Nuffnang ads

Monday, 4 January 2016

Azam Tahun Baru

Tahun baru menjelma lagi. Kali ini tahun 2015 meninggalkan kita dengan pelbagai cerita suka dan duka. Macam tahun-tahun yang sudah juga. Ada cerita yang best dan ada cerita yang tak best. Standardla dalam kehidupan manusia di bumi yang nyata ini. Sentiasa ada turun dan naiknya. Contoh dulu Chelsea juara EPL, sekarang bergelut untuk keluar dari relegation zone. Kerap memasuki gua berbanding pasukan-pasukan lain.

Tiap kali masuk tahun baru, kebanyakan manusia akan ada azam baru. Ada yang sebelum ni pergi kerja lambat nak pergi kerja awal, ada yang berazam nak kuruskan badan, ada yang berazam nak belajar pandai-pandai sampai cucur atap dan macam-macam lagi la. Macam LVG, dia berazam nak tamatkan kemarau kekalahan empat perlawanan berturut-turut dan dia berjaya melakukannya dengan menewaskan Swansea. Lain pula dengan Jurgen Klopp. Dia berazam nak kalah sebab asyik menang je tahun lepas. Jadi dia saja kalah lawan West Ham hari tu. Dia merealisasikan azamnya di awal tahun baru haritu.

Aku sebenarnya ada juga azam walaupun tiap-tiap tahun azam aku tu hanya sekadar azam. Selalunya azam aku sampai 15hb Januari je. Lepas tu aku dah lupa aku pernah ada azam. Macam tahun lepas, 1 Januari 2015 aku berazam nak kuruskan badan. Masuk 2hb Januari, aku lupa dah..

Jadi, kesimpulan yang aku dapat bila orang bercerita tentang azam, tanpa sebarang komitmen dan usaha, azam tu akan kelaut perginya. Dan yang paling mustahak, perlu ada daya ingatan yang kuat agar tidak lupa yang kita ada azam. Tidak semestinya orang yang bernama Azam tu akan berazam. Tidak, itu tidak benar. Nama Mohd Azam bukanlah kunci untuk dia berjaya dengan azam beliau.

Azam aku tahun ni aku tak nak jadikan blog ini lesu dilenyap zaman serba moden dan mencabar ini. InsyaAllah blog ni akan selalu diupdate walaupun bukan setiap hari, tapi setiap minggu tu boleh la kot. Semoga sesiapa sahaja yang berazam, diperkenankan azamnya oleh Allah SWT. Amin.







Sunday, 26 October 2014

Pengorbanan Seorang Suami

Besar pengorbanan sang suami..

Ketika di puncak, ketika rakan2 yang lain bergelak ketawa, Nazrin (bukan nama sebenar) masih membisu. Mukanya merah dan riak mukanya menunjukkan beliau dalam keadaan yang tidak tenang. Jari jemarinya pantas menaip sesuatu di hp nya.

Sulaiman yang menyedari keganjilan kepada rakannya, menegur..

"Nape muka ko merah ni?"

"Xde pape.." jawab Nazrin sambil melepaskan hp ke atas meja.

5 minit kemudian, Nazrin pun mengajak semua peserta konvoi utk pulang. Walaupun masih tidak puas merasai kesejukan fraser Hill, mereka semua bersetuju utk pulang juga kerana Nazrin bersungguh2 utk pulang segera.

 Dalam perjalanan pulang, Nazrin menunggang dengan laju sekali. Mungkin dia ada urusan yang sangat penting. Keselamatan seperti sudah tidak dihiraukan. Alhamdulillah.. tetap selamat sampai ke Kuala Kubu Bharu..

Selepas mengisi minyak, Nazrin tanpa menunggu, terus bergerak meninggalkan Sulaiman yang masih belum bersedia untuk bergerak. Sulaiman pun pulang ke rumah berseorangan..

Setibanya di rumah, Sulaiman melihat Nazrin check in di sebuah restoran terkenal yang terletak di Selatan Semenanjung Malaysia bersama isterinya.. ooooo... patutla..

Besar pengorbanan seorang suami.. untuk menggembirakan hati isteri, keselamatan ketika menunggang sudah tidak dihiraukan. Yang penting, hati si isteri gembira.

