Nuffnang ads

Tuesday, 13 August 2013

Raya @ Kelate!



Assalamualaikum semua. Raya datang lagi dan kali ini aku beraya bersama keluarga sebelah isteri aku di negeri Cik Siti Wan Kembang Setaman, negeri Kelantan Darul Naim. Lebih tepat lagi beraya kat Kota Bharu. Ini kali kedua aku beraya di sini. Kali pertama dua tahun lepas. Masa tu aku tak minat menaip lagi. Update kat pesebuk je.

Sebagai seorang pekerja yang berdedikasi, aku tak cuti sebelum raya. Bagi aku, aku perlu menyiapkan segala tugasan yang diberi sebelum boleh bercuti. Jadi aku hanya dapat menyiapkan tugasan pada pukul 1 tghari, sehari sebelum raya. Kebetulan majikan aku bermurah hati bagi half day cuti lak aritu. Pukul 2 petang baru bole keluar dari opis dan terus menuju ke KLIA untuk menjemput adik ipar aku yg balik bercuti dari Miri. Lepas itu baru balik rumah. Tidur dulu untuk mendapatkan tenaga. Lepas ni nak drive jauh ni.

Kami memulakan perjalanan ke Kelantan pada pukul 6 petang. Tapi singgah dulu kat BHP Gombak highway Karak untuk berbuka. Pukul 8 malam lepas berbuka kami memulakan perjalanan dan akhirnya sampai ke Kota Bharu pukul 230 pagi. Perjalanan ok, tapi masuk je KB, kami diserang dengan pelbagai mercun. Bangang takleh nak diubat dah budak-budak ni. Ada ke baling mercun tengah jalan. Bahaya begini. Nampaknya start tahun depan dan seterusnya kita kene raya dulu kat Tanjung Karang. Mantap kan idea I yang?

Songkok tertinggal. Kopiah pun hensem.


Muka aku macam ustaz-ustaz sket

Raya Pertama, lepas sembahyang raya, lepas makan, lepas photoshoot, kami semua bergerak ke Pasir Mas untuk beraya ke rumah Tok Ayah. Lupa nak cakap, pagi raya kat KB takde ketupat nasi. Ketupat palas je ade. Demm.. sedih.. mujur ada nasi himpit pengubat hati yang lara. Sambung balik cerita beraya kt Pasir Mas tadi, setengah hari dok beraya kat situ. Satu rumah je. Aktiviti kat sini ialah makan nasi dagang, sate dan air sirap, sembang-sembang, tidur jap, sambung makan lagi, main candy crush, main fesbuk, main wasap sampai la balik.

Oleh kerana macam tak puas je lagi beraya, aku ajak isteri aku dan adik dia jalan-jalan dulu sebelum balik semyla ke KB. Gambar-gambar di bawah menerangkan tempat-tempat yang kami lawati pada hari raya pertama.

Sleeping Buddha @ kg Beruk

Buddha bersila @ kg tak tau

Pantai Seri Tujuh, Pengkalan Kubor

Nak cari Pondok Abdullah Samah tapi tak jumpa

Raya ke dua sekadar duduk di rumah menanti tetamu datang. Tak banyak aktiviti sangat. Macam biasa, fesbuk, wasap, candy crush. Sampai ke petang. Malam harinya pula, ada TTS Pielang Bikers edisi Kota Bharu. Antara yang hadir ialah Pok Nik, Tn By, Ijam dan Abey. PB di mana-mana. Power.

Dari kiri : abey, ijam, sedara ijam, pok nik dan gerrard

Gerrard dan Tn By

Raya ke 3, kami beraya di Kuala Besut. Rumah makcik isteri aku. Ni first time aku nk melawat rumah dia selepas 4 tahun berkahwin. Agak kurang sopan di situ.Walaupun hanya sebuah rumah, tapi perjalanan mengambil masa yang lama. Laluan Kubang Kerian-Bachok-Tok Bali-Kuala Besut menjadi pilihan. Bertolak pukul 10 pagi, singgah rehat sebentar di Pantai Bisikan Bayu. Isikan perut yang kosong dengan sata, otak-otak dan jagung bakar. Tidak lupa juga air kelapa. Dalam pukul 1230 kami tiba di Kuala Besut. Sampai semula ke KB pukul 6 petang. This is Kelate. Time raya memang jem. Petang tu sampai-sampai je rumah, aku keluar balik. Ngeteh bersama en Hanif Cheetares. Pielangers gak ni. Ape la nak jual moto. Tak bikers langsung. Haha. Malamnye, kami ke Wakaf Che Yeh. Dapatlah hasil 2-3 helai baju. Takdela murah sangat. Serupa harga uptown Shah Alam je.

