Kisah ini diceritakan semula kepada penulis agar menjadi iktibar kepada pembaca-pembaca semua..
Rancanglah perjalanan anda..
Jam di dinding menunjukan sudah pukul 8 malam. Hatiku masih berdebar-debar. Tangan juga terasa menggeletar. Perasaan tak tentu arah menguasai diriku..
"Boleh ke tak ni.." timbul persoalan di hatiku..
Aahhh.. aku betul-betul tak suka perasaan ini. Ianya membuatkan ku tak dapat fokus ke arah tivi yang sedang menyiarkan perlawanan siaran langsung bola sepak di antara Selangor menentang Kelantan di Kota Bharu. Kedudukan ketika itu Selangor dah 1, Kelate masih 0. Lemah betul Kelate ni. Sape suruh jual Matyo?Kan dah tak power. Haha. Tapi ada team lagi sayur. kalah 4-1 dengan Selangor. Beli player berjuta-juta pun masih lemah lagi. Palsu sungguh pasukan itu.
Lupakan sebentar kisah bola tadi, kembali kepada keresahan hati aku balik. Aku resah kerana perkara ini berlaku secara tiba-tiba. Jika tahu lebih awal, aku boleh merancang strategi yang berkesan. Aduii.. perasan ni macam perasaan esok ada final exam tapi kita tak stadi lagi. Tapi kawan-kawan kita semua dah stadi. Siap saiko kita lagi dia dah baca bab ini, bab ini dan bab ini.. Bab* btol la ye..
Nampaknya aku kena menguatkan semangat aku. Aku harus melawan perasaan ini. Aku nekad! Apa nak jadi, jadilah. Aku kene teruskan. Jika tidak, aku yang rugi. Bak kata pepatah, sesal kemudian tiada gunanya. Aku memberanikan diri.. aku menuju ke matlamatku..
"Yaaangg... esok nak pergi ride ke awana.. boleh tak? Bukan apa.. resing suit tu kalau lama tak guna boleh rosak. Rugi je beli mahal-mahal.." aku berkata-kata dengan yakin.
"Tak boleh. Semalam kan dah ride. Tiap-tiap minggu nak ride je kerjanya. Esok kan nak pergi pyramid. Aeon ada sale" ringkas, padat dan jitu jawapan yang diberi.
"Ok.................."
Maaf rakan-rakan.. aku tak dapat menjoinkan diri.. safe ride semua.... kenang daku dalam air Coffe Bean Genting kamu..
Hahahaha...penakut!!!
ReplyDeleteEnding story sgt sedih...hehehe...
ReplyDelete