Sekian.


Thursday, 18 September 2014

Masih Ada Rindu

Hari ini hari Isnin. Ini bermakna setelah 2 hari kita tidak bekerja, Sulaiman kena kembali bekerja. Ramai yang malas nak pergi kerja hari Isnin. Orang putih kata 'Monday Blues'. Bukan Blues Gang ataupun Aku Hidup Dalam Blues. Apatah lagi G A Blue. Kebanyakan manusia normal kurang fokus pada kerja d hari Isnin. Kecuali golongan bos-bos. Sulaiman tak faham. Kenapa mereka begitu bersemangat pada hari Isnin. Sebab kalau mesyuarat je, mesti hari Isnin. 

Macam biasa, pukul 8.29 pagi Sulaiman tiba di pejabat. Sulaiman memang saja sampai waktu begitu. Supaya dia tidak terasa lama berada di dalam pejbat. Bagi Sulaiman, kerja hanyalah dari pukul 830 pagi hingga 530 petang sahaja. Lebih dari waktu kerja, masanya wajib dibayar. Pernah sekali tu, Sulaiman buat tuntutan kerja lebih masa dari pukul 730 pagi hingga 830 pagi. Sebab dia tersampai di pejabat awal. Bos dia tak cakap apa. Ke dalam tong sampah borang tuntutan dia tu.

Mesyuarat hanya akan bermula pada pukul 930 pagi. Masih ada satu jam lagi sebelum mesyuarat bermula. Sulaiman bersarapan dahulu. Nasi lemak lauk sotong menjadi menu sarapannya hari ini. Selepas bersarapan, Sulaiman terus menuju ke mejanya untuk memulakan kerja. Ok, tipu je. Sulaiman Tak rajin sebegitu. Dia ke port hisap rokok pulak. Rakan-rakannya yang dah habis sarapan awal, turut berada di situ. Bila dah dengan kawan-kawan, mesti bersembang. Sembang punya sembang, 2 batang rokok John putih pun dah habis, barulah Sulaiman menuju ke mejanya. Jam menunjukkan pukul 9.05 minit pagi.

Sulaiman menghidupkan PC nya. Beliau membuka emel dan menyemak emel-emel baru. Dirasakan emel-emel tersebut tiada kaitan dengannya, beliau terus menghapuskan emel tersebut. Kemudian beliau ke folder D, dan memilih folder 'Naruto Shippuden'. Episod baru. Sempat lagi tengok ni sebelum mesyuarat.

Pukul 930 pagi, mesyuarat pun bermula. Bagi Sulaiman, mesyuarat-mesyuarat begini hanya membuang masa. Kalau tiada mesyuarat pun, prestasi syarikat tak berubah. Macam tu jugak. Sulaiman memang tidak menyukai mesyuarat-mesyuarat ni. Sebab, bila ada mesyuarat, pasti kerjanya akan bertambah. Yang lama pun tak siap lagi, dapat pulak kerja baru. Itu yang Sulaiman tak suka. Sepanjang mesyuarat, Sulaiman berpura-pura menumpukan perhatian tentang isi-isi penting yang diutarakan bosnya. Sulaiman mengangguk-angguk seperti memahami apa yang disampaikan oleh ahli-ahli mesyuarat. Padahal, beliau sibuk menyemak status-status facebook di iPhone 5 nya.

Curiga dengan gerak-geri Sulaiman yang meragukan, Encik bos menegurnya. 

"Sulaiman, bagaimana dengan keuntungan syarikat kita bulan lepas?Mencapai sasaran bulanan atau tidak?" Tanya Encik bos.

Sulaiman yang sedang membahan rakan-rakanya yang menyokong Manchester United sebab tewas kepada Swansea City di dalam aplikasi Whatsapp, terkejut. Namun, Sulaiman orangnya tenang. Selamba beliau menjawab pertanyaan itu dengan lancar. Kagum dengan jawapan padu yang Sulaiman berikan, bosnya berkata lagi.

"Bagus Sulaiman, awak dinaikkan pangkat berkuatkuasa hari ini. Gaji naik lagi RM5000".