Ber'sata' dan otak-otak di Pantai Bisikan Bayu
Pantai Bisikan Bayu

Hanif muka teruja jumpa aku. Haha.


Suasana @ Wakaf Che Yeh

Raya ke 4, hari untuk pulang ke Selangor negeri berkebajikan. Sememangnya telah dijangka, jalan mesti jem. Sebab esok (isnin) dah ramai org mula bekerja semula. Inilah harga yang perlu dibayar untuk beraya di perantauan. Ala, tiap-tiap hari mengadap jem kat KL tu takde pulak bising kan. Bertolak pukul 10 pagi, kami melalui jalan macam nak ke Kuala Besut semalam, dan terus sehingga Bandar Permaisuri. Kesesakan bermula dari Sg Tong sehingga exit LPT. Kemudian di lebuhraya Jerangau-Jabor juga mengalami sedikit kesesakan. Dan kesesakan terakhir dijumpai selepas plaza tol Bentong sehingga Bukit Tinggi. Tapi sebelum tu, sempat juga aku singgah di R n R Bandar al Muktafi Billah Shah. Aku pernah tinggal di bandar ini selama 5 tahun dari 1989 sehingga 1994. Wah, rindu dengan tempat ni. "You have reach the destinantion" ujar GPS pada pukul 12 malam.

Durian Mas atau AMBS

Kesesakan di Lebuhraya Jabor-Jerangau hala KL

Kesesakan selepas tol Bentong

Tamatlah perjalanan raya aku ke Pantai Timur. Walaupun ianya satu perjalanan yang meletihkan, tapi oleh kerana semangat raya tu perlu diutamakan, aku gagahkan jua. Dikesempatan ini, saya selaku penulis ingin memohon ampun dan maaf jika ada terbuat salah, terkasar bahasa dan macam-macam lagi la kepada semua pembaca blog ini. Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Pandu cermat jiwa selamat.

Jumlah kilometer pergi dan pulang

P/s : Belajar satu perkataan Kelantan, SENGOTI. Liverpool power sengoti.



Sunday, 4 August 2013

Tazkirah Penghujung Ramadhan



Bulan Ramadhan tahun ini sudah hampir ke penghujungnya.. Alhamdulillah tahun ni masih mengekalkan rekod tak tinggal puasa lagi. Tak kiralah akibat uzur ataupun saja-saja. Tapi takkan lah aku sebagai bekas pelajar sekolah agama nak tinggal puasa saja-saja ye dak? Tidak mungkin..

Setiap tahun bila Ramadhan nak habis, sayu je rasa di hati. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab lepas habis bulan puasa ni, surau kat taman tu dah tak penuh macam biasa. Bila takde terawih, surau pun dah tak penuhla. Kenapa surau penuh time bulan puasa je? Kenapa bulan-bulan lain tak boleh penuh macam time bulan puasa?kenapa? why? Aku tak faham betul la. Tak boleh begini..

Tahukah anda bahawa 10 malam terakhir bulan Ramadhan inilah yang patut kita sama-sama rebut. Inilah malam-malam yang mana kita kena mencari malam Lailatulqadar.. bertuah betul siapa yang dapat menemukan malam tersebut. Ganjarannya berlipat-lipat kali ganda. Lebih banyak dari bonus orang kerja UMW Toyota. Tapi, kebanyakan kita, 10 malam terakhir inilah masanya untuk ke jalan TAR, Jakel Seksyen 7, Uptown, NZ klcc dan makan cheese nan sebelah Lotus depan Maju Junction. Melepak sampai sahur. Membuat persiapan raya yang tidak sudah. Kita sebenarnya rugi.. kenapa rugi? Sebab kita tak tau adakah kita masih boleh jumpa lagi dengan Ramadhan tahun depan.

Moga-moga kita semua insaf dengan apa yg aku coretkan ini. Bukan apa, ini salah satu contoh kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kekhilafan diri saya sendiri. InsyaAllah..


               *************************

Tazkirah ini ditaip di kerusi panjang sebelah eskalator department wanita AEON Pyramid.

