Nuffnang ads

Monday 11 August 2014

Kerja Rumah

Bulan ni bulan raya. Bila dalam bulan raya, hujung minggu mesti banyak jemputan rumah terbuka sahabat handai dan saudara mara. Bila banyak rumah terbuka, banyak lah kenderaan di jalan raya. Jalan raya pulak dia punya jem macam pagi-pagi orang ramai nak pergi kerja.

Bila dah banyak sangat pergi rumah terbuka, kerja-kerja di rumah juga banyak yang terbengkalai seperti mengemas rumah, mencuci pakaian dan melipat baju. Selalunya kerja hakiki aku kat rumah ialah memvakum lantai dan menyidai baju. Tapi aku selalu skip vakum rumah tu. Lantai nampak macam bersih je. Jadi aku sapu-sapu je pakai kaki. Basuh dan lipat baju kerja bini aku.

Malam tu, banyak sangat baju nak kena lipat. Aku dengan baik hatinya mengoffer diri untuk sama-sama lipat baju. Aku pun duduk sebelah longgokan pakaian dan mula melipat baju..

"Bukan camtu la lipat baju.." ujar bini aku selepas aku siap melipat sehelai baju.

"Eh, selalu I lipat camni la kat umah sewa dulu" jawab aku penuh yakin.

"Itu lain. Kalau kat sini, kena lipat camni. Baru kemas." Balas bini aku balik sambil menunjukkan cara dia melipat.

"Oooo.. camtu.."

Rupa-rupanya, setiap orang ada cara lipatan bajunya sendiri.

Lepas tu aku sambung tengok tivi. Nanti salah lagi kena bebel pulak.

Last-last kena bebel gak sebab dia kata dia tengah buat kerja rumah tapi aku senang lenang tengok tivi.

Hoho.. women is complicated.

No comments:

Post a Comment