Sulaiman tercengang. Semua yang di dalam bilik mesyuarat juga ternganga. Suasana sunyi. Masing-masing kaku. Selepas 5 minit, semua yang berada di dalam bilik mesyuarat menyerbu ke arah Sulaiman. Ada yang mengucapkan tahniah, ada yang mengucapkan congratulation, ada yang memeluknya dan ada yang melambung-lambung Sulaiman. Sulaiman berasa sangat gembira. Kemudian terdengar sayup-sayup bunyi deringan iphone 5 nya..

                                                        ***********************

"Cantekk. Lambat lagi aku arini. UEFA Champions League punya pasal la ni. huh!" Sulaiman mengomel sendirian selepas dikejutkan oleh panggilan telefon rakannya yang sudah sampai di pejabat.

"Ini lah yang susah bila sokong Liverpool ni. Baik sokong Menyu, Tak layak UEFA Champions League. Takde pening-pening kepala nak tengok bola pagi-pagi buta" Getus hatinya lagi sambil tersenyum nakal.

Liverpool (Eng) 2 - 1 Ludogorets Razgrad (Bul)
Group Stage, UEFA Champions League

P/S : Tajuk memang takde kena mengena.



 






Sunday, 14 September 2014

Ride, Lemang & Dip 'n' Dip

Ride merupakan perkataan inggeris yang bermaksud menunggang motor. Selalunya digunakan jika kita nak pergi ke sesuatu tempat menggunakan motor. Contoh macam kita nak pergi Kepulauan Sakhalin di Russia naik motor. Kita akan ajak orang dan cakap "Jom kita ride pergi Kepulauan Sakhalin".

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan. Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. 

Dip 'n' Dip pula merupakan retoran yang menghidangkan makanan berasaskan coklat. Setakat ni yang aku tau, ada di Bangsar dan di The Curve Mutiara Damansara. Harga makanan memang kalau orang2 biasa tengok, boleh mencarut. Tapi kalau nak nampak cool dan buat orang fikir kita kaya, ini tempat yang sesuai.

Jadi, apa kaitannya antara tiga-tiga entiti ini? begini ceritanya..

Sulaiman merupakan seorang lelaki yang sudah berumahtangga. Dia juga seorang peminat dan penunggang motosikal berkuasa tinggi. Beliau memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi yang diberi nama K8. Namun, selepas pulang dari ride Negara Gajah Putih, keterujaan beliau terhadap menunggang motosikal berkuasa tinggi sedikit pudar. Mungkin kerana masih penat, motosikal K8 nya langsung tidak disentuh. Ke pejabat pun hanya menunggang kapcai.

Genap 2 minggu, keterujaan untuk menunggang kini kembali. Ditambah pula ada jemputan dari group wassap geng motornya untuk 'Ride Santai Ke Lemang To'ki", beliau berazam untuk menyertai ride tersebut. Tetapi, sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, beliau harus memaklumkan dahulu perkara ini kepada isterinya. 

"Yang, esok Ahad ni I nak gi ride. Pergi Lemang To'ki kat Bentong, Pahang. Member ajak makan lemang" ujar Sulaiman tegas.

"Ok, boleh. Tapi dengan syarat bawak I pergi makan Dip 'n' Dip dulu" Jawab isterinya juga tegas.

Ahh sudah.. mintak Dip 'n' Dip pulak. Terbayang oleh Sulaiman senarai harga di dalam menu Dip 'n' Dip. Hanya harga 'Spring Water' tertera paling murah. RM2.50. Yang lain semuanya atas RM9.99.

Tetapi, Sulaiman patut bersyukur. Ini kerana rakannya lebih parah. Isterinya meminta beg tangan berjenama Michael Kors. Jadi, rakannya gagal dalam perjuangan untuk pergi ride.

Nak pergi ride jugak punya pasal, Sulaiman membawa juga isterinya menjamu selera di Dip'n' Dip The Curve. Walaupun jam sudah menunjukkan jam 10 malam, Sulaiman gagahkan juga dirinya untuk ke sana. Sulaiman masih tidak berpuas hati dengan harga makanan di restoran ini. Baginya, makan coklat sampai berpuluh-puluh ringgit adalah sangat tidak berbaloi. Lebih baik makan ayam goreng spicy McD.