Sebentar lagi akan berlaku satu lagi perkara yg buat aku rasa sayu dan pilu menjelang akhir Ramadhan. Yaa.. ia semakin hampir.. Dan.. Ok, bini aku dah wasap suruh pergi kat cashier. Dia kata dia tak bawa purse. Demmmmm..

                               -TAMMAT-

Saturday, 27 July 2013

Watsons Piala Malaysia 2013


Sebentar tadi (petang 27 Julai 2013), baru sahaja berakhir undian untuk peringkat kumpulan Watsons Piala Malaysia 2013. Siaran langsung melalui saluran Astro Arena. Aku tak tengok pun. Sebab aku masih berada di kerusi panjang sebelah eskalator bahagian pakaian wanita dalam AEON Sunway Pyramid. Fesbuk je yang update untuk aku. Watson Piala Malaysia.. Ok, siyes macam kelakar nama tu. Tapi lebih baik ada penaja dari takde langsung kan? Cuba bayangkan kalau Alagappas yang taja. Lebih kelakar bukan?

20 Ogos 2013 merupakan tarikh sepak mula pertandingan bola sepak paling berprestij di Malaysia ini. 21 Ogos 2013 pula tarikh paling penting dalam sejarah peradaban dunia kerana pada tarikh itu, genap umur aku 29 tahun. Kerana tarikh itu sangat penting, band rock terkenal dunia iaitu Metallica akan datang ke Malaysia untuk buat konsert semata-mata untuk meraikan hari ulang tahun kelahiranku. Terima Kasih Metallica..

Kembali kita tentang hal Piala Malaysia tadi, untuk kumpulan A, terdapat team-team yang power akan beraksi di situ. Team tersebut ialah Selangor Power, ATM, Sime Darby dan Johor Ori. Mengikut ramalan, Selangor akan menjadi juara kumpulan dan ATM akan menurut jejak langkah Selangor ke peringkat suku akhir. Tapi jauh di sudut hatiku ingin melihat Johor Ori melangkah lebih jauh dari peringkat kumpulan. Buktikan kepada rakyat Johor walaupun anda di anak tirikan, tapi anda mampu berjaya dengan usaha sendiri tanpa ditabur kemewahan dan wang ringgit.

Kumpulan B pula menyaksikan Pertarungan di antara kelab-kelab. Tiada negeri yang akan beraksi di dalam kumpulan ini. Pasukan terlibat ialah JDT FC, PKNS FC, T-Team dan Felda United. Jangan salah sangka, JDT mmg bukan negeri. JDT merupakan kelab yg dijenamakan semula. Sebelum ini namanya ialah Johor FC. Untuk pengetahuan, ada fans JDT sendiri tak tau nama lama JDT ni Johor FC. Namun dengan berani dia menggelarkan dia penyokong nombor 1 JDT. Kelakar. Haha. Ramalan kelab yang akang ke suku akhir ialah T-Team dan PKNS FC. JDT FC tersingkir awal.

Kumpulan C boleh dikatakan kumpulan Pantai Timur. Ini kerana, Kelantan, Pahang dan Terengganu diundi di dalam kumpulan yang sama. This is Pantai Timur. Salah satu pasukan Pantai Timur sudah pasti ke suku akhir. Cuma tak tau pasukan mana yang lebih berhak. Satu lagi pasukan di dalam kumpulan ini ialah pasukan tercorot liga Super 2013 iaitu Negeri Sembilan. Musim ini, N9 ni tau nyanyi-nyanyi je. Main bola kurang sket. Apo kono eh jang.. Dijangka Kelantan dan Pahang akan ke suku akhir. "Piala Malaysia kito monang kito monang yaw.. haha.. yeah.. duo satu kocik bonar.. ompek satu sonyum lebar.." Tidak mengapa N9.. tidak salah bermimpi.

Kumpulan terakhir iaitu kumpulan D pula terdiri daripada juara liga super 2013 iaitu Lions XII, Juara Liga Perdana 2013 iaitu Sarawak, Perak dan juga Kedah. Tugasan berat untuk pasukan-pasukan dari Malaysia menghalang satu lagi piala menyeberang Selat Johor. Maruah Malaysia terletak di tangan mereka. Kalau dalam kumpulan ni ada Selangor, aku tak risau sangat. Tapi sebab takde Selangor tu yang risau sikit tu. Sebab Selangor ni power. Ramalan pakar, Lions XII dan Sarawak akan ke suku akhir.

