Nuffnang ads

Thursday, 16 May 2013

Akhirnya, inilah permulaannya.. Cari tajuk.

Assalamualaikum..

Yea yea! Dah ada blog sendiri.

Namun.. Punya la payah nak fikirkan tajuk.. Dekat 2 jam perah otak.. Tak datang datang jugak tajuk tu.. Tiba-tiba henpon aku bergegar dengan kekuatan 3 skala richter (betul ke eja camni?). Ada wasap masuk..

"Rot, oooo rot.. Ko kat mane?" Ujar wasap tersebut.

"Kt umah.. nape?" Reply aku.

"Tak de pape.. saje je" Wasap tu reply balik.

"Cehh.. ni sape?" Aku reply balik sebab sebenarnya wasap tu keluar nombor je. Nombor org tu aku tak save. Dahla takde gambar. Mana la aku nak tau sape. Haha. Kalau dia cakap dia kecik hati aku tak save nombor dia, aku dah standby jawapan dah. "Aku baru tuka henpon.. Nombor semua hilang." Mesti wasap tu cool balik nanti.

Tapi, wasap tu tak berbalas.. Nampaknya wasap tu benar-benar berkecil hati..

Ok, berbalik kita kepada tajuk tadi, secara spontan aku teringat balik zaman stadi diploma kat UiTM Shah Alam dulu. Masa tu semester 1 dan sudah tentulah kena bermastautin kat kolej. Kolej Perindu nama diberi.

Tiba-tiba aku dah rasa malas nak menaip. Aku pendekkan cerita. Bagaimana aku bole dapat tajuk 'Member panggil aku.. Rot'. Dulu masa duduk kat Kolej Perindu tu, ada sorang member nama timangan dia Jepun ni jeles tengok ke'tough'an perut aku. Ada 8 ketak. Oleh kerana dia mencemburui aku, dia panggil aku 'Perut Tough'. Bila dia dah start, ramai la yang panggil aku nama tu. Awek-awek UiTM dulu pun memang mendambakan susuk tubuh aku. Ramai aweks yang cuba mendampingiku. Ok, kalau aku dah start cerita bab aweks, benda ni akan jadi lagi panjang. Jadi, tak payah cerita.

Tiap-tiap hari kalau orang panggil aku, diorang akan panggil 'Perut Tough'. Dahla panggil nama macam tu, diorang siap usap-usap lagi perut aku. Aku rasa nama tu macam panjang sangat. Jadi, aku ambil inisiatif dengan memendekkan nama tu jadi 'Rot' je. Kekal la nama tu sampai sekarang. Tapi, ni member UiTM yang panggil aku camni. Member sekolah panggil aku 'Amir Tampan'. Panjang gak nama tu, jadi aku pendekkan jadi 'Mir' je. Sedara mara pulak panggil aku 'Amir Gerrard'. Sebab kalau aku main bola, hantaran aku macam Gerrard. Yang ni aku biar je.

Oleh kerana masa tengah fikir tajuk blog ni aku terkenang balik camne orang boleh panggil aku 'Rot', aku letak la tajuk blog ni 'Member panggil aku.. Rot'. Itu lah ceritanya. Power kan? Sekian.

P/s : Moga-moga ini bukanlah posting aku yang pertama dan juga yang terakhir.. InsyaAllah tiap 3 hari atau paling koman pun tiap minggu ada update yang baru.















9 comments:

  1. Baru aku paham bahaimana nama 'rot' di beri.

    ReplyDelete
  2. Bangganya aku member s4 ku dah berjaya jadi blogger.

    ReplyDelete
  3. hahaha.. member s4 tuu..
    baru 1 post tuan..haha

    ReplyDelete
  4. pembetulan..di sekolah nama dia mugambir..kat simpang 5 itulah panggilannya...gambir!!!

    ReplyDelete
  5. Ko jgn buat cerita wahai tongcit!

    ReplyDelete
  6. Nak gelak ke, nak nangis ke atau nak muntah ye?

    ReplyDelete
  7. Makin jarang la nak turun tts. Maklum laa..."Hobi saya menulis blog"
    Kah kah kah...


    Noni: tahniah mir!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tts jauh no.. kt kl..
      bila sesi jamming lg? Nk join.. kekeke..

      thanx rie2!

      Delete