Besar pengorbanan sang suami..
Ketika di puncak, ketika rakan2 yang lain bergelak ketawa, Nazrin (bukan nama sebenar) masih membisu. Mukanya merah dan riak mukanya menunjukkan beliau dalam keadaan yang tidak tenang. Jari jemarinya pantas menaip sesuatu di hp nya.
Sulaiman yang menyedari keganjilan kepada rakannya, menegur..
"Nape muka ko merah ni?"
"Xde pape.." jawab Nazrin sambil melepaskan hp ke atas meja.
5 minit kemudian, Nazrin pun mengajak semua peserta konvoi utk pulang. Walaupun masih tidak puas merasai kesejukan fraser Hill, mereka semua bersetuju utk pulang juga kerana Nazrin bersungguh2 utk pulang segera.
Dalam perjalanan pulang, Nazrin menunggang dengan laju sekali. Mungkin dia ada urusan yang sangat penting. Keselamatan seperti sudah tidak dihiraukan. Alhamdulillah.. tetap selamat sampai ke Kuala Kubu Bharu..
Selepas mengisi minyak, Nazrin tanpa menunggu, terus bergerak meninggalkan Sulaiman yang masih belum bersedia untuk bergerak. Sulaiman pun pulang ke rumah berseorangan..
Setibanya di rumah, Sulaiman melihat Nazrin check in di sebuah restoran terkenal yang terletak di Selatan Semenanjung Malaysia bersama isterinya.. ooooo... patutla..
Besar pengorbanan seorang suami.. untuk menggembirakan hati isteri, keselamatan ketika menunggang sudah tidak dihiraukan. Yang penting, hati si isteri gembira.
Sekian.
Nuffnang ads
Sunday, 26 October 2014
Thursday, 18 September 2014
Masih Ada Rindu
Hari ini hari Isnin. Ini bermakna setelah 2 hari kita tidak bekerja, Sulaiman kena kembali bekerja. Ramai yang malas nak pergi kerja hari Isnin. Orang putih kata 'Monday Blues'. Bukan Blues Gang ataupun Aku Hidup Dalam Blues. Apatah lagi G A Blue. Kebanyakan manusia normal kurang fokus pada kerja d hari Isnin. Kecuali golongan bos-bos. Sulaiman tak faham. Kenapa mereka begitu bersemangat pada hari Isnin. Sebab kalau mesyuarat je, mesti hari Isnin.
Macam biasa, pukul 8.29 pagi Sulaiman tiba di pejabat. Sulaiman memang saja sampai waktu begitu. Supaya dia tidak terasa lama berada di dalam pejbat. Bagi Sulaiman, kerja hanyalah dari pukul 830 pagi hingga 530 petang sahaja. Lebih dari waktu kerja, masanya wajib dibayar. Pernah sekali tu, Sulaiman buat tuntutan kerja lebih masa dari pukul 730 pagi hingga 830 pagi. Sebab dia tersampai di pejabat awal. Bos dia tak cakap apa. Ke dalam tong sampah borang tuntutan dia tu.
Mesyuarat hanya akan bermula pada pukul 930 pagi. Masih ada satu jam lagi sebelum mesyuarat bermula. Sulaiman bersarapan dahulu. Nasi lemak lauk sotong menjadi menu sarapannya hari ini. Selepas bersarapan, Sulaiman terus menuju ke mejanya untuk memulakan kerja. Ok, tipu je. Sulaiman Tak rajin sebegitu. Dia ke port hisap rokok pulak. Rakan-rakannya yang dah habis sarapan awal, turut berada di situ. Bila dah dengan kawan-kawan, mesti bersembang. Sembang punya sembang, 2 batang rokok John putih pun dah habis, barulah Sulaiman menuju ke mejanya. Jam menunjukkan pukul 9.05 minit pagi.
Sulaiman menghidupkan PC nya. Beliau membuka emel dan menyemak emel-emel baru. Dirasakan emel-emel tersebut tiada kaitan dengannya, beliau terus menghapuskan emel tersebut. Kemudian beliau ke folder D, dan memilih folder 'Naruto Shippuden'. Episod baru. Sempat lagi tengok ni sebelum mesyuarat.