Jadi, itulah sedikit sebanyak ulasan tentang undian peringkat kumpulan Watsons Piala Malaysia 2013. Biarpun Watsons yg taja, diharap kemeriahan bola sepak Malaysia akan diteruskan sehingga wisel penamat perlawanan akhir di antara Selangor dan satu lagi team yang masih belum ditentukan lagi. Mengharapkan syarikat konglomerat seperti Air Asia nak taja bola sepak Malaysia, mereka lebih mementingkan keuntungan dengan menaja Persatuan Bola Sepak Singapura dengan nilai 1.8 juta dolar untuk tempoh 3 tahun.watdehek!

Akhir kata, PFSLJ!






Tuesday, 23 July 2013

Makan Dalam Tandas?

Semalam (23/07/2013), kecoh di media sosial xkiralah kt fesbuk ke, twitter ke, malah mungkin juga di friendster (wujud lagi ke?) pasal murid2 bukan Islam di salah sebuah sekolah rendah di Sg buloh yang terpaksa makan di tandas dalam bulan Ramadhan ini. Siap ada gambar2 lagi yang mengukuhkan dakwaan tersebut. Gambar berkenaan isu ini boleh dirujuk di bawah..




Ini sebahagian daripada gambar yang dimaksudkan. Gambar2 ni diperolehi dari blog amenoworld. Isu yg timbul kat sini ialah adakah benar tempat ini merupakan tandas? Menurut blog mazidul akmal sidek pulak, ini bukanlah tandas sebenarnya. Bilik ini merupakan bilik persalinan dan ruang makan ini diwujudkan sementara sahaja kerana kantin sediada sedang dibaik pulih.






Sebenarnya, sekolah ni dekat sangat dengan rumah aku. Sekolah yang dimaksudkan ialah Sekolah Kebangsaan Seri Pristana. Sebut betul2, PRISTANA. Bukan Pristina, bukan Qistina mahupun Diego Tristan. Selalu sangat orang salah sebut. Pelik betul. Bahasa Melayu ni bukan susah sangat nk belajar (emosi tiba-tiba). Ada la aku tanya dgn jiran2 kt situ yang hantar anak2 mereka kat sekolah tu, memang bilik tu bukan tandas. Sudah diubah suai menjadi bilik persalinan. Mangkuk tandas pun xde kat situ. Jadi nampak macam isu dah selesai. Namun...


Hahaha. YB KJ bikin panas la pulak. Tapi bila difikir2kan balik, betul juga apa yang dikatakan olehnya. Kenapa la bilik camtu dijadikan ruang makan. Kenapa xguna je bilik2 lain macam bilik guru panitia ke (ada ke?), bilik kelab ke.. kan? Sebab sementara je kan? Sekolah mungkin ada alasan tertentu. Setakat ni, pihak sekolah xde lagi keluarkan apa2 kenyataan. Tapi Timbalan Menteri Pendidikan dah keluar kenyataan supaya operasi ruang makan tersebut ditutup serta merta.

Jadi, kita sebagai manusia yang waras, berfikirlah menggunakan akal kita dengan sebaik2nya untuk membuat kesimpulan tentang isu ini. Tapi aku salute guru2 kat sekolah ni. Nak cover Guru Besar dan Sekolah, mereka pun membuat inisiatif dengan melakukan perkara ini..

Majlis berbuka puasa di bilik kontroversi
Cayalah cikgu! Kahkahkah!

P/S : Teringat masa duduk kat asrama 5 bintang SMKA Simpang 5 dulu, ada mamat kedekut makan megi dalam tandas sebab xnak bagi kawan2 'pow'. Eeeeeiiiiiii....

Monday, 22 July 2013

Baskin Robbins Dan Roti

Hari itu sangat panas. Mengikut kiraan aku, ada la dlm 39 darjah celcius. Matahari tegak atas kepala. Kalau ikutkan aku, malas nk keluar rumah. Baik aku lepak2 sambil mengemas rumah atau melakukan apa2 perkara berfaedah yang lain. Aku tak suka masa aku dibazirkan begitu sahaja. Ini bukan sikap aku. Jiwaku memberontak dari dalam. Tapi apakan daya.. org rumah ajak gi shopping.. ikut je la.

Destinasi kami ketika itu ialah Sunway Pyramid. Asal je gi pyramid, aku akan ingat Mohd Zefry Najwan bin Jubir dan Abdul Salam bin Sadri telah membuat ukiran di dinding pusat membeli belah tersebut. Ukiran tersebut berbunyi "Jep Wuz Here" dan "Salam Sadri, 12/12/2002". Kononnya dulu buat ukiran guna kunci moto kt dinding pyramid tu dah habis cool la tu. Habis dinding tu ditorehnya.

