Nuffnang ads

Thursday 31 July 2014

Kepelbagaian Bio

Bulan Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan sekarang, kita sedang berada di dalam bulan Syawal. Masa kecik - kecik dulu, aku kenal syawal sebagai P Ramlee dalam Ahmad Albab. Syawal, Muharam dan Safar. Syawal baik. Muharam dan Safar jahat. Tak tau pun Syawal tu sebenarnya nama bulan Islam. Lihat, betapa besarnya pengaruh tivi kepada minda kanak-kanak. Sepatutnya, subjek matematik tambahan perlu diolah untuk disesuaikan dalam kartun Upin & Ipin. Aku yakin adik-adik aku nantI jadi power dalam subjek tu. Sebab dulu aku tak pernah lulus. Sama macam abah aku. Dia pun tak lulus.

Cerita pasal bulan Ramadhan, tahun lepas punya puasa, tiap kali waktu sahur, aku akan ditemani dengan rancangan  Mari Mengaji. "Tak tengok rugi, tak baca laaaagi rugi". Tu tagline dia. Rancangan yang memperlihatkan kebolehan budak-budak kecik mengaji dengan taranum sekali. Hebat sungguh mereka. Tak macam kebanyakan orang dewasa sekarang. Masih ramai yang merangkak-rangkak kalau mengaji. Tapi kalau lagu 2NE1 Come Back Home, siap boleh hafal walaupun dalam bahasa Korea.
Tapi sahur tahun ni, rancangan tu dah jadi lewat sikit. Sebab bila dah habis sahur, barula dia muncul kat tivi. Jadi aku tak selalu dapat tengok. Lepas sahur je, aku biasa bertadarus sambil menunggu waktu subuh di surau berdekatan. Tahun ni punya sahur aku tak ambik port sangat kat tivi. Kecuali ada live world cup. Aku syak world cup ni pun salah satu agenda yahudi illuminati sebab dia punya kesan tu, sampai buat orang malas nak pergi surau. Kadang-kadang tu, aku jadi imam, sejadah jadi makmum.

Namun, apa yang aku ambik port ialah iklan 'Kepelbagaian Bio'. Iklan ni memang lejen. Sebab walaupun TV3 yang siarkan, tapi kualiti dia RTM punya. Korang tau kan kualiti gambar RTM? Dia jenis tak sharp sangat. Alah, korang mesti boleh tau punya gamba RTM camne. Suram je. Pastu suara latar kepelbagaian bio tu pun macam tak berapa semangat. Aku syak dia baru bangun tidur, pastu terus Pegawai Tadbir Diplomatik RTM suruh dia baca skrip iklan tu. Sebab dia gred N17, kena la patuh dengan pegawai Gred 41. Dia pun baca la dengan penuh keterpaksaan. Begini skripnya..

"Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini. Kita semua adalah sebahagian dari jaringan kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain. Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara paling kaya dari segi kepelbagaian bio"

Korang perasan kan dengan iklan ni? Iklan ni comel kan? Dia ada tunjuk gambar-gambar pokok di hutan, burung berkicauan, air sungai mengalir dan gunung ganang. Dulu-dulu tengah malam dia ada siarkan juga. Tapi siapa nak tengok tengah-tengah malam kan? Kalau takde orang tengok, objektif iklan tak sampai. InI supaya orang ramai tahu betapa pentingnya kepelbagaian bio dalam kehidupan seharian. Sebab tu dia tukar waktu siaran iklan ni. Time sahur. Supaya ramai dapat tengok. Budaya sahur sambil tengok tivi memang tengah up zaman sekarang ni.

Jadi, kesimpulan yang aku boleh buat, dengan adanya iklan kepelbagaian bio ini, pasti ramai yang akan lulus dengan cemerlang dalam subjek biologi SPM. Ingat balik kat atas tadi. Iklan mampu memberi kesan yang mendalam terhadap pemikiran kanak-kanak.

P/s : Tapi aku pernah jumpa sorang ni gred dia N17 je tapi dia punya sombong macam JUSA. Sorang tu je la. Yang lain-lain aku jumpa semuanya baik-baik belaka.


No comments:

Post a Comment