Nuffnang ads

Saturday 27 July 2013

Watsons Piala Malaysia 2013


Sebentar tadi (petang 27 Julai 2013), baru sahaja berakhir undian untuk peringkat kumpulan Watsons Piala Malaysia 2013. Siaran langsung melalui saluran Astro Arena. Aku tak tengok pun. Sebab aku masih berada di kerusi panjang sebelah eskalator bahagian pakaian wanita dalam AEON Sunway Pyramid. Fesbuk je yang update untuk aku. Watson Piala Malaysia.. Ok, siyes macam kelakar nama tu. Tapi lebih baik ada penaja dari takde langsung kan? Cuba bayangkan kalau Alagappas yang taja. Lebih kelakar bukan?

20 Ogos 2013 merupakan tarikh sepak mula pertandingan bola sepak paling berprestij di Malaysia ini. 21 Ogos 2013 pula tarikh paling penting dalam sejarah peradaban dunia kerana pada tarikh itu, genap umur aku 29 tahun. Kerana tarikh itu sangat penting, band rock terkenal dunia iaitu Metallica akan datang ke Malaysia untuk buat konsert semata-mata untuk meraikan hari ulang tahun kelahiranku. Terima Kasih Metallica..

Kembali kita tentang hal Piala Malaysia tadi, untuk kumpulan A, terdapat team-team yang power akan beraksi di situ. Team tersebut ialah Selangor Power, ATM, Sime Darby dan Johor Ori. Mengikut ramalan, Selangor akan menjadi juara kumpulan dan ATM akan menurut jejak langkah Selangor ke peringkat suku akhir. Tapi jauh di sudut hatiku ingin melihat Johor Ori melangkah lebih jauh dari peringkat kumpulan. Buktikan kepada rakyat Johor walaupun anda di anak tirikan, tapi anda mampu berjaya dengan usaha sendiri tanpa ditabur kemewahan dan wang ringgit.

Kumpulan B pula menyaksikan Pertarungan di antara kelab-kelab. Tiada negeri yang akan beraksi di dalam kumpulan ini. Pasukan terlibat ialah JDT FC, PKNS FC, T-Team dan Felda United. Jangan salah sangka, JDT mmg bukan negeri. JDT merupakan kelab yg dijenamakan semula. Sebelum ini namanya ialah Johor FC. Untuk pengetahuan, ada fans JDT sendiri tak tau nama lama JDT ni Johor FC. Namun dengan berani dia menggelarkan dia penyokong nombor 1 JDT. Kelakar. Haha. Ramalan kelab yang akang ke suku akhir ialah T-Team dan PKNS FC. JDT FC tersingkir awal.

Kumpulan C boleh dikatakan kumpulan Pantai Timur. Ini kerana, Kelantan, Pahang dan Terengganu diundi di dalam kumpulan yang sama. This is Pantai Timur. Salah satu pasukan Pantai Timur sudah pasti ke suku akhir. Cuma tak tau pasukan mana yang lebih berhak. Satu lagi pasukan di dalam kumpulan ini ialah pasukan tercorot liga Super 2013 iaitu Negeri Sembilan. Musim ini, N9 ni tau nyanyi-nyanyi je. Main bola kurang sket. Apo kono eh jang.. Dijangka Kelantan dan Pahang akan ke suku akhir. "Piala Malaysia kito monang kito monang yaw.. haha.. yeah.. duo satu kocik bonar.. ompek satu sonyum lebar.." Tidak mengapa N9.. tidak salah bermimpi.

Kumpulan terakhir iaitu kumpulan D pula terdiri daripada juara liga super 2013 iaitu Lions XII, Juara Liga Perdana 2013 iaitu Sarawak, Perak dan juga Kedah. Tugasan berat untuk pasukan-pasukan dari Malaysia menghalang satu lagi piala menyeberang Selat Johor. Maruah Malaysia terletak di tangan mereka. Kalau dalam kumpulan ni ada Selangor, aku tak risau sangat. Tapi sebab takde Selangor tu yang risau sikit tu. Sebab Selangor ni power. Ramalan pakar, Lions XII dan Sarawak akan ke suku akhir.

Jadi, itulah sedikit sebanyak ulasan tentang undian peringkat kumpulan Watsons Piala Malaysia 2013. Biarpun Watsons yg taja, diharap kemeriahan bola sepak Malaysia akan diteruskan sehingga wisel penamat perlawanan akhir di antara Selangor dan satu lagi team yang masih belum ditentukan lagi. Mengharapkan syarikat konglomerat seperti Air Asia nak taja bola sepak Malaysia, mereka lebih mementingkan keuntungan dengan menaja Persatuan Bola Sepak Singapura dengan nilai 1.8 juta dolar untuk tempoh 3 tahun.watdehek!

Akhir kata, PFSLJ!






2 comments: