Nuffnang ads

Friday 17 May 2013

Beckham meletak jawatan..

On the way nak pergi kerja, macam biasa time drive mestila dengar radio. Pilihan radio pagi ni semestinya JOHARA pagi era. Sketsa JOhara memang best. Walaupun ntahape hape, tetap kelakar. Sepatutnya time abph aritu, Johan layak menang dj paling popular.

Lepas Latip Giba melaporkan info trafik era, ray pulak mengambil tempat untuk melaporkan berita sukan dalam segmen berita sukan era. Topik penting arini ialah David Beckham bersara. Seorang legend team setan merah akhirnya mengumumkan persaraan dari arena bola sepak profesional. Selepas memenangi 4 juara liga dlm liga yang berbeza, akhirnya dia nak menggantung boot nya.

Terus terang aku cakap, walaupun aku tak suka team setan merah ni, namun you cant simply hate this guy. Aku cukup suka bila dia mengambil sepakan percuma dari luar kotak penalti. Bola lencong dia tu memang terbaik.

David Beckham juga adalah punca utama ramai aweks suka team setan merah ni. Kakak aku pun sama. Siap gunting gambar Beckham banyak banyak dan tampal dalam buku log. Poyo betul. Kalau la David Beckham ni main kat Derby County, mesti Derby County pun ramai peminat perempuan.

"Saya sokong Man Utd sebab ada David Beckham" ujar seorang peminat wanita setan merah suatu ketika dulu.

Aku tanya kenal Jesper Blomqvist tak?

"Sape tu? Hensem ke dia?" Jawab peminat wanita itu.

Lihat, betapa besarnya pengaruh David Beckham ke atas peminat perempuan setan merah.

Teringat aku masa Man Utd dtg ke Malaysia untuk perlawanan persahabatan menentang team Malaysia. Tak ingat la tahun bila tapi masa tu Barthez jadi keeper lagi. Aku pun pergi gak stadium bukit jalil. Sebab nk teman kakak aku tengok David Beckham dia tuh. Yang best time tu, bila game dah habis, berebut player Malaysia nk tukar jersi ngn Beckham. Ada la dekat 5-6 player berlari kat Beckham sebab nk tukar jersi. Haha. Funny la korang ni.

Nama sebenar Beckham ni ialah David Joseph Robert Beckham. Memulakan karier professional bersama MU pada tahun 1992. Memenangi 6 Premier league, 2 piala FA dan 1 UCL. Kemudian beliau join Real Madrid pulak lepas bergaduh dgn Ferguson di mana Ferguson telah menyepak boot dan terkena di bahagian bawah mata Beckham. Kat Real Madrid, dia berjaya memenangi LA Liga di tahun akhirnya di sana. Kemudian dia join pulak LA Galaxy. Pastu dipinjamkan ke AC Milan dan mengakhiri kariernya di PSG pada umur 38 tahun.

Selamat bersara utk David Beckham.

P/s : pernah dulu ada member nak panggil aku Amir Beckham. Tapi aku menolaknya sebab aku lebih rela dipanggil Amir Gerrard.

No comments:

Post a Comment