Nuffnang ads

Thursday 14 August 2014

Ini Lelaki #1

Dalam dunia yang fana ini, ada 3 jenis manusia. Lelaki, perempuan dan khunsa. Tau tak apa itu khunsa? Jika tidak tahu, en google boleh memberikan jawapan kepada anda. Abaikan kisah khunsa, sebab aku nak cerita tentang satu perihal yang kebanyakannya ada pada seorang lelaki.

Lelaki bertindak mengikut arahan. Sebagai contoh, ini yang diceritakan oleh member aku, isterinya menyuruh member aku ni angkat bakul baju kotor ke mesin basuh. Ok, arahan yang diberikan ialah angkat bakul baju kotor ke mesin basuh. Member aku ni pun dengan senang hati angkat bakul baju tersebut ke mesin basuh. Lihat, member aku melakukan tugas tersebut dengan cemerlang bukan? Bagi kebanyakan lelaki yang melihat arahan tersebut akan beranggapan member aku melakukan tugasnya dengan baik. Namun, tidak bagi perempuan. Tugas member aku itu masih tidak disempurnakan. Isteri member aku mula membebel. Kerana apa? Kerana member aku hanya meletakkan bakul baju kotor tadi di tepi mesin basuh. Beliau tidak memasukkan baju kotor di dalam bakul tadi ke dalam mesin basuh.

Melihat cerita member aku di atas, arahan yang diberikan adalah jelas, nyata dan terang  hanya perlu bawa bakul baju kotor itu ke mesin basuh. Tiada arahan yang dikeluarkan untuk memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh.

Adakah member aku bersalah? Wajarkah beliau dipersalahkan? Tepuk dada, tanya selera. Oh lupa bagitau nama member aku ni. Nama dia ialah... ok dia tak bagi aku bagitau.

Perkara ini kadang-kadang berlaku juga untuk situasi basuh pinggan lepas makan.

Arahan : basuh pinggan tu lepas makan.

Tindakan : basuh pinggan yang kita guna tadi.

Akibat : kenapa tak basuh sekali periuk, kuali, sudu, garfu, pinggan? cawan dalam singki tu??!!

Jadi, kepada semua perempuan di luar sana, sila ambil perhatian. Berikan arahan dengan jelas kepada lelaki. Jika mahu mereka buat 2 tugasan, bagitau betul-betul tugasan yang mereka perlu lakukan. Bukan dengan memberi 1 arahan dan mengharapkan mereka berfikir sendiri tentang keperluan tugasan ke dua yg tidak diberitahu. Memang tinggal harapan la kalau buat macamtu. Kahkahkah.







No comments:

Post a Comment