Kedai pertama yg dituju ialah Jusco. Skang dah tukar nama jadi Aeon. Macam biasa, mesti pegi kat tempat jual baju2 perempuan. Aku pulak dengan laju mencari kerusi panjang tepi eskalator. Kerusi ini merupakan peneman setia aku tiap kali dtg sini sambil2 main henpon. Tak larat nak folo dia pegi tgk2 baju tu. Mau2 dekat sejam kene berdiri.

Kerusi panjang tepi eskalator Aeon Pyramid
Selepas lebih sejam berada di situ, setelah orang rumah aku meminta aku membuat bayaran untuk sehelai baju di kaunter pembayaran, kami pun bergerak keluar dari situ. Sejam.. dapat sehelai baju.. bayangkan kalau dia nk beli 5 helai, mau 5 jam aku keras kat kerusi tu. Xpelah.. lautan api sanggup ke renangi, inikan pula setakat tunggu 5 jam. Xde hal la.

"Yang, I nak beli Baskin Robbins. U nak tak?" Orang rumah aku bertanya.

"Baskin Robbins? Taknak la. I tak makan roti-roti ni.." jawab aku dengan yakin. Dengan harapan bukan aku lagi yang bayar nanti..

             ..........................................

Berguling-guling dia gelak kt pyramid tu sebab aku ingat Baskin Robbins tu kedai jual roti.

Damnnnnnnn.

P/s : bunyi baskin robbins tu kan macam bunyi kedai roti.. kan?


Sunday, 21 July 2013

Madrasatuna.. SLISS.

Madrasatunaa.. Madrasatunaaa.. Lakihubbuna wafuaduna..

Tu starting lagu sekolah kitorang dulu.. SMKA Simpang Lima.. ye, sekolah agama.. ada subjek Syariah Islamiah, Al-Quran dan As-Sunnah dan Bahasa Arab. Semua subjek tu senang je. Sebab kitorg semua power.

Sekolah ni terletak di sebuah kampung yg pesat membangun iaitu Kg Simpang Lima, Sg Besar. Orang-orang kampung sini panggil sekolah kitorang ni 'sekolah belakang' sebab lokasi dia terceruk sikit ke bahagian dalam kampung. Walaupun 'sekolah belakang' tapi kitorang power dalam 'Puisi Sains' peringkat kebangsaan.. Juara tu..

SMKA Simpang 5 mmg sebuah sekolah yang makmur dan aman damai. Untuk rekod, kes paling jahat sejak kewujudan sekolah itu ialah kes meniru masa ujian. Tu je.. Xde pun kes hisap rokok ke, pukul junior ke, pecah masuk dewan makan ke, pecahkan siling dan singki ke, 'rambo' pergi sg besar makan sate ke dan apatah lagi mengandung. Ini kerana kami semua dididik dengan nilai2 murni ajaran agama Islam. Mana2 guru yang ditawarkan mengajar di sekolah ini, pasti akan memanjatkan setinggi2 kesyukuran kepada Yang maha Esa kerana terlalu mudah untuk mengawal semua pelajarnya. Mereka semua sangat baik dan bersopan santun. Yang pelajar perempuan semua pergi kelas pakai telekung. Nampak muka  je. Sampai dah kerja pun dengar citer mereka masih begitu.

Dalam sekolah ni, ada 6 blok asrama. 3 asrama putera, 3 asrama puteri. Setiap asrama ada lebih kurang dlm 15 dorm. Setiap dorm menyediakan katil dan tilam yang amat selesa. Setiap sorang dpt katil queen size. Siap ada bantal peluk. Sebelah katil ada mini freezer. Dekat hall dorm tu ada tv samsung LED 50". Full HD. Siap ada astro beyond. Lupa nk ckp, setiap dorm ada aircond 2.5hp. Kat bilik mandi ada shower. Bole pilih nak air sejuk ke air panas. Ok, kt tingkat bawah asrama ada swimming pool. Sebelah driving range. Wifi menyeluruh.. unifi lagi tu. Boleh bawak handphone. Xde kene rampas ngn warden nye.

Kebajikan pelajar sangat diambil berat oleh pihak sekolah.  Bilik rawatan bertaraf 5 bintang disediakan di tingkat bawah setiap blok asrama. Setiap pesakit diberi nurse sendiri. Muka setiap nurse mcm erin malek.