 Gembira hati isterinya kerana dah 2 bulan meminta, baru kali ini dapat. Kalau tidak, ada sahaja alasan yang Sulaiman akan berikan. Tak berbaloi lah, baik beli choki-choki satu kotak lah, restoran Yahudi lah, ini semua agenda freemason illuminati lah dan bermacam-macam alasan lagi. Usai makan, selepas membayar bil berpuluh RM, isteri Sulaiman berkata, "Esok ride baik-baik tau. Jangan bawak laju".

'A Happy Wife May Bring Better Life For Husband'. Benar sekali pepatah inggeris ini. Esok Sulaiman akan ride selepas 2 minggu berehat. Malam itu Sulaiman sudah membayangkan jalan yang akan dilaluinya, selekoh yang akan disagatnya dan laluan lurus yang akan dipepahnya. Selepas itu terbayng pula lemang disajikan sekali dengan serunding dan rendang. Sulaiman terbayang kelazatnya. Sulaiman pun tidur dengan lena..

                                                           *******************************

Ahad, 14 September 2014, 7.00 pagi, hujan turun dengan selebat-lebatnya di bumi Selangor. Sulaiman yang sudah siap sedia memakai racing suit, memandang ke luar rumah dengan perasaan yang sedih. Beliau masih memegang resit Dip 'n' Dip The Curve dengan erat. Air mata bergenang di kelopak matanya. Manakala, isterinya masih tidur sambil tertawa kecil. 



  







Thursday, 14 August 2014

Ini Lelaki #2

Pelupa. Itu perkataan yang sesuai untuk kebanyakan lelaki. Sebagai contoh, member aku punya cerita gak ni. Dia keluar membeli belah dengan isteri dia di sebuah shopping complex terkemuka. Mereka berjalan beriringan sambil bergurau senda. Tiba-tiba, sampai di kedai yang menjual beg tangan berjenama jurulatih, isteri dia berhenti seraya berkata

"cantiknya handbag tu bang.. belikan la untuk saya.."

"Ish, kan dah banyak handbag kat rumah tu.." jawab member aku.

"Alaaa.. ok, belikan sebagai hadiah hari jadi in advance.. hari jadi i kan bulan depan.. boleh la.." Rayu isterinya.

"Hmmm... bolehla.. tapi jangan mintak hadiah lagi time birthday nanti tau" ujar member aku kembali.

Member aku mengalah. Ok juga bagi hadiah birthday in advance ni. Takde la nanti dia pening kepala nak cari hadiah untuk isteri dia. Gaji dia pun baru masuk masa tu. Sebelum duit gaji habis, baik belikan je hadiah handbag ni. Mudah. Tak payah pening kepala. Tapi tiba-tiba dia rasa tak sedap hati. Ahh.. mainan perasaan je tu.

Duit dan handbag bertukar tangan di kaunter pembayaran. Bukan main gembira lagi isteri member aku dapat handbag jurulatih. Mereka pun sambung berjalan. Jalan punya jalan punya jalan, member aku ni penat. Dia pun cakap dengan isteri dia, dia nak duduk rehat kejap. Isteri dia sambung berjalan lagi. Sambil duduk-duduk kat kerusi tu, member aku pandang la keliling nak cuci mata. Tiba-tiba dia ternampak kedai jual henpon Apple. Pandangannya terhenti di situ. Fikirannya mula teringat sesuatu. Jantungnya berdegup kencang. Peluh mula memercik di dahinya. Nafasnya laju. Ini kerana... 2 minggu lepas, isteri dia baru je mintak dan dapat hadiah birthday in advance dari member aku ni berupa iphone 5!

"Arghhh.. camne boleh lupa ni??!!" Jerit hati kecil member aku td.

Dari jauh, isterinya tersenyum sinis.

"Yeayyy! Dapat 2 hadiah!"

Kahkahkah!

