Nuffnang ads

Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Cikgu

Hari ini (16 Mei 2013), majoriti status dalam fb berkisar tentang ucapan Selamat Hari Guru.. Termasuklah aku. Aku pun ada ucap selamat hari guru gak. Kalau tak ucap nanti orang cop aku murid derhaka tak kenang budi cikgu.

Opis aku pun arini sibuk gak nak sambut hari guru. Jadi pekerja-pekerja bawahan macam aku ni perlulah bersiap sedia untuk menghantar hadiah dan cenderamata berupa surat perutusan hari guru dari CEO syarikat, kek aiskrim dan pen buatan Itali ke sekolah-sekolah sekitar kawasan operasi opis aku. Ini kerana guru merupakan antara golongan tertinggi yang menjadi pelanggan opis aku. Jadi opis aku perlulah mengenang jasa guru yang telah membantu syarikat mencapai sasaran keuntungan untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Terima kasih cikgu. Saya Mesti Pilih!

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK DI DALAM DUNIA.

P/S : Dikesempatan ini juga saya nak mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru Tadika Permata, Taman Permata, SK Ulu Klang, SK Durian Mas 1 Terengganu, SK Seri Makmur Sg Besar dan SMKA Simpang Lima Sg Besar. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah DIBS dan Insurans di Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Shah Alam, cikgu sekolah memandu Asia Sg Besar, Cikgu Hawa SKEM, dan sifu-sifu lepero Pielang Bikers. Anda semua memang power. Tahniah.






2 comments:

  1. Konfiden je nama tadika tu tadika permata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abistu nama ape? Dok dlm taman permata, kene la nama tadika permata.

      Delete