Pukul 930 pagi, mesyuarat pun bermula. Bagi Sulaiman, mesyuarat-mesyuarat begini hanya membuang masa. Kalau tiada mesyuarat pun, prestasi syarikat tak berubah. Macam tu jugak. Sulaiman memang tidak menyukai mesyuarat-mesyuarat ni. Sebab, bila ada mesyuarat, pasti kerjanya akan bertambah. Yang lama pun tak siap lagi, dapat pulak kerja baru. Itu yang Sulaiman tak suka. Sepanjang mesyuarat, Sulaiman berpura-pura menumpukan perhatian tentang isi-isi penting yang diutarakan bosnya. Sulaiman mengangguk-angguk seperti memahami apa yang disampaikan oleh ahli-ahli mesyuarat. Padahal, beliau sibuk menyemak status-status facebook di iPhone 5 nya.
Curiga dengan gerak-geri Sulaiman yang meragukan, Encik bos menegurnya.
"Sulaiman, bagaimana dengan keuntungan syarikat kita bulan lepas?Mencapai sasaran bulanan atau tidak?" Tanya Encik bos.
Sulaiman yang sedang membahan rakan-rakanya yang menyokong Manchester United sebab tewas kepada Swansea City di dalam aplikasi Whatsapp, terkejut. Namun, Sulaiman orangnya tenang. Selamba beliau menjawab pertanyaan itu dengan lancar. Kagum dengan jawapan padu yang Sulaiman berikan, bosnya berkata lagi.
"Bagus Sulaiman, awak dinaikkan pangkat berkuatkuasa hari ini. Gaji naik lagi RM5000".
Sulaiman tercengang. Semua yang di dalam bilik mesyuarat juga ternganga. Suasana sunyi. Masing-masing kaku. Selepas 5 minit, semua yang berada di dalam bilik mesyuarat menyerbu ke arah Sulaiman. Ada yang mengucapkan tahniah, ada yang mengucapkan congratulation, ada yang memeluknya dan ada yang melambung-lambung Sulaiman. Sulaiman berasa sangat gembira. Kemudian terdengar sayup-sayup bunyi deringan iphone 5 nya..
***********************
"Cantekk. Lambat lagi aku arini. UEFA Champions League punya pasal la ni. huh!" Sulaiman mengomel sendirian selepas dikejutkan oleh panggilan telefon rakannya yang sudah sampai di pejabat.
"Ini lah yang susah bila sokong Liverpool ni. Baik sokong Menyu, Tak layak UEFA Champions League. Takde pening-pening kepala nak tengok bola pagi-pagi buta" Getus hatinya lagi sambil tersenyum nakal.
Liverpool (Eng) 2 - 1 Ludogorets Razgrad (Bul)
Group Stage, UEFA Champions League
P/S : Tajuk memang takde kena mengena.
Sunday, 14 September 2014
Ride, Lemang & Dip 'n' Dip
Ride merupakan perkataan inggeris yang bermaksud menunggang motor.
Selalunya digunakan jika kita nak pergi ke sesuatu tempat menggunakan motor.
Contoh macam kita nak pergi Kepulauan Sakhalin di Russia naik motor. Kita akan
ajak orang dan cakap "Jom kita ride pergi Kepulauan Sakhalin".
Lemang merupakan
sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun,
tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia,
lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang
juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan. Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang
diperbuat daripada beras pulut dan santan yang
dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun
pisang, sebelum dibakar sehingga masak.
Dip
'n' Dip pula
merupakan retoran yang menghidangkan makanan berasaskan coklat. Setakat ni yang
aku tau, ada di Bangsar dan di The Curve Mutiara Damansara. Harga makanan
memang kalau orang2 biasa tengok, boleh mencarut. Tapi kalau nak nampak cool
dan buat orang fikir kita kaya, ini tempat yang sesuai.
Jadi,
apa kaitannya antara tiga-tiga entiti ini? begini ceritanya..
Sulaiman
merupakan seorang lelaki yang sudah berumahtangga. Dia juga seorang peminat dan
penunggang motosikal berkuasa tinggi. Beliau memiliki sebuah motosikal berkuasa
tinggi yang diberi nama K8. Namun, selepas pulang dari ride Negara Gajah Putih,
keterujaan beliau terhadap menunggang motosikal berkuasa tinggi sedikit pudar.
Mungkin kerana masih penat, motosikal K8 nya langsung tidak disentuh. Ke
pejabat pun hanya menunggang kapcai.
Genap
2 minggu, keterujaan untuk menunggang kini kembali. Ditambah pula ada jemputan
dari group wassap geng motornya untuk 'Ride Santai Ke Lemang To'ki",
beliau berazam untuk menyertai ride tersebut. Tetapi, sebagai seorang suami
yang bertanggungjawab, beliau harus memaklumkan dahulu perkara ini kepada
isterinya.
"Yang,
esok Ahad ni I nak gi ride. Pergi Lemang To'ki kat Bentong, Pahang. Member ajak
makan lemang" ujar Sulaiman tegas.