Ini Lelaki #1

Dalam dunia yang fana ini, ada 3 jenis manusia. Lelaki, perempuan dan khunsa. Tau tak apa itu khunsa? Jika tidak tahu, en google boleh memberikan jawapan kepada anda. Abaikan kisah khunsa, sebab aku nak cerita tentang satu perihal yang kebanyakannya ada pada seorang lelaki.

Lelaki bertindak mengikut arahan. Sebagai contoh, ini yang diceritakan oleh member aku, isterinya menyuruh member aku ni angkat bakul baju kotor ke mesin basuh. Ok, arahan yang diberikan ialah angkat bakul baju kotor ke mesin basuh. Member aku ni pun dengan senang hati angkat bakul baju tersebut ke mesin basuh. Lihat, member aku melakukan tugas tersebut dengan cemerlang bukan? Bagi kebanyakan lelaki yang melihat arahan tersebut akan beranggapan member aku melakukan tugasnya dengan baik. Namun, tidak bagi perempuan. Tugas member aku itu masih tidak disempurnakan. Isteri member aku mula membebel. Kerana apa? Kerana member aku hanya meletakkan bakul baju kotor tadi di tepi mesin basuh. Beliau tidak memasukkan baju kotor di dalam bakul tadi ke dalam mesin basuh.

Melihat cerita member aku di atas, arahan yang diberikan adalah jelas, nyata dan terang  hanya perlu bawa bakul baju kotor itu ke mesin basuh. Tiada arahan yang dikeluarkan untuk memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh.

Adakah member aku bersalah? Wajarkah beliau dipersalahkan? Tepuk dada, tanya selera. Oh lupa bagitau nama member aku ni. Nama dia ialah... ok dia tak bagi aku bagitau.

Perkara ini kadang-kadang berlaku juga untuk situasi basuh pinggan lepas makan.

Arahan : basuh pinggan tu lepas makan.

Tindakan : basuh pinggan yang kita guna tadi.

Akibat : kenapa tak basuh sekali periuk, kuali, sudu, garfu, pinggan? cawan dalam singki tu??!!

Jadi, kepada semua perempuan di luar sana, sila ambil perhatian. Berikan arahan dengan jelas kepada lelaki. Jika mahu mereka buat 2 tugasan, bagitau betul-betul tugasan yang mereka perlu lakukan. Bukan dengan memberi 1 arahan dan mengharapkan mereka berfikir sendiri tentang keperluan tugasan ke dua yg tidak diberitahu. Memang tinggal harapan la kalau buat macamtu. Kahkahkah.







Monday, 11 August 2014

Kerja Rumah

Bulan ni bulan raya. Bila dalam bulan raya, hujung minggu mesti banyak jemputan rumah terbuka sahabat handai dan saudara mara. Bila banyak rumah terbuka, banyak lah kenderaan di jalan raya. Jalan raya pulak dia punya jem macam pagi-pagi orang ramai nak pergi kerja.

Bila dah banyak sangat pergi rumah terbuka, kerja-kerja di rumah juga banyak yang terbengkalai seperti mengemas rumah, mencuci pakaian dan melipat baju. Selalunya kerja hakiki aku kat rumah ialah memvakum lantai dan menyidai baju. Tapi aku selalu skip vakum rumah tu. Lantai nampak macam bersih je. Jadi aku sapu-sapu je pakai kaki. Basuh dan lipat baju kerja bini aku.

Malam tu, banyak sangat baju nak kena lipat. Aku dengan baik hatinya mengoffer diri untuk sama-sama lipat baju. Aku pun duduk sebelah longgokan pakaian dan mula melipat baju..

"Bukan camtu la lipat baju.." ujar bini aku selepas aku siap melipat sehelai baju.

"Eh, selalu I lipat camni la kat umah sewa dulu" jawab aku penuh yakin.

"Itu lain. Kalau kat sini, kena lipat camni. Baru kemas." Balas bini aku balik sambil menunjukkan cara dia melipat.

"Oooo.. camtu.."

Rupa-rupanya, setiap orang ada cara lipatan bajunya sendiri.

Lepas tu aku sambung tengok tivi. Nanti salah lagi kena bebel pulak.

Last-last kena bebel gak sebab dia kata dia tengah buat kerja rumah tapi aku senang lenang tengok tivi.

Hoho.. women is complicated.