Nak cerita pasal sesi pembelajaran, makin panjang lak cerpen ni. Dipendekkan cerita, sesi pembelajaran tu mmg menyeronokkan. Setiap pelajar dibekalkan dengan ipad. Bilik kelas macam biasa mesti ada aircond. Dah x guna whiteboard. Tp guna komputer 100" touch screen. Pencapaian sgt memberangsangkan. 100% A semua matapelajaran. Kemudahan sukan bertaraf olimpik. So korang bayangkanla pencapaian kitorg dalam bidang sukan pulak. Memang power.

Jadi, itulah sedikit sebanyak tentang Madrasatuna. 5 tahun menuai ilmu di sana, kami semua ibarat satu keluarga yang besar. Makan, minum, tidur, main semua bersama2. InsyaAllah hubungan kami ini berkekalan sehingga akhir hayat.

Akhir kata, DISIPLIN TERAS KEJAYAAN.


Swimming Pool di tingkat bawah asrama







Monday, 1 July 2013

Wakaf Che Yeh vs Legoland

Tanggal 29 Jun 2013.. bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, telah berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA diantara juara bertahan iaitu Kelantan dengan pendatang baru arena bola sepak negara, tapi dia punya poyo mengalahkan team yg dah menang piala FA 5 kali iaitu JDTFC.. baru wujud 6 bulan tp kebanyakan penyokong dia punya perangai.. MasyaAllah.. diorang xtau ke diorang tu tertipu.. tiada jalan singkat utk mencapai kejayaan.

Perlawanan dimulakan tepat jam 845 malam.. One way traffic.. itu yang dapat digambarkan dlm 10 minit pertama. Kelantan mendominasi bahagian tengah sekaligus mengawal permainan. Walaupun kapten Harimau Malaya yang berkumis nipis dan bajet star bermain di JDT, namun beliau kelihatan berlari ke sana ke mari tanpa arah tujuan. Hantaran ke laut.. kawalan bola lemah.. dan kemudiannya.. kesilapan yg dilakukan oleh pemain kesayangan rajagopal ini menyebabkan gawang JDT yg dikawal al hafiz bolos.. lorongan bola yang menarik dari piya berjaya disudahkan dengan tenang oleh farhan pada minit ke 14. Kedudukan tersebut kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Lupa nak ulas pasal Safee yang menunggang. Main sekejap pastu pancut awal.. kesian TMJ.. bayar gaji mahal2 tapi player xfit. Si Safee ni pun satu.. kt indon main kt liga haram.. balik Malaysia main kat team palsu pulak.. nasib ko la SYM..

Separuh masa kedua dimulakan. Nampaknya pemuda berkumis nipis bergelar chopot sudah tiada lagi dlm kesebelasan pemain di second half ini. Mungkin zandra ajak lepak kelab malam kot. Permainan JDT kelihatan lebih tersusun setelah pemuda berkumis nipis td dikeluarkan. Namun masih lagi buntu mencari gol penyamaan. Masa semakin hampir.. Audi Q7 semakin jauh meninggalkan pemain2 JDT.. dek kerana Audi tu lah terdapat beberapa pemain yang bermain bukan untuk pasukan.. tetapi individu.. bawak bola sorang, tamak, taknak pass kt member.. last2 kalah.. padann.

Akhirnya, pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat sekaligus menobatkan Kelantan juara piala FA untuk tahun 2013. Manakala JDT pula masih gagal meraih sebarang kejuaraan sejak ditubuhkan. Johor FA mengekalkan rekod sebagai pasukan terakhir dari Johor yg menjulang piala dalam pertandingan kompetetif. Piala Malaysia tahun 1991. Selepas tahun tersebut, stadium Larkin dikatakan menjadi stadium berhantu kerana tidak lagi digunakan. Penyokong Johor hilang ibarat ditelan bumi. Tidak kelihatan dan kedengaran selama 22 tahun. Sampaikan ada generasi muda xtau kewujudan pasukan bola sepak johor. Tiba2 JDT wujud, wah wah wah.. macam dialah penyokong paling setia dalam bumi Malaysia ni. Nak kene tunggu TMJ gak yang gerakkan. Xde inisiatif sendiri. Pastu Johor Original dilupakan. Terbiar bermain tanpa penyokong kat stadium Pasir Gudang. Kasihan..

Kesimpulannya, money cant buy everything.. sekian.

P/s : #selangorpowersampaikiamat