"Ok,
boleh. Tapi dengan syarat bawak I pergi makan Dip 'n' Dip dulu" Jawab
isterinya juga tegas.
Ahh
sudah.. mintak Dip 'n' Dip pulak. Terbayang oleh Sulaiman senarai harga di
dalam menu Dip 'n' Dip. Hanya harga 'Spring Water' tertera paling murah. RM2.50.
Yang lain semuanya atas RM9.99.
Tetapi,
Sulaiman patut bersyukur. Ini kerana rakannya lebih parah. Isterinya meminta
beg tangan berjenama Michael Kors. Jadi, rakannya gagal dalam perjuangan untuk
pergi ride.
Nak
pergi ride jugak punya pasal, Sulaiman membawa juga isterinya menjamu selera di
Dip'n' Dip The Curve. Walaupun jam sudah menunjukkan jam 10 malam, Sulaiman
gagahkan juga dirinya untuk ke sana. Sulaiman masih tidak berpuas hati dengan
harga makanan di restoran ini. Baginya, makan coklat sampai berpuluh-puluh
ringgit adalah sangat tidak berbaloi. Lebih baik makan ayam goreng spicy McD.
Gembira
hati isterinya kerana dah 2 bulan meminta, baru kali ini dapat. Kalau tidak,
ada sahaja alasan yang Sulaiman akan berikan. Tak berbaloi lah, baik beli choki-choki
satu kotak lah, restoran Yahudi lah, ini semua agenda freemason illuminati lah
dan bermacam-macam alasan lagi. Usai makan, selepas membayar bil berpuluh RM,
isteri Sulaiman berkata, "Esok ride baik-baik tau. Jangan bawak
laju".
'A
Happy Wife May Bring Better Life For Husband'. Benar sekali pepatah inggeris
ini. Esok Sulaiman akan ride selepas 2 minggu berehat. Malam itu Sulaiman sudah
membayangkan jalan yang akan dilaluinya, selekoh yang akan disagatnya dan
laluan lurus yang akan dipepahnya. Selepas itu terbayng pula lemang disajikan
sekali dengan serunding dan rendang. Sulaiman terbayang kelazatnya. Sulaiman
pun tidur dengan lena..
*******************************
Ahad,
14 September 2014, 7.00 pagi, hujan turun dengan selebat-lebatnya di bumi
Selangor. Sulaiman yang sudah siap sedia memakai racing suit, memandang ke luar
rumah dengan perasaan yang sedih. Beliau masih memegang resit Dip 'n' Dip The
Curve dengan erat. Air mata bergenang di kelopak matanya. Manakala, isterinya
masih tidur sambil tertawa kecil.
Thursday, 14 August 2014
Ini Lelaki #2
Pelupa. Itu perkataan yang sesuai untuk kebanyakan lelaki. Sebagai contoh, member aku punya cerita gak ni. Dia keluar membeli belah dengan isteri dia di sebuah shopping complex terkemuka. Mereka berjalan beriringan sambil bergurau senda. Tiba-tiba, sampai di kedai yang menjual beg tangan berjenama jurulatih, isteri dia berhenti seraya berkata
"cantiknya handbag tu bang.. belikan la untuk saya.."
"Ish, kan dah banyak handbag kat rumah tu.." jawab member aku.
"Alaaa.. ok, belikan sebagai hadiah hari jadi in advance.. hari jadi i kan bulan depan.. boleh la.." Rayu isterinya.
"Hmmm... bolehla.. tapi jangan mintak hadiah lagi time birthday nanti tau" ujar member aku kembali.
Member aku mengalah. Ok juga bagi hadiah birthday in advance ni. Takde la nanti dia pening kepala nak cari hadiah untuk isteri dia. Gaji dia pun baru masuk masa tu. Sebelum duit gaji habis, baik belikan je hadiah handbag ni. Mudah. Tak payah pening kepala. Tapi tiba-tiba dia rasa tak sedap hati. Ahh.. mainan perasaan je tu.
Duit dan handbag bertukar tangan di kaunter pembayaran. Bukan main gembira lagi isteri member aku dapat handbag jurulatih. Mereka pun sambung berjalan. Jalan punya jalan punya jalan, member aku ni penat. Dia pun cakap dengan isteri dia, dia nak duduk rehat kejap. Isteri dia sambung berjalan lagi. Sambil duduk-duduk kat kerusi tu, member aku pandang la keliling nak cuci mata. Tiba-tiba dia ternampak kedai jual henpon Apple. Pandangannya terhenti di situ. Fikirannya mula teringat sesuatu. Jantungnya berdegup kencang. Peluh mula memercik di dahinya. Nafasnya laju. Ini kerana... 2 minggu lepas, isteri dia baru je mintak dan dapat hadiah birthday in advance dari member aku ni berupa iphone 5!
"Arghhh.. camne boleh lupa ni??!!" Jerit hati kecil member aku td.
Dari jauh, isterinya tersenyum sinis.
"Yeayyy! Dapat 2 hadiah!"
Kahkahkah!

Ini Lelaki #1
Dalam dunia yang fana ini, ada 3 jenis manusia. Lelaki, perempuan dan khunsa. Tau tak apa itu khunsa? Jika tidak tahu, en google boleh memberikan jawapan kepada anda. Abaikan kisah khunsa, sebab aku nak cerita tentang satu perihal yang kebanyakannya ada pada seorang lelaki.
Lelaki bertindak mengikut arahan. Sebagai contoh, ini yang diceritakan oleh member aku, isterinya menyuruh member aku ni angkat bakul baju kotor ke mesin basuh. Ok, arahan yang diberikan ialah angkat bakul baju kotor ke mesin basuh. Member aku ni pun dengan senang hati angkat bakul baju tersebut ke mesin basuh. Lihat, member aku melakukan tugas tersebut dengan cemerlang bukan? Bagi kebanyakan lelaki yang melihat arahan tersebut akan beranggapan member aku melakukan tugasnya dengan baik. Namun, tidak bagi perempuan. Tugas member aku itu masih tidak disempurnakan. Isteri member aku mula membebel. Kerana apa? Kerana member aku hanya meletakkan bakul baju kotor tadi di tepi mesin basuh. Beliau tidak memasukkan baju kotor di dalam bakul tadi ke dalam mesin basuh.
Melihat cerita member aku di atas, arahan yang diberikan adalah jelas, nyata dan terang hanya perlu bawa bakul baju kotor itu ke mesin basuh. Tiada arahan yang dikeluarkan untuk memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh.
Adakah member aku bersalah? Wajarkah beliau dipersalahkan? Tepuk dada, tanya selera. Oh lupa bagitau nama member aku ni. Nama dia ialah... ok dia tak bagi aku bagitau.
Perkara ini kadang-kadang berlaku juga untuk situasi basuh pinggan lepas makan.
Arahan : basuh pinggan tu lepas makan.
Tindakan : basuh pinggan yang kita guna tadi.
Akibat : kenapa tak basuh sekali periuk, kuali, sudu, garfu, pinggan? cawan dalam singki tu??!!
Jadi, kepada semua perempuan di luar sana, sila ambil perhatian. Berikan arahan dengan jelas kepada lelaki. Jika mahu mereka buat 2 tugasan, bagitau betul-betul tugasan yang mereka perlu lakukan. Bukan dengan memberi 1 arahan dan mengharapkan mereka berfikir sendiri tentang keperluan tugasan ke dua yg tidak diberitahu. Memang tinggal harapan la kalau buat macamtu. Kahkahkah.

Monday, 11 August 2014
Kerja Rumah
Bulan ni bulan raya. Bila dalam bulan raya, hujung minggu mesti banyak jemputan rumah terbuka sahabat handai dan saudara mara. Bila banyak rumah terbuka, banyak lah kenderaan di jalan raya. Jalan raya pulak dia punya jem macam pagi-pagi orang ramai nak pergi kerja.
Bila dah banyak sangat pergi rumah terbuka, kerja-kerja di rumah juga banyak yang terbengkalai seperti mengemas rumah, mencuci pakaian dan melipat baju. Selalunya kerja hakiki aku kat rumah ialah memvakum lantai dan menyidai baju. Tapi aku selalu skip vakum rumah tu. Lantai nampak macam bersih je. Jadi aku sapu-sapu je pakai kaki. Basuh dan lipat baju kerja bini aku.
Malam tu, banyak sangat baju nak kena lipat. Aku dengan baik hatinya mengoffer diri untuk sama-sama lipat baju. Aku pun duduk sebelah longgokan pakaian dan mula melipat baju..
"Bukan camtu la lipat baju.." ujar bini aku selepas aku siap melipat sehelai baju.
"Eh, selalu I lipat camni la kat umah sewa dulu" jawab aku penuh yakin.
"Itu lain. Kalau kat sini, kena lipat camni. Baru kemas." Balas bini aku balik sambil menunjukkan cara dia melipat.
"Oooo.. camtu.."
