Nuffnang ads

Sunday 19 May 2013

Liverpool vs QPR

Hari ini, hari Ahad, pukul 11 malam waktu Malaysia, berlangsungnya perlawanan hebat di antara team paling power di dunia iaitu Liverpool menentang team yang bakal bersaing di liga kejuaraan utk musim depan iaitu QPR. Perlawanan berlangsung di Anfield. Walaubagaimanapun, perlawanan ini hanyalah sebagai pelengkap jadual untuk kedua dua pasukan kerana apa jua keputusan yang dicatat malam ini, tidak membawa apa apa makna yang besar. Team paling power di dunia akan kekal di tangga ke 7.

Seperti semua sedia maklum, malam ini merupakan perlawanan terakhir BPL untuk musim 2012/2013. Ia juga merupakan perlawanan terakhir untuk Jamie Carragher kerana selepas ini beliau akan bersara. 

Dipendekkan cerita, Liverpool memang power. Tendangan sudut yang diambil dari sebelah kiri gol QPR telah ditanduk dengan baik oleh Coutinho dan sudahpun melepasi garisan gol. Tetapi pengadil buta tak nampak. Gol itu tidak dikira. 

Namun, beberapa minit kemudian, hasil kilikan Jordan Ibe, player muda Liverpool, berjaya mempassing kepada coutinho yang tidak dikawal, dan satu tendangan padu dari luar kotak penalti, dan goooooool!! Begitu padu rembatan tersebut dan diyakini kalau De Gea yang jadi keeper pun, kompom tak dapat tepis bola tu. Aahh! De Gea memang tak power pun. Muka ibarat Llama. Cer korang google gambar Llama. Sama ngn De Gea pencuri donut. Nasib je team dia tu menang cup tahun ni.

Tamat separuh masa pertama, Liverpool Power 1, QPR 0.

Separuh masa kedua sedang berlangsung. Macam biasa Liverpool aje yang menyerang. Team power la katakan. Bukan macam JDT. Dengan Perak pun boleh kalah. Perak je kot.

Sekarang ni minit ke 62. Liverpool dapat corner. Tapi diorang saje tak nak golkan. QPR clearkan bola. Dapat kat legend Carra, dan dia melepaskan rembatan yang padu. Namun, terkena tiang. Kalau gol tadi, pasti ia menjadi kenangan manis sebagai hadiah persaraan beliau.

Nampaknya, gaya ayat aku pun pun dah berterabur sikit. Game tak habis lagi, tapi aku dah mengantuk nak tidur. Nampaknya laporan perlawanan sampai di sini sahaja. Tapi takpe, aku bajet keputusan akhir nanti, Liverpool 9, QPR 0. Downing hatrik. Kalau Lucas yang hatrik, aku berani potong laaa.

Akhir kata, selamat bersara Jamie Carragher 23. #CARRALEGEND23

2 comments: