat. Dalam pukul 6.50 pagi. Tu pun lepas setengah jam bini aku kejut. Kalau dia tak kejut, memang pukul 6.50 petang la aku bangun.

Usai solat Subuh, aku cuba untuk meneruskan lagi aktiviti tido tadi. Namun pergerakan aku berjaya dikesan dan telah dihalang dengan jayanya oleh Umi aku pula.

"Dah, dah, dah. Jangan tido lagi. Pergi mandi. Sini sembahyang raya start awal." Ujar Umi yang sedang menyiapkan hidangan pagi.

Dengan langkah longlai, aku terus menuju ke bilik mandi. Mandi punya mandi punya mandi, 10 minit selesai. Masa untuk mengenakan pakaian rasmi hari raya iaitu baju melayu. Baju dah siap gosok, tinggal pakai je. Baju Melayu berwarna ungu cerah itu adalah sumbangan opis aku kepada wargakerjanya. Saya Mesti Pilih!

Walaupun kain baju melayu ni dapat sebelum puasa lagi, oleh kerana aku ni orangnya jenis tenang je, lagi 2 minggu nak raya baru aku sedar aku tak jahit lagi kain tu. Nasib baik ada lagi orang yang terima nak jahit. Yang nak jahit tu pun kakak kepada bini opismate aku. Aku paksa dia jahitkan. Kalau tak markah KPI dia aku bagi rendah. Penyalahgunaan kuasa berlaku kat sini.

"Nanti bagi baju contoh sekali. Akak bini saya nanti jahit ikut ukuran baju contoh tu" ujar Aima kepadaku sambil dia tengah main Counter-Strike dalam PC. Siot, waktu kerja la woi.

"Ok, aku bagI baju contoh baju tahun lepas" jawabku ringkas. Aku malas nk jawab panjang-panjang sebab aku tengah layan cerita 'Lone Survivor' kat PC aku. Cerita perang-perang. Mendebarkan betul cerita ni. Terima kasih kepada tokan Malek sebab supply muvi - muvi baru kepada kami. Esoknya aku hantar kain untuk dijahit beserta baju melayu contoh untuk dibuat ukuran dan bagi kat Aima. Lagi 3 hari nak raya, baju melayu tu pun siap.

Berbalik semula kepada cerita aku lepas mandi tadi, lepas letak bedak-bedak kat badan, lepas pakai deodarant nivea for men, aku pun mula menyarung baju melayu raya tersebut. Ni 1st time aku pakai baju melayu tu. Sebab masa dah siap jahit haritu pun, aku tak cuba try test dulu. Aku kelihatan segak dan kacak di hadapan cermin walaupun di bahagian bawah masih bertuala. Bila pakai seluar pulak, tu dia..

Ni yang malas ni. Aku syak mesti kakak bini Aima tu lepas siap jahit seluar baju melayu aku tu, dia pergi hantar dobi. Bila pakaian dihantar kat dobi, pakaian kita boleh jadi mengecil. Tak pun, dia salah ukur.

Seluar aku tak berapa nak muat!

Masuk keje ni siap la ko Aima. Tak kan la baru setahun pinggang aku makin membesar. Ni mesti salah ukur ni. Tak logik, tak logik.

P/s : lepas aku mcgyver kan seluar tu, baru la muat. Sebab ni la aku tak sempat nak gi sembahyang raya.




No comments:

Post a Comment