Rupa-rupanya, setiap orang ada cara lipatan bajunya sendiri.
Lepas tu aku sambung tengok tivi. Nanti salah lagi kena bebel pulak.
Last-last kena bebel gak sebab dia kata dia tengah buat kerja rumah tapi aku senang lenang tengok tivi.
Hoho.. women is complicated.

Thursday, 31 July 2014
Kepelbagaian Bio
Bulan Ramadhan telah meninggalkan kita. Dan sekarang, kita
sedang berada di dalam bulan Syawal. Masa kecik - kecik dulu, aku kenal syawal
sebagai P Ramlee dalam Ahmad Albab. Syawal, Muharam dan Safar. Syawal baik.
Muharam dan Safar jahat. Tak tau pun Syawal tu sebenarnya nama bulan Islam.
Lihat, betapa besarnya pengaruh tivi kepada minda kanak-kanak. Sepatutnya,
subjek matematik tambahan perlu diolah untuk disesuaikan dalam kartun Upin
& Ipin. Aku yakin adik-adik aku nantI jadi power dalam subjek tu. Sebab
dulu aku tak pernah lulus. Sama macam abah aku. Dia pun tak lulus.
Cerita pasal bulan Ramadhan, tahun lepas punya puasa, tiap
kali waktu sahur, aku akan ditemani dengan rancangan Mari Mengaji. "Tak tengok rugi, tak baca
laaaagi rugi". Tu tagline dia. Rancangan yang memperlihatkan kebolehan
budak-budak kecik mengaji dengan taranum sekali. Hebat sungguh mereka. Tak
macam kebanyakan orang dewasa sekarang. Masih ramai yang merangkak-rangkak
kalau mengaji. Tapi kalau lagu 2NE1 Come Back Home, siap boleh hafal walaupun
dalam bahasa Korea.
Tapi sahur tahun ni, rancangan tu dah jadi lewat sikit. Sebab
bila dah habis sahur, barula dia muncul kat tivi. Jadi aku tak selalu dapat
tengok. Lepas sahur je, aku biasa bertadarus sambil menunggu waktu subuh di
surau berdekatan. Tahun ni punya sahur aku tak ambik port sangat kat tivi.
Kecuali ada live world cup. Aku syak world cup ni pun salah satu agenda yahudi
illuminati sebab dia punya kesan tu, sampai buat orang malas nak pergi surau.
Kadang-kadang tu, aku jadi imam, sejadah jadi makmum.
Namun, apa yang aku ambik port ialah iklan 'Kepelbagaian Bio'. Iklan ni memang lejen. Sebab walaupun TV3 yang siarkan, tapi kualiti dia RTM punya. Korang tau kan kualiti gambar RTM? Dia jenis tak sharp sangat. Alah, korang mesti boleh tau punya gamba RTM camne. Suram je. Pastu suara latar kepelbagaian bio tu pun macam tak berapa semangat. Aku syak dia baru bangun tidur, pastu terus Pegawai Tadbir Diplomatik RTM suruh dia baca skrip iklan tu. Sebab dia gred N17, kena la patuh dengan pegawai Gred 41. Dia pun baca la dengan penuh keterpaksaan. Begini skripnya..
"Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan
kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem
yang merupakan habitat bagi kehidupan ini. Kita semua adalah sebahagian dari
jaringan kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama
lain. Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara paling kaya dari segi
kepelbagaian bio"
Korang perasan kan dengan iklan ni? Iklan ni comel kan? Dia ada tunjuk gambar-gambar pokok di hutan, burung berkicauan, air sungai mengalir dan gunung ganang. Dulu-dulu tengah malam dia ada siarkan juga. Tapi siapa nak tengok tengah-tengah malam kan? Kalau takde orang tengok, objektif iklan tak sampai. InI supaya orang ramai tahu betapa pentingnya kepelbagaian bio dalam kehidupan seharian. Sebab tu dia tukar waktu siaran iklan ni. Time sahur. Supaya ramai dapat tengok. Budaya sahur sambil tengok tivi memang tengah up zaman sekarang ni.
Jadi, kesimpulan yang aku boleh buat, dengan adanya iklan kepelbagaian bio ini, pasti ramai yang akan lulus dengan cemerlang dalam subjek biologi SPM. Ingat balik kat atas tadi. Iklan mampu memberi kesan yang mendalam terhadap pemikiran kanak-kanak.
P/s : Tapi aku pernah jumpa sorang ni gred dia N17 je tapi dia punya sombong macam JUSA. Sorang tu je la. Yang lain-lain aku jumpa semuanya baik